Saturday, March 06, 2010

Teori bongkah air batu dan aku

Teori bongkah air  batu atau lebih senang sebut iceberg theory. Wah, aku dah jadi cikgu nampaknya kali ni, hehehe... Ada benda yang aku nak share kat sini. Teori selalunya lebih susah dari praktikal. Belajar senang tapi kalo nak praktik tak tahu camne, tapi selalunya teori ni berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Korang pernah tengok cite Titanic? Kat dalam cite tu, kapal Titanic terbelah dua sebab langgar iceberg ni la. Kat permukaan nampak kecik je bongkah air batu ni, tapi kalo dalam dasar laut, tersangatlah besar, dalam dan tajam jugak.

Apa yang aku nak cakap ialah, macam tu jugakla kita dan orang lain. Kita hanya nampak permukaan bukan, tapi tidak sampai ke dasar. Hanya berdasarkan permukaan, kita selalu buat telahan, andaian dan bermacam-macam lagi. Sedangkan kita tak tahu menahu dengan mendalam tapi dah berani buat fakta sendiri. Teori ni juga menyatakan bahawa sesuatu perkara tu, atau seseorang tu selalu dilihat dari luaran. Kadang-kadang bagus, tapi ada juga tak bagusnya. Risikonya ialah ia tidak nampak, tidak jelas, tidak tahu, mungkin bahaya dan mungkin juga berguna atau boleh amik peluang. Faham tak? Tak faham pun buat-buat faham la.

Kita ni jarang nak tunjukkan potensi kita sebenar. Selalu yang kita tunjuk dan orang nampak ialah permukaan, surface. Bukan kesemuanya ataupun keseluruhan. So ada yang baik, iaitu jika kita ni kurang baik, so orang akan nampak yang baik-baik sahaja. tapi yang tak bagusnya, kalo kita ni sangat bagus, orang tak sedar dan tahu pun kita ni teramat bagus. Dan kalolah orang tu jenis pemarah, dia tak tunjuk, tapi sebenarnya amarah dia menggunung, sebesar bongkah air batu kat dalam lautan tu, yang tak nampak tu.

Ok, apa aku merepek ni? Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri. Bye.

No comments:

Post a Comment