Susah nak menggambarkan peribadi sebenar seseorang. Yang luar nampak baik, dalam tak semestinya. Di luar cakap manis, dalam tiada siapa yang tahu. Susah bila niat yang baik dibalas dengan prasangka yang bermacam. Susah bila kuman seberang laut nampak dek mata tapi gajah depan mata langsung tak perasan. Jangan bersikap serkap jarang, kerana semua itu akan menimbulkan sengketa. Siasatlah sesuatu perkara sebelum membuat sebarang pernyataan yang boleh menimbulkan spekulasi. Yang tak tahu carilah kebenaran untuk menjernihkan keadaan. Bukannya membuat andaian sendiri.
Diam tak bermakna mengaku salah. Diam juga tak bermakna tak bersalah. Mungkin diam itu lebih baik untuk mengelakkan alamat yang tidak baik. Setiap individu pendekatannya berbeza-beza. Manusia itu unik, bukan senang kita nak puaskan hati orang, dan bukan senang juga orang nak puaskan hati kita.
No comments:
Post a Comment