Beginilah nasib anak perantau. Tinggal berjauhan dari keluarga, makanan berbuka pun ala kadar sahaja. Kadang sedih pun ada apabila rakan-rakan berkongsi menu juadah bermacam-macam, dengan sentiasa berbuka bersama keluarga.
Tapi macam nilah nasib, bukan tak biasa. Semenjak tinggal di asrama pun dah biasa buka menu asrama, menu orang bujang.
Dah kerja pun sama je. Alahai.
Monday, July 22, 2013
Thursday, July 04, 2013
cakap bila perlu, diam bila patut
Minggu sibuk lagi. Kali ni dengan mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Aku bukanlah orang yang suka masuk meeting. Sebab aku tak suka menokok tambah, mengeluarkan idea, dan bercakap seperti seorang yang bijak pandai. Diam adalah yang terbaik. Sebab diam pun, kita buat bahagian kita, kita bukan pandai cakap jer...Dulu masa ada boss, selalu kene wakilkan dia masuk meeting, kadang-kadang rasa macam tak puas hati juga kenapalah kene masuk meeting, aku bukan reti nak cakap apa. Tapi, lama-kelamaan baru tahu niat dia sebenar. Dia nak pindah, so dia banyak suruh aku sebab nak aku belajar dari awal, jadi tak dela aku culture shock nanti. Sekarang? Tetap rasa tak best juga, tapi kene buat. Tapi memang suka diam, sebab rasa macam kalau lontarkan idea pun bukan ada orang kisah dan amik tahu. Lagipun, kata-kata generasi Y tidak sehebat X. Tiada bombastic. Ia straight to the point, ayat budak tak matang. But then, diam jelah. Lagipun aku bukan pandai bercakap, puji-memuji, haish. Kita nak buat macam-macam, but bila suarakan, ia disekat. Hello, tadi tanya, lainkali jangan tanya lah weh. So, itu juga boleh mematahkan semangat yang berkobar-kobar. Pengalaman dihalang, sekat, dipangkah, diattack, akan menyebabkan pelaku memilih untuk berdiam diri walaupun ada idea bernas sekalipun. Biarlah mereka yang bijak pandai menguruskannya. Ya, itu tanda kekecewaan, walaupun mulut seakan mahu memberi pandangan, ia terkunci di situ sahaja. Simpan. Diam.
Thursday, June 27, 2013
Dua cerita
Terperangkap dalam Lif
Ya, ia berlaku sebulan yang lepas. OMG. First time. Pengalamannya hanya Tuhan yang tahu. Moga2 tidak akan berulang lagi. Pada masa tu aku ada kursus di JB, di sebuah resort. Selesai program jam 11 malam, aku, rakan sebilik dan seorang urusetia mahu pulang ke apartment kami. Berjalan laju2 sebab dah malam, lagipun mengantuk teramat. Sanggup tak minum malam semata2 mahu sampai awal ke bilik. Alih2 terperangkap dekat 15 minit. Mujur ada line telefon, dapatlah aku call urusetia lain. Huhu. Nak dijadikan cerita, akak urusetia dan rakan sebilik aku dah start panic dan bising2. Siapa yang tak bising dan takut. Tengok cerita dalam movie, terperangkap sampai kehabisan oksigen.OMG. Aku pun dah start membayangkan macam2. Yang aku paling tak boleh lupa, akak urusetia bertanya aku apa yang patut dilakukan, minta kaunseling. OMG, kaunseling dalam lif jam 11 malam? Jawapan aku, " Kak, tarik nafas, bertenang, jangan gelabah, tarik nafas, tenang". Aku sendiri tak sangka aku mampu control kedua mereka, Tuhan je yang tahu betapa cuaknya aku masa tu. Mujur ia hanya berlaku 15 minit, kami tiada mengalami masalah bernafas, dan dapat diselamatkan. Alhamdulillah.
RISDA
Semalam selesai berkongsi ilmu dengan makcik2 ushawan kecil-kecilan. Ya, makcik2 memang sporting.
Wednesday, June 26, 2013
ingatan mesra
bila bersama orang bermotivasi, kita pun turut termotivasi
bila bersama orang yang tiada motivasi, kita pun turut hilang motivasi
berkawan berpada-pada
hidup ini rumit
pada yang merumitkan
hidup ini ringkas
pada yang meringkaskan
terpulang pada diri sendiri menentukan
kerja banyak bila ditanguh
padahal bebannya tidak seberapa
jika ikut perancangan sebenar
bila tiada kerja tidak mencari kerja
mood honenymoon sepanjang masa
payahnya mencari yang tiada kerja tetapi mencari kerja
bukan tunggu kerja datang bergolek didepannya
sendiri fikirlah
gaji bulan-bulan yang didapati
berbaloikah dengan kerja yang dibuat?

Thursday, June 20, 2013
dunia
Minggu ni terasa minggu yang amat sibuk dan padat. Dengan komitmen kerja dan tugas di luar kerja hakiki, maka ia memadatkan lagi.Ye, semua orang sibuk, aku tahu, bukan aku je yang sibuk, okey.
Baru balik dari berkursus. Konon mahu retreat dan fresh minda. Tapi, ia menyesakkan lagi. Keliru dengan tugasan yang pelbagai. Multitasking. Yup, kami buat semua, dari kuli sampai jadi bos, kata multitasking. Suruh fotostat, angkut kertas 14 berim-rim, laminate, shred paper? Beres, jadi penceramah dan bagi arahan pun boleh. Kata multitasking, campak saja semua, bias di beresi.
Waduh. Pening den, bila disuruh expose berlebihan. Katanya, "walaupun program kecil, tapi biar promosi lebih, buat besar-besaran biar satu dunia tahu", ok aku telah menokok tambah ayat satu dunia tu, tapi pointnya adalah biasa semua tahu kita buat program. Fine, aku dahla jenis mulut diam, tak suka expose. Tapi kene suruh plak macam tu, ianya bukan aku. Dilema.
Satu lagi, baru pas belajar dalam The Apprentice, " It is ok to talk, sometimes, and not just doing". Jadi, aku tak boleh terus buat kerja je, diam dan kerja, tapi kene lebihkan cakap. Nampak gaya kena tukar personalitilah lepas ni, cakap harus gempaq, buat kerja jatuh no.2.
Dunia-dunia.

Thursday, June 06, 2013
terima cabaran
Pagi tadi baru saja menyuarakan keinginan untuk mengubah angina. Alih-alih dapat offer untuk satu task yang mencabar. Mencabar bagi saya kerana mana mungkin saya mampu untuk selesaikan tugas berkenaan. Perlu ada keberanian dan ilmu penuh didada. Hmm...
Hmm lagi. Berfikir berpuluh kali, amik ke tak nak. Kalau terima, ia satu cabaran dan pengalaman baru. Sampai bila saya mahu buat kerja sama sahaja, berurusan dengan golongan sama je. Ia bagus untuk saya pertingkatkan diri dan kepakaran, ia benar-benar mencabar menghadapi golongan senior. Tolak? Ya, saya kurang berkeyakinan, takut dikata cakap tak serupa bikin. Saya juga juga manusia biasa, tapi kita melihat dari sudut dan perspektif berbeza. Yang penting amalan, amalkan atau dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aishh...
Risau? Sudah tentu, bila saya tanya pandangan rakan seangkatan, semuanya memberikan respon negatif. Katanya "Jika tidak tahu, jangan buat". Ya, benar, ilmu saya masih belum sampai tahap 'dewa', usia saya terlalu 'muda' untuk bercakap perihal itu, saya masih setahun jagung. Tapi, sampai bila kita mahu jadi macam ni saja? So-so?
Tanya pula pada rakan baik, "Terima, inilah peluang untuk improve diri, tingkatkan expertise". Ya, mereka bukan di bidang saya, tapi galakan mereka positif. Masih ada masa untuk saya buat homework pasal ni.
Saya perlukan cabaran, saya dah bosan buat perkara sama.
Khamis
Minggu ni minggu orientasi pelajar, walaupun aku tak terlibat secara langsung, aku masih terlibat menjadi AJK. Yup, nama saja AJK, tapi ianya bukanlah sehebat mana. Ya, aku merasakan kerjaya aku makin merudum, malah suam-suam kuku sahaja.
Bukan aku tak bersyukur, tapi rasanya aku perlukan suasana baru, tempat baru, aku berkira-kira mahu memohon pindah, tapi banyak faktor pula yang muncul, masalah, den poning.
Aku sendiri tak tahu apa yang aku mahukan, pencapaian bagaimana yang aku mahu atau anjakan macam mana. Tapi aku tahu keseronokan itu makin lama makin pudar tak seperti awal-awal dulu.
Ya, aku tak pandai berkomunikasi, malah tak pandai ambil hati, malah tak pandai expose kan diri. Aku tak suka cakap banyak, kerja tarak, aku lebih suka buat kerja, diam-diam. Ya, itu kelemahan aku, tidak pandai glemerkan diri. Apatah lagi bermanis mulut, puji-pujian dan seangkatan dengannya. Mulut ini berat untuk mengukir senyum atau mengangguk dan mengganggap semua betul, yes, dan yes. Malah ekspresi muka bengang, tak puas hati, menyampah lebih terserlah tatkala aku tak suka tanpa perlu disorok-sorok. Ish, susahnya menjadi plastik. Sopan-santun dalam senyuman manis sukar muncul di wajah aku.
Menonton The Apprentice Asia bersama Encik Tony, masih-masih terngiang-ngiang ayat beliau, "dalam bisnes akan ada 'kekejaman', kita akan buat apa saja untuk menang". Itu dalam bisnes. Realitinya, ia ada di mana-mana.

Subscribe to:
Posts (Atom)