Thursday, October 01, 2009

Saya kini sedikit bermotivasi

Oh ye... hari ni agak okey sedikit, mungkin menatap wajah-wajah budak umur 12 tahun mengingatkan saya zaman sekolah rendah dahulu, sangat seronok… Mungkin juga memberi motivasi kepada orang lain turut menaikkan motivasi diri saya untuk hari ni, kalaulah setiap hari macam ni kan bagus… maksud saya setiap hari bermotivasi, bukan setiap hari bagi ceramah, tidak ye tuan puan…

Teringat pula diskusi bersama cekgu-cekgi yang datang bersama sekumpulan pelajar tadi. Terkejut mereka kerana saya seorang jek Cik K… di sini sedangkan pelajarnya hampir tujuh ribu. Huahua…kelakar bukan, entah bila la rakan sekerja baru saya akan masuk, terasa juga kekalutan ini pabila diberikan tugas yang menggunung. Sangat tidak best ye tuan puan. Tapi saya tahu saya boleh buat, chaiyok to myself. Hendak seribu daya, bak kata saya kepada bebudak sekolah pagi tadi.

Apa lagi yang saya nak merepek? Besok adalah sangat tidak best. Meeting, bengkel dan taklimat, malamnya program kolej. Camne nak kerat badan nak pergi semua tempat ni? Alahai... dan tiba-tiba saya rasa semangat kembali menurun. Di mana buah hatiku dikala ku dilanda ketiadaan semangat. Mungkinkah ku telah dilupakan?

Time kasih kepada kengkawan yang masih setia bersamaku. Yang bagi lagu (Cik Aniey lah tu), bagi sms, doa untukku, belanja makan je belum lagi (KFC ye Cik Am), muahaha. Oh ya, to Cik Am mana lagu yang aku mintak tu? Takkan kene bayar kot... Atau mungkinkah aku patut request lagu Kau Aku yang dinyanyikan oleh buayafreng ku Aizat daripada Cik Nurul?...

1 comment: