Sunday, January 03, 2010

Anak itik yang hodoh takkan bertukar menjadi angsa 'swan' yang cantik



2010 bukanlah satu permulaan yang baik untuk aku. Entah kenapa, mula je 1 Jan, banyak perkara berlaku serentak, menyebabkan aku sudah tiada hati untuk 'hidup'. Far kata, tak guna kita menangis sebab orang, membazir, tidak berbaloi, puas aku kene brainwash dengan dia. Cik Am kata lebih baik menangis sebab ia akan buat kita rasa lega. Aku rasa kalo aku duk sorang-sorang mungkin dah lama aku 'tenat'. Thanks Cik An & Cik Am sebab sudi melayan karenah aku malam tu. Tapi Sabtu semalam, aku betul-betul memerlukan masa untuk bersendirian, muhasabah diri.

Kenny Rogers Salah satu tempat makan yang aku tak pernah pergi. Dan juga tempat yang aku tak suka. Kenapa? Sebab orang yang pernah aku suka amat suka makan kat sini. Tapi sepanjang kitorang kenal, dia tak pernah bawa aku ke sini. Tak pela, aku tahu kedudukan aku kat mana. It's ok...Jangan riso, hidup aku dengan Kenny Rogers dah lama tamat, aku sekadar nak stori pasal analogy jek...

Mee segera Aku bukanlah berminat sangat makan mee segera, or senang sebut, megi. Sebabnya, masa aku umur 6 tahun, aku pernah masuk wad sebab banyak sangat makan megi sampai badan sakit. Aku ingat lagi masa tu, aku baru kenal megi, jadi tiap hari aku makan tanpa miss, sama ada dimasak or makan mentah. Walau pun aku tak tahu sangat punca sebenar kenapa aku kene cucuk ngan jarum masa tu, tapi aku pasti salah satu sebabnya ialah megi. Itu dulu, sekarang aku akan santap megi kalo aku rasa 'tak betul'. Oh ye, aku berjaya makan dua bungkus megi tomyam semalam, satu untuk brekfast, satu untuk dinner, itulah menu aku untuk Sabtu semalam.

Seremban Dari sekolah sampai sekarang, aku selalu turun Seremban, mungkin satu sebab ialah kakak aku duk n9. Sampaikan plate keta aku pun plate n9 - NCC... Kat situ juga macam-macam kenangan aku ada. Aku takut sangat kalo satu hari nanti aku akan bencikan Seremban. Sebab terlalu banyak cerita hidup aku kat sana. Aku takut sangat kalo aku akan sakit hati bila ingat Seremban. Janganla jadi camtu, cukupla aku benci Kenny Rogers je...

dan bila kau menghilang
musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku
(Situasi-Bunkface)

Muhasabah diri, itu yang aku buat sekarang (T_T). Tolongla, aku tak nak lalui stage ni lagi...Aku akan amik masa bertahun untuk bina fasa baru...

1 comment: