Susah juga aku nak komen. Tapi tu lah hakikatnya. Once ko dah jadi kaunselor, orang anggap dan expect ko perlu sempurna. Terutama bab kawal emosi, soft-spoken, tak boleh marah-marah, sabar dan segala sifat-sifat yang terbaik. Wow!
Well, kita tidak boleh mengganggap semua orang sempurna. Kaunselor pun manusia biasa juga. Ada masa kaunselor akan rasa tensen, ada masa rasa nak marah, ada masa rasa nak sakit hati, ada masa rasa tercabar, ada masa rasa nak tumbuk-tumbuk juga dan ada masa rasa nak menangis kan. Cuma yang penting, masa kendalikan sesi kaunseling, kaunselor perlulah genuine, unconditional positive regards masa terima klien. Kita tak bolehlah judge or labelling or generalization orang or buat persepsi awal semata-mata kerana kelemahan bukan? Kelemahan tersebut boleh diperbaiki. Bukankah dari kelemahan kita boleh membentuk yang terbaik?
Pengalaman kali walaupun pahit betul-betul berikan aku pengajaran. Aku tahu aku masih muda, masih belum banyak pengalaman, tapi kehidupan ni satu proses pembelajaran. Kalo tak de pengalaman camni cmne aku nak blaja tentang hidup kan? Tapi serius la pengalaman ni betul-betul merendahkan semangat aku untuk bekerja. Tamparan kali ni walaupun mungkin nampak kecil tapi benar-benar memberi impak besar dalam hidup aku. Bagaimanapun, aku amik sebagai satu mekanisme positif supaya aku lebih berhati-hati. Manusia ni rambut je sama itam, tapi kita takkan tahu niat dan tujuan mereka. Yang penting, aku kene jujur. Moga Allah lindungi aku supaya aku tak menjadi makhluk jahat yang memporak-perandakan manusia lain.
No comments:
Post a Comment