Friday, October 30, 2009

Anugerah terindah yang pernah ku miliki

Melihat tawamu
Mendengar senandungmu
Terlihat jelas di mataku
Warna-warna indahmu
Menatap langkahmu
Meratapi kisah hidupmu
Terlukis jelas bahwa hatimu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki
Sifatmu nan s'lalu
Redakan ambisiku
Tepikan khilafku
Dari bunga yang layu
Saat kau disisiku
Kembali dunia ceria
Tegaskan bahwa kamu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki
Belai lembut jarimu
Sejuk tatap wajahmu
Hangat peluk janjimu
Anugerah terindah yang pernah kumiliki
(Anugerah Terindah Yang Pernah Kumiliki – SO7)

Wednesday, October 28, 2009

Welcome to my life

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you
Do you ever wanna runaway?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming

No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more?
Before your life is over
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With their big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding

No one ever lied straight to your face
No one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy but I'm not gonna be okay
Everybody always gave you what you wanted
Never had to work it was always there
You don't know what it's like, what it's like

From deep inside my heart...

Dua minggu lepas, rumah kat kampung kene masuk pencurik. Bongok punya pencurik! Siap boleh makan-makan ais-krim ngan epal lagi kata my mum. Sebab diorang tahu tak de orang kat umah. Thanks God sebab tak banyak yang diambil, kesian my bro sebab duit elaun dia yang diambil. Biar hitam hati pencurik bodo tu sebab amik duit orang kurang upaya. Pantang sungguh aku bila ada orang suka cari kesenangan atas kudrat orang lain.

Genap 1 tahun 8 bulan 10 hari kat sini. Amanah. Tanggungjawab. Berat sungguh nak pikul macam-macam. Orang yang memandang takkan faham bahu orang yang memikul. Kadang-kadang aku konpius ngan sistem kat sini, yang terlalu rileks teramat rileks, yang terbeban ditambah-tambah, yang berkuasa terlebih-lebih, yang mendapat nama atas usaha orang lain camne pulak? Atau aku yang tak tahu menilai dan buta hati?

Kadang-kadang rasa macam sangat tak penting. Kadang-kadang rasa sangat tak berguna. Kadang-kadang rasa tidak diperlukan. Aku pun tak tahu aku nk fight untuk apa. Nak perjuangkan apa. Nak minta apa.

Tak tau nak bercerita kat sape. Lately, mungkin sudah tak de orang nak dengar citer aku macam dulu. Someone yang sudi meluangkan masa berjam-jam nak dengar citer bodo aku, agak terasa kehilangan. Quality time vs quantity time? Tak tau camne nak express, tak tau nak tanya kat sape. Tapi apa yang kita telah buat untuk mengatasinya? Don’t be selfish Dila!

Aku tahu aku bukan sempurna mana... dan tiada siapa yang akan memahami (T_T)

Masih jauh

Boleh ke hati menipu? Harap tak.. tetap dan masih terasa jauh >_<

Tuesday, October 27, 2009

Hepi besday Cik Nurul Fazlieanna :)

Betul ke I eja nama u ni? Muahaha... sempena besday u yang ke 25 ni, i tulis entri khas untuk u tau, u tak terharu ke baca nih?

Jom berkenalan ngan Cik Nurul..ish, pelik plak panggil u Nurul...cam ayu jek panggil u ngan nama ni..wakaka... Saya panggil Nurul ni Faz, baru otai sket bunyinya... kami kenal masa sama-sama masuk keje. Cuma dia duk kampus lain, tapi selalu gak kami jumpa time meeting ngan kursus (extra bed, kehkehkeh). Walaupun jauh beribu batu, kami selalu sms (dulu-dulu jek, sekarang Faz dah malas nak topup, hampeh u), ym sama-sama, berlotus sama-sama, mengutuk dan mengumpat itu biasalah (biasa ek u?)..

U, i doakan u sukses dalam semua yang u nak... kerjaya, keluarga, hidup, CINTA dan lain-lain... Kalau u dah berjaya tu janganla lupa kat i ni ek...hukhuk...

Sempena hari kelahiran u ni, i tak de hadiah mahal nak kasi u, jadi i kasi u entri khas ni ngan kasih sayang je la ek, kasih sayang kan tak boleh dijual beli. Lagipun, u kan bakal dapat hadiah spesel dari Sham (jom gelak guling2...)

Adoila, pe lagi i nak merepek ni? Ok la, nak kene buat KPI 2010 ngan laporan 2009 ni, kita kan nak bentang minggu depan (huhuhuhu...tak buat tak boleh ke?)...jom

Monday, October 26, 2009

Cannot smile

Hati yang terasa jauh membuatkan saya lupa bagaimana mahu senyum…

Thursday, October 22, 2009

Dekat tapi jauh

“Pernahkah kau bicara…tapi tak didengari…”

Kadang-kadang jauh itu mungkin lebih baik dari dekat

Dekat hanya makin menjauhkan

Dekat tapi macam jauh...

Wednesday, October 21, 2009

Muka sedih?

Muka aku ni muka sedih ke? Ye kot.. aku pun rasa camtu. Muka sombong pun ye jugak. Aku tak de la sombong mana, bagi yang tak kenal kira nampak macam ala-ala sombong la seposen, tapi hati baik tau.

Muka aku ni jenis jujur. Maksud aku, kalau la aku tak suka something, memang jelas dan nyata nampak tak suka. Kalau sedih pun camtu jugak :(

So korang rasa muka aku sekarang camne?

Tuesday, October 20, 2009

Perempuan berduka dari Tanah Rencong

Di dalam kehidupan ini, kita suka diberi. Disuap adalah kebiasaan manusia. Tidak ramai manusia menggerakkan diri mereka untuk menyuap dan memberi. Sebab itu, lebih ramai manusia tidak mahu berusaha, tetapi hanya menunggu rezeki datang bergolek kepada diri mereka.
Begitu juga dalam persahabatan. Kita biasanya suka menerima. Atau, kita suka apa yang kita beri itu, dibalas semula. Jika tiada timbal balik, maka kita tidak akan bersemangat meneruskannya. Ramai orang menghadapi situasi ini. Akhirnya mereka akan tertanya-tanya”
“Saya dah buat baik pada kawan saya, tetapi dia buat macam tak tahu je kehadiran saya”
“Saya ada sahabat, tetapi dia tak sayang saya”
“Saya dah hargai dia, tapi dia tak pernah pun hargai saya”
Sebenarnya, hidup ni tak seindah teori. Tidak juga macam drama-drama atau kisah indah di dalam novel. Walaupun sebenarnya, teori itu tidak mustahil direalitikan, dan kisah indah di dalam novel dan drama tak mustahil dibumikan.
Namun kita berhadapan dengan manusia. Manusia ada pelbagai ragam. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Justeru, dari mengharap sesuatu yang tidak pasti, lebih baik mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pahitnya realiti.

Tiada untukku

Belajarlah melihat sekeliling, perhatikan apa yang tidak kena sekiranya masih ada rasa sayang dalam hati.

TQ..

Never been to a place like here
Never seen it anywhere
Very eager
I wonder
Since its new it has no tangles
Isolations have no flower
Very near i scower
But anyway
I guess i wasn't needed here

Monday, October 19, 2009

Kekurangan kasih sayang

p/s : diari yang merepek, jangan baca kalo tak de masa…

Jumaat
Pernah tak korang tengah mengexpresskan perasaan korang, contoh, time tu tengah sedih ke, then orang tu buat macam tak de pape? Aku memang suka berlagak macam bagus (kadang-kadang je tau)… so aku buat macam tak de pape walhal aku sangatla sedih kerana sepanjang hari tu, aku macam terabai. Mungkin aku nampak macam okey, tapi sebenarnya aku majuk! Walaupun mungkin tak de sebab kukuh kenapa aku patut majuk, tapi aku rasa sangat-sangat terabai. Malam tu nasibla aku kuar makan Chicken McDeluxe ngan Cik Aniey, sejuk sikit hati ni.

Sabtu
Pergi kenduri lak…penat juga walaupun bukan aku yang drive… masih dalam mood sedih kerana rasa macam tak penting langsung. Kadang-kadang aku terfikir, ada ke orang yang sayang kat aku ni?

Ahad
Bangun lambat. Mata bengkak. Tetiba je emo malam Ahad tu, aku nangis, tak macho sungguhla. Aku rasa sedih, sedih sangat... aku pun tak faham kenapa aku patut sedih. Mungkin sebab apa yang aku lalui sekarang ni sama macam apa yang pernah aku lalui 5 tahun lepas.

Isnin
Fyi, aku betul-betul rasa tak dihargai sekarang. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, aku ni pernah tak wujud dalam hidup korang? Entahla, mungkin aku je yang bersangka camtu sedangkan orang tu tak perasan pape pun. Aku kot yang agak emo lately. Bak ayat cik Aniey, kekurangan kasih sayang. Mungkinkah aku ni kekurangan kasih sayang?

Friday, October 16, 2009

Belajar untuk memujuk hati sendiri

Pernah tak anda rasa diri anda ni tidak begitu penting, atau lebih tepat langsung tidak penting? Kalau dianggap penting sudah tentu anda akan berasa anda ini diperlukan kan?

Ya Allah,
Aku ini insan yang kalah
Balut hati ini yang terbelah, juga terpisah-pisah
Ya Allah,
Hanya pada-Mu aku meminta
Dan, hanya pada-Mu aku memohon..
Mohon dengan sangat
Ya Tuhanku,
Apa lagi yang salah didiriku
Bersujudku mohon kepada-Mu
Ampuni dosaku
Ya Tuhanku,
Hanya Engkau yang dapat mengerti
Kesepian yang mencabik diri
Ku tak tahan lagi
Ya Allah,
Jangan biarkan aku terpisah
Terjerat dalam pusaran rindu..
Rahsia kasih-Mu
Ya Allah,
Dia satu di antara seribu
Ku mohon jangan pisahkan aku

Dia yang sebok

Saya yang tak faham atau dia yang tersangat 'sebok'?

Dilupakan (T_T)

Tidak dipedulikan (~_~)

Terpinggir… (i_i)

Thursday, October 15, 2009

Ada untukmu

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku…
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku…
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku…
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Tuesday, October 13, 2009

Kusut

Kadang-kadang kesedihan tu susah nak digambarkan. Siapa yang boleh faham situasi saya sekarang? Saya sudah tak tahu sama ada nak menangis atau meraung. Saya sendiri pun takut untuk menghadapi kenyataan.

Monday, October 12, 2009

Singa inspirasi

Dulu saya ada Memel si patung Garfield, walaupun Memel dah ‘berusia’, tapi saya masih tetap sayangkan dia. Sekarang Memel ada kat kampung.

Cik Aniey pun ada juga Ogy si Frogy yang leh teman dia tidur malam-malam...

Sekarang saya tak ada apa-apa. Teringin pula nak ada Singa Inspirasi macam Wajib Tayang kasi kat Mia tuh. Ada rambut. Cute...

K la, banyak kerja nak kene buat hari ni... agak ketensenan... tapi tak tahu kenapa saya boleh melalui dengan tenang hari ni walaupun saya tahu banyak yang tak smooth. Mungkin belum tiba lagi masa untuk collapse sekarang ni (T_T)

Friday, October 09, 2009

Saya diselubungi keresahan yang teramat

Kadang-kadang rasa nak tumbuk je diri sendiri. Projection. Sekurang-kurangnya saya akan lega. Tapi macam biasa, saya cakap je, tak tumbuk pun. Semalam sangat-sangat tensen. Apa yang saya buat? Cari seseorang untuk dibebelkan dan melukis. Kadang-kadang art therapy ni berkesan juga untuk menghilangkan tekanan. Express semuanya di dalam satu lukisan. Lega…

Hari ni? Saya berdoa semoga semuanya berjalan lancar. Saya benar-benar memerlukan sokongan moral.

Thursday, October 08, 2009

Saya dan kebodohan yang terlampau

Hari yang sangat mentensenkan. Kenapa? Sebab satu keje pun saya tak mula pun lagi. Saya malas? Tidak juga. Tapi saya betul-betul tak tahu apa yang patut saya buat.

Muka saya macam orang tak sihat hari ni. Kata beberapa orang students saya. Ye ke? Agakla, huhuhu... walaupun nampak je happy tapi dalam hati Tuhan je yang tahu apa yang saya alami.

Saya ingatkan saya dah cukup tabah, tapi tidak. Air mata saya menitik juga. Uwaa... sedihnya, kenapalah saya tidak bagus macam orang lain? Kenapalah saya boleh melakukan kesilapan yang saya tak patut buat? Dan sekarang saya menunggu hukumannya. Padan muka saya! Padan muka saya je tak apa, janganlah melibatkan orang lain, harapnya...

Saya betul-betul rasa down sekarang (T_T)

Will be yours

So sail away and free your ghost
Give to whom you love the most
Give away and you’ll believe
All good things, you’ll receive

The more you give, the more you get
Always try, not to forget
So give it all away, hey…
All that you want, will be yours

If I’m the one, you lookin’ for
Then open up that bolted door
Let me in and lead me through
You know, I’ll do the same for you
Step by step, you’ll be aware
Heart to heart, if truth is there
Now give away and you believe
All good things you’ll receive

Wednesday, October 07, 2009

I knew I loved you

Maybe it's intuition
Somethings you just don't question
Like in your eyes, I see my future in an instant
And there it goes, I think I've found my best friend

There's just no rhyme or reason
Only a sense of completion
And in your eyes, I see the missing pieces
I'm searching for, I think I've found my way home

I know that it might sound
More than a little crazy
But I believe

I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life

Tuesday, October 06, 2009

Keliru

Banyak benda di luar jangka berlaku minggu ni. Tak tahula nak marah ke, gembira ke...sayang ke? Bukan tak tahu, tapi susah nak kata. Betul ke apa yang saya buat ni?

Monday, October 05, 2009

Belajar untuk tidak meminta

Menggembirakan hati orang dan melukakan hati sendiri. Bukankah itu tidak adil. Bukankah sepatutnya kedua-dua pihak sama gembira tanpa ada yang terluka.

Menggembirakan hati orang bukankah tugas mulia? Tidakkah kita berasa senang jika melihat orang gembira? Tapi perlukah kita mengabaikan perasaan sendiri?

Dalam hidup ini, perlukah kita terlalu banyak meminta?

Memberi dan menerima. Bukankah itu konsep yang adil. Sama-sama merasa.

Tapi, belajarlah untuk tidak meminta...

Boleh ke?

Sunday, October 04, 2009

Sejak ku bertemu padamu

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

Saturday, October 03, 2009

Hatiku berbunga-bunga cinta

Hujung minggu yang agak baik... Kerjaku berjalan lancar, walaupun hati berdebar-debar pada mulanya... Jiwaku pun tak kacau lagi... Sayangku bertambah-tambah... ahaks (^_^)v

Friday, October 02, 2009

Kau dan Aku

Kau dan aku, adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Mengejar mimpi, yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku, walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
(Kau Aku - Aizat)

p/s : lagu ni untuk striker yang dah lama tak baca blog ni, jangan lupa nyanyi lagu ni pulak ye, kehkehkeh (^_^)

Thursday, October 01, 2009

Saya kini sedikit bermotivasi

Oh ye... hari ni agak okey sedikit, mungkin menatap wajah-wajah budak umur 12 tahun mengingatkan saya zaman sekolah rendah dahulu, sangat seronok… Mungkin juga memberi motivasi kepada orang lain turut menaikkan motivasi diri saya untuk hari ni, kalaulah setiap hari macam ni kan bagus… maksud saya setiap hari bermotivasi, bukan setiap hari bagi ceramah, tidak ye tuan puan…

Teringat pula diskusi bersama cekgu-cekgi yang datang bersama sekumpulan pelajar tadi. Terkejut mereka kerana saya seorang jek Cik K… di sini sedangkan pelajarnya hampir tujuh ribu. Huahua…kelakar bukan, entah bila la rakan sekerja baru saya akan masuk, terasa juga kekalutan ini pabila diberikan tugas yang menggunung. Sangat tidak best ye tuan puan. Tapi saya tahu saya boleh buat, chaiyok to myself. Hendak seribu daya, bak kata saya kepada bebudak sekolah pagi tadi.

Apa lagi yang saya nak merepek? Besok adalah sangat tidak best. Meeting, bengkel dan taklimat, malamnya program kolej. Camne nak kerat badan nak pergi semua tempat ni? Alahai... dan tiba-tiba saya rasa semangat kembali menurun. Di mana buah hatiku dikala ku dilanda ketiadaan semangat. Mungkinkah ku telah dilupakan?

Time kasih kepada kengkawan yang masih setia bersamaku. Yang bagi lagu (Cik Aniey lah tu), bagi sms, doa untukku, belanja makan je belum lagi (KFC ye Cik Am), muahaha. Oh ya, to Cik Am mana lagu yang aku mintak tu? Takkan kene bayar kot... Atau mungkinkah aku patut request lagu Kau Aku yang dinyanyikan oleh buayafreng ku Aizat daripada Cik Nurul?...

Tuhan berikanlah ku kekuatan

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku