Aku sangat tak suka menangis. Walau pun tak suka, tapi aku stil jugak kuat menangis. Aku rasa aku ni jenis sensitif. Kadang-kadang aku tak tahu camne aku boleh tercampak dalam bidang ni. Orang kata, kalo pegang keje macam aku, kene tough, pandai kawal emosi, penyabar teramat, soft-spoken, tapi aku rasa aku tak de ciri-ciri tersebut...
Aku ni jenis pendiam. Aku hanya akan bercakap bila perlu dan bila ditanya sahaja. Entah, aku rasa banyak cakap tak guna. Sebab aku takut aku termakan cakap aku sendiri. Kadang-kadang aku rasa dalam mulut aku ni ada emas kot, aku ni berat mulut la juga, peramah jauh sekali. Aku hanya akan banyak cakap dengan orang-orang tertentu sahaja. Kalau aku tak suka sesuatu perkara pun aku jarang cakap, suka apatah lagi. Aku lebih suka diam.
Hari ni, aku telah melakukan satu perkara yang teramat bodoh dalam kerjaya aku. Aku pun tak tahu kenapa aku menjadi sangat sensitif. Tapi aku tak suka bila orang sentuh peribadi aku. Bagi aku peribadi adalah satu kerahsiaan yang terlalu sulit, bukan untuk dikongsikan, terutama bila mengenai keluarga. Tapi kali ni air mata aku tak tertahan sangat nak tumpah. Rasa tak patut bila menangis di hadapan orang yang tak sepatutnya. Aku tahu aku nampak tidak profesional. Tapi aku tetap manusia biasa. Aku tak suka kaco hal orang, tapi kenapa orang suka kaco hidup aku?
Salahke aku bercuti panjang? Aku dah lama tak bercuti. Malah cuti tahun lepas masih berbaki 28 hari. Cuma bila aku bercuti, aku memang akan amik cuti panjang. Kali ni, memang panjang juga, sebab mak aku sakit. Satu kejutan bagi family aku bila sejarah keluarga kami tak de yang sakit macam tu. Walau pun mungkin nampak macam sakit biasa, tapi mak aku secara psikologinya memang tak boleh terima. Dan kami sebagai anak-anak hanya boleh bagi sokongan moral. Malah kakak aku yang duk N9 pun dah kerap balik jenguk mak aku sejak dia sakit. Aku? Aku tahu aku bukan anak yang baik.
Tak de orang yang nak pertahan aku (aku rasa). Aku betul-betul terasa ketiadaan my ex-bos merangkap my senior. Kalo dulu, dia akan pertahankan, tapi sekarang tak. Aku tak tahu nak cakap kat sape, betapa kecewanya aku dengan kerjaya ni.
Aku betul-betul hopeless. Aku juga belajar untuk menjadi tidak ikhlas.
No comments:
Post a Comment