Friday, January 01, 2010

Makhluk asing dalam dunia CInPTAan sendri



Kadang-kadang aku rasa aku ni macam alien dalam dunia ni... Makhluk asing dalam dunia CInPTAan sendiri.

Kadang-kadang lebih baik hidup sendiri, tidak perlu hendak pedulikan orang lain, jaga hati sendiri, jaga diri sendiri. Tapi tak boleh juga, aku masih memerlukan orang, maksud aku, tetap memerlukan sokongan moral dari semua dan dia.

Kadang-kadang aku rasa lebih baik tak menghabiskan masa bersama, mungkin istilah mudah, tidak kerap, kerana terlalu kerap akan menimbulkan konflik atau mungkin juga merenggangkan.

Kadang-kadang, aku berharap dapat spend masa bersama sentiasa, walaupun keterbatasan lebih banyak mengatasi segala-galanya. Susah, tak boleh express dengan kata dan perbuatan, sedangkan hati sering juga terkecewa.

Kadang-kadang susah untuk membiarkan impian ni dipenuhi dengan segala bagai permintaan, harus menjadi realistik dalam semua keadaan, dan hidup tidak selalu indah.

Senantiasa, aku bersyukur ada DIA, dia dan mereka. Moga-moga segalanya berjalan lancar, lebih baik dari biasa, lebih kejutan daripada biasa, lebih luar biasa daripada biasa...

p/s : kadang-kadang aku rasa aku selalu letak tajuk yang tak de kaitan ngan entri aku tulis, gasakla, janji bunyi cam bagus... (^_^)

No comments:

Post a Comment