Aizat ialah yang terbaik, bagi aku. Jangan tanya kenapa. Adakah kita memerlukan sebab untuk sukakan orang? Mungkin ya mungkin tak. Aku suka semuanya pasal dia. Dan mungkin juga sedikit bengang tentang beberapa perkara pasal dia, kerana dia selalu menganggap dirinya hensem. Oh tidak, aku tak sanggup nak menerimanya. Setakat ni aku hanya mengiyakan kerana nak menjaga hati dia. Bukankah kita disuruh menggembirakan hati orang, betul tak? Hahahaha….
Aizat mengajar aku banyak perkara. Aku sebenarnya seorang yang agak panas baran, tapi cepat cool. Aku cepat melenting, dan agak kurang penyabar, suka terburu-buru. Tapi Aizat sangat kontra dengan aku. Aku tak pernah jumpa orang yang sangat sabar macam dia dan tak tahu nak marah. Aku dah terbiasa bergaduh (dulu-dulu k), tapi dengan Aizat ni susah aku nak cari satu sebab yang logik untuk diajak bergaduh. Aku perlu mencari satu alasan yang mencabar supaya tidak dikutuk olehnya. Dia juga penyabar, tak macam aku. Kadang-kadang susah aku nak duga hati dia, susah nak baca karekter dia. Malah aku susah nak peka tentang mood dia bila masa dia marah. Aku belum cukup memahami dia sebenarnya. Sekarang, aku rasa sifat penyabar aku dah mencapai kemajuan tahap lebih baik, tak sampai tahap dewa lagi rasanya macam dia. Aku juga rasanya dah menjadi seorang yang berfikir dulu before bercakap, lebih penyabar dan tak marah-marah sangat la kot…
Aku cuba untuk menjadi macam Aizat. Tapi aku tahu tak boleh. Tapi aku harap aku mendapat sedikit kelebihan yang ada pada diri dia. Setiap apa yang keluar dari mulut dia membuatkan aku selalu kalah untuk membangkang. Aku juga tak suka berdebat ngan dia. Setiap apa yang dihujah, mesti ada logik dan diterima oleh akal aku. Walaupun kadang-kadang aku tak puas hati dia selalu menang, tapi aku tahu dia betul.
Aku kira Aizat banyak memberi impak positif dalam diri aku. Aku tak boleh bayangkan jika Aizat nyanyi lagu Pergi a.k.a I Go tu dan jadi macam lagu tu. Aku tak nak tujukan lagu tu kat dia. Tak sanggup...
Ok la, sekian dulu karangan aku untuk Aizat sempena edisi khas aku tak boleh tidur semalam sebab dia. Dah bengkak mata aku weh, huhuhu... Sape suh ko buat aku fikir bukan-bukan semalam?
No comments:
Post a Comment