Thursday, February 19, 2009

1st Anniversary

18 Februari 2008, saya masih ingat waktu itu, setahun yang lepas. Saya dibawa ke Pejabat Pentadbiran untuk melapor diri. Saya keseorangan. Masih teringat sehari sebelum melapor diri, saya dihantar ke Segamat oleh ibu, abang dan sepupu saya. Bertolak dari Kelantan jam 10.00 pagi menaiki Sang Kancil yang telah banyak menabur bakti dalam pencarian kerja saya. Tiba di Segamat lebih kurang jam 5.00 petang, terus ke Dewan Sri Temenggong untuk mengikuti pelaksanaan program KACA. Kemudian saya ditinggalkan, uwaaa…tiada ditemani ahli keluarga.

Saya menerima surat tawaran kerja sebulan sebelum tarikh melapor diri. Saya tidak menyangka akan terpilih. Kerana inilah temuduga terakhir saya hadiri. Saya masih ingat, saya berasa amat malas untuk menghadiri sesi temuduga kali itu, mungkin kerana ketika itu, saya masih lagi bergelar pelajar Diploma Perguruan. Keselesaan saya di UIAM membuatkan saya tidak dapat membuat pilihan kerjaya. Bidang tugas yang sama cuma berbeza situasi dan ragamnya. Saya rindukan cafe HS, mahallah Asiah, ahh, teramat jauh berbeza Segamat dengan UIAM.

Kini, 18 Februari 2009, hari ini, saya masih berada di pejabat ini. Melakukan tugas-tugas yang sepatutnya yang telah diamanahkan.Adakah ini yang saya cari? Masih ada cita-cita yang ingin saya kecapi. Masih ada matlamat yang perlu gapai. Mampukah saya bertahan? Atau perlukah saya tinggalkan kerjaya ini dan kejar impian saya? Saat ini, hati saya berbelah bahagi. Saya tercari-cari...Tak mustahil saya akan mengambil tindakan drastik yang mengejutkan semua...

1 comment:

  1. oh dah cukup setahun ek... bagus2. tahniah :D
    rasa macam baru lagi

    ReplyDelete