Dapat berita pasal orang yang aku pernah suka nak risik ex-awek dia untuk jadi tunang.
Ermm, aku rasa tak de kaitan pun ngan aku kan. Aku pun tak tahu nape orang yang sangat istimewa bagi aku bagitau pasal ni kat aku. Adakah anda ingin membuktikan saya masih ada hati pada si dia yang saya telah lupakan?
Berbalik kepada dia yang pernah aku suka. Tipula kalo korang tak pernah suka sape2 dalam hidup ni kan? Aku tetap manusia biasa yang pernah suka kat orang masa zaman aku masih hingusan kat universiti dulu. Tak matang la katekan. Aku rasa aku pernah stori pasal dia ni dulu kat sini.
Kisah aku dan dia aku kira dah tinggal sejarah. Aku pun tak tahu nak kategorikan kisah ni kenangan pahit ke manis. Tapi aku sangat merasakan aku banyak buang masa sebab dia. Malah pernah terdetik di hati ni betapa menyesalnya aku kenal ngan dia. Tapi pengalaman banyak mendewasakan aku. Tak de pengalaman tak de la aku blaja pasal hidup ni.
Bila dapat news pasal orang yang ko pernah suka nak ngorat ex dia balik, aku rasa memang tak de kaitan ngan aku. Tapi tipula kalo aku tak rasa pape. Kecewa? Tidak sama sekali. Aku kira aku gembira dia akhirnya tahu siapa yang dia suka. Parut dalam hati aku ni takkan pernah padam. Mungkin sisa dendam tu masih ada.
Kepada encik aizat, saya belajar untuk lupakan dia. Kenapa kita perlu ungkit pasal dia? Memang saya tak pernah lupa pada dia. Bukan senang nak lupakan orang yang meninggalkan parut dalam hati ni.
Tapi aku belajar sesuatu. Kita tidak akan dapat apa yang kita nak. Jangan mudah percaya pada orang. Jika jatuh, bangun sendiri. Aku pernah jatuh tersungkur, dan apa yang aku buat ialah berdiri dan terus berlari. Sesekali aku akan toleh ke belakang, sebagai peringatan supaya aku tak tersungkur sekali lagi.
No comments:
Post a Comment