Sunday, January 31, 2010

E-village lagi

Mengantuk. Baru lepas sesi kembara merentas sungai dan lumpur. Tapi aku tak join pun, hehe. Juz tolong2 jadi penyibuk je. Esok keje, huhu.,

Moga-moga ada sinar hujung minggu untuk aku akan datang...

Saturday, January 30, 2010

Bengang

Teringat plak lagu Akim-Bengang, aku sangat suka lagu ni, tapi lagu Aizat tetap menjadi pujaan hatiku, haha...

Ok, aku bukan nak cite pasal lagu hari ni, tapi lebih kepada keikhlasan. Susah kan kalo buat sesuatu tanpa rasa ikhlas. Kita akan rasa pressure, sakit ati, plus Bengang. Lebih2 lagi bila sesuatu yang kita buat langsung tak dihargai. Perbezaan darjat tetap menjadi ukuran lagi zaman ni.

Nextime aku nak jadi orang lain. Dan pentingkan diri sendiri.

Oh ya, aku update blog ni guna hp aku yang berwifi :p

Thursday, January 28, 2010

Aku suka merajuk?

Oh!

Ya, hampir sipi2 agak tepat. Dan yang aku perasan, kebelakangan ni aku suka merajuk. Sangat hampeh. Sikit-sikit merajuk... macam seronok pulak dapat merajuk ngan semua orang...

Jiwa aku sensitif? Agakla, tapi tak de la selalu, kadang-kadang je. Mungkin sebab tu penyakit merajuk ni suka menimpa aku.

Tapi... yang tak bestnya bila merajuk tak de orang nak pujuk. Sangat2 tidak seronok. Oh!

p/s : aku tengah tensen ni..alahai~~ pujuklah aku ngan pizza hawaian chicken wahai encik Aizat...

Wednesday, January 27, 2010

Bila pena bertukar tangan



Huhu, tak pasal2 kene tag suh menulis guna tangan kiri. Inilah hasilnya, cun tak? Cuma gambar tu aku lukis guna tangan kanan r, tak kuasa la nak melukis ngan tangan kiri, hihihi...

To miss nurul, i dah jawab tag u ni okey... Cuma i xmo la tulis alamat blog je, tulis nama i la, hikhik...

Okla, nak tag sape ek? Hah, sape lagi kalo bukan Cik Ha, Cik Ann, Chikot dan Cik Am, sila menulis guna tangan kiri or tangan sebaliknya yang selalu korang menulis okeh!

Tuesday, January 26, 2010

Diam lebih baik?

Susah nak menggambarkan peribadi sebenar seseorang. Yang luar nampak baik, dalam tak semestinya. Di luar cakap manis, dalam tiada siapa yang tahu. Susah bila niat yang baik dibalas dengan prasangka yang bermacam. Susah bila kuman seberang laut nampak dek mata tapi gajah depan mata langsung tak perasan. Jangan bersikap serkap jarang, kerana semua itu akan menimbulkan sengketa. Siasatlah sesuatu perkara sebelum membuat sebarang pernyataan  yang boleh menimbulkan spekulasi. Yang tak tahu carilah kebenaran untuk menjernihkan keadaan. Bukannya membuat andaian sendiri.

Diam tak bermakna mengaku salah. Diam juga tak bermakna tak bersalah. Mungkin diam itu lebih baik untuk mengelakkan alamat yang tidak baik. Setiap individu pendekatannya berbeza-beza. Manusia itu unik, bukan senang kita nak puaskan hati orang, dan bukan senang juga orang nak puaskan hati kita.

Monday, January 25, 2010

Snow white akan tetap tersisih dalam hutan


Satu
Kesian snow white, dia terpinggir dalam hutan. Nak balik semula, dia lupa pulak jalan pulang. Ada sesiapa yang sudi untuk pimpin dia balik?

Dua
Sedikit demi sedikit keistimewaan snow white di tarik balik. Satu persatu. Dia teringin nak melawan, tapi tak berdaya. Snow white semakin dilupakan. Haknya dipinggirkan. Umpama dia tiada kepentingan. Semakin lama, semakin banyak yang dirampas. Kemudahan, keistimewaan, kebahagiaan, semakin lama ia semakin jauh...

Tiga
Cerita dongeng akan selalu berakhir dengan happy ending. Tapi mungkin kisah snow white kali ini bertukar jalan cerita...

Wednesday, January 20, 2010

Bz

Hari ni melayan kaunselor baru dari JB. Then siapkan apa yang patut untuk Jumaat ni. (Erkkkkk...!)

Semua 'orang' bz, maka aku pun nak membizikan diri juga hari ni ok!

Tuesday, January 19, 2010

Mentari muncul lagi

Aku fikirkan
Mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya...
(Mentari muncul lagi by Slam)

Nape aku post lagu ni? Hahaha..pagi ni ada orang 'menyumbangkan' beberapa buah lagu termasuklah lagu kat atas ni... Mujurlah tak hujan dan ribut petir pagi tadi... Well, dah namanya Aizat, kira boleh tahan la, cuma gitar je tak de, pasni ngan gitar pulak k...

Monday, January 18, 2010

Boyfriend no.2 aku buat hal

Aku tak tahu nak panggil apa kat dia. Aku tak pernah bagi nama panggilan pape kat dia. Orang lain siap ada nama panggilan lagi, Oren la, Vivi la, aku? Nak panggil Si Itam dah bunyi macam nama kucing pulak. Gaga ok tak? Jangan gagap sudahla. Mungkin pasni aku patut reka nama kat dia. Nantilah aku fikir.

Berbalik ke tujuan asal entri ni, boyfriend aku buat hal pagi ni. Aku pun  tak tahu kenapa. Tak pernah-pernah dia jadi macam ni. Aku ada buat salah ke? Memangla Ahad hari tuh aku tak layan dia, tapi tak kanla sebab tu kot dia nak majuk ngan aku. Agak-agak la kan...

Pagi tadi aku ada juga mintak tolong makcik cleaner tu tolong tengok-tengokkan dia, tapi makcik tu cakap dia pun tak biasa hal-hal macam ni. Ah sudah, housemate aku pun masa tu pun tak balik lagi. Last-last aku tinggalkan je dia kat situ, lantak la, nantila aku fikir macam mana nak setel hal kitorang nih.

p/s : keja banyak, jap lagi baru aku balik jenguk boyfriend aku tuh!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sambung..

Cici dah okey, nasib baik. Oh ye, aku dah dapat nama dia, Cici, tu pun Alang ngan Ucu bagi, hahaha... Tadi pun Ude, Alang ngan Ucu yang tolong selesaikan masalah boyfriend aku tuh. Ude suh g proton servis, hah, ye la tuh. Mujur ada adik-beradik ye tak?

p/s : kalo Aizat ada kan bagus (T_T)

Saturday, January 16, 2010

Sangat penat bertahan

Sangat penat bertahan, dan, walaupun aku tahu semakin lama sebenarnya aku cuba menyedapkan hati sendiri...
Kisah jatuh, cokelat, my mum, semuanya dikumpul dengan air mata yang sama...

Dan untuk hari ini, moga aku bertahan lagi..

Thursday, January 14, 2010

Jatuh lagi

Kalau jatuh cinta seronok juga, tapi ni jatuh tangga okey, sangat sakit... Aku tahu aku manja, so of course la aku meraung macam budak-budak, hukhuk... So hari ni dan esok aku MC okey..Bye!

Monday, January 11, 2010

Oh Aizat

Hohoho.. Aizat menang, aku excited, hahaha... Sangat comel bila dia nyanyi lagu Kau Aku, mood hepi bila tengok budak sekolah ramai-ramai sambil lompat-lompat... Sangat sayu bila dia nyanyi lagu Pergi.. ngan gitar plak tuh, huhuhuhu ~~

p/s : Ayat pagi tadi : Antara Aizat dan 'Aizat' mana lagi hensem? Ceh!

No Kelantanese ek?

Mak dia kate, NO KELANTANESE  as a daughter in law... Hohoho... dasat tol. Tapi ni citer 7 tahun lepas la, ada aku kisah? Agak kisah la seposen...  walau pun aku bukan ada pape ngan dia, dan tak pernah ada pape pun ngan dia.

Tapi...

Saya sentiasa mendoakan awak bertemu jodoh dengan perempuan Kelantan, walau pun bukan saya, dan sudah tentu TIDAK dengan saya okey. Kalau bukan awak pun, saya mendoakan keturunan awak, dan hidup awak akan sentiasa berkait dengan Kelantan. Kalau bukan sekarang pun, akan datang. Amin...

Friday, January 08, 2010

Langit tak mendengar

Jadi hidup telah memilih
Menurunkan aku ke bumi
Hari berganti dan berganti
Aku diam tak memahami

Mengapa hidup begitu sepi
Apakah hidup seperti ini
Mengapa ku selalu sendiri
Apakah hidupku tak berarti

Coba bertanya pada manusia
Tak ada jawabnya
Aku bertanya pada langit tua
Langit tak mendengar
(Langit tak mendengar by Peter Pan)

Thursday, January 07, 2010

Cinderella, Along dan Alang

Cinderella nak ucapkan tenkiu kat abang long dan alang sebab sudi melayan karenah cerewet Cinderella hari tu dan sudi menunggu berjam-jam pasal hal tuh... Walau pun Cinderella rasa hampir nak pitam sebab tunggu lama sangat but its worth, hahaha... Tenkiu ye along. Dan juga, hope alang dah okey after diberi khidmat nasihat oleh along, moga-moga along dan angah berjaya menceriakan alang, lalalala (^o^)~~

Putera raja, pasni leh la amik gambar berjuta-juta keping ye? (^_^)v

p/s : tetiba je ada adik-beradik kat sini ~along, angah, ude, alang dan ucu, hahahaha...

Tuesday, January 05, 2010

Cinderella, kasut kaca dan handphone


Kasut kaca Cinderella macam kehilangan kasut kaca dia. Kasut kaca depan mata, tapi tak boleh nak pakai, sedih tak? Tak muat ke? Tak sesuai ke? Atau kasut kaca tu memilih tuan untuk di pakai? Atau kasut tu bukan untuk Cindrella?

Handphone Cinderella berkenan sangat dengan satu handphone ni. Putera raja kata nak teman beli. Malu pulak nak minta tolong putera raja bekali-kali.Yelah, putera raja masih banyak urusan negara yang perlu diuruskan. Takut sungguh nak menggangu putera raja. Putera raja kat mana? Sape suh duk jauh sangat? Cinderella dah sampai tahap termimpi-mimpi pasal handphone tu.

Abang/ adik tiri Atau perlu ke Cinderella minta tolong abang tiri dengan adik tiri untuk temankan?

Monday, January 04, 2010

Sampai bila-bila pun Sleeping Beauty takkan bangun dari tidur




Berfikiran negatif tidak elok. Seharusnya kita bersikap rasional dalam semua perkara. Hohoho..itulah ayat yang selalu aku guna dan bagitau kat orang. Senang kan bercakap. Agaknya tu lah yang anak murid aku kata dalam hati. Tapi yang mendengarlah yang akan menanggung banyak perkara. Aduh!

Kalo baca dan dengar cite dongeng, sume akan berakhir dengan happy ending... atau pun they live happily ever after. Hohoho...realiti? Aku bukanlah nak menidakkan apa jua bentuk fakta dan kebenaran, tapi cite dongeng tak kan sama dengan cite realiti kan?

p/s : perempuan berduka dari tanah rencong ni belum habis berduka lagi...

Sunday, January 03, 2010

Anak itik yang hodoh takkan bertukar menjadi angsa 'swan' yang cantik



2010 bukanlah satu permulaan yang baik untuk aku. Entah kenapa, mula je 1 Jan, banyak perkara berlaku serentak, menyebabkan aku sudah tiada hati untuk 'hidup'. Far kata, tak guna kita menangis sebab orang, membazir, tidak berbaloi, puas aku kene brainwash dengan dia. Cik Am kata lebih baik menangis sebab ia akan buat kita rasa lega. Aku rasa kalo aku duk sorang-sorang mungkin dah lama aku 'tenat'. Thanks Cik An & Cik Am sebab sudi melayan karenah aku malam tu. Tapi Sabtu semalam, aku betul-betul memerlukan masa untuk bersendirian, muhasabah diri.

Kenny Rogers Salah satu tempat makan yang aku tak pernah pergi. Dan juga tempat yang aku tak suka. Kenapa? Sebab orang yang pernah aku suka amat suka makan kat sini. Tapi sepanjang kitorang kenal, dia tak pernah bawa aku ke sini. Tak pela, aku tahu kedudukan aku kat mana. It's ok...Jangan riso, hidup aku dengan Kenny Rogers dah lama tamat, aku sekadar nak stori pasal analogy jek...

Mee segera Aku bukanlah berminat sangat makan mee segera, or senang sebut, megi. Sebabnya, masa aku umur 6 tahun, aku pernah masuk wad sebab banyak sangat makan megi sampai badan sakit. Aku ingat lagi masa tu, aku baru kenal megi, jadi tiap hari aku makan tanpa miss, sama ada dimasak or makan mentah. Walau pun aku tak tahu sangat punca sebenar kenapa aku kene cucuk ngan jarum masa tu, tapi aku pasti salah satu sebabnya ialah megi. Itu dulu, sekarang aku akan santap megi kalo aku rasa 'tak betul'. Oh ye, aku berjaya makan dua bungkus megi tomyam semalam, satu untuk brekfast, satu untuk dinner, itulah menu aku untuk Sabtu semalam.

Seremban Dari sekolah sampai sekarang, aku selalu turun Seremban, mungkin satu sebab ialah kakak aku duk n9. Sampaikan plate keta aku pun plate n9 - NCC... Kat situ juga macam-macam kenangan aku ada. Aku takut sangat kalo satu hari nanti aku akan bencikan Seremban. Sebab terlalu banyak cerita hidup aku kat sana. Aku takut sangat kalo aku akan sakit hati bila ingat Seremban. Janganla jadi camtu, cukupla aku benci Kenny Rogers je...

dan bila kau menghilang
musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku
(Situasi-Bunkface)

Muhasabah diri, itu yang aku buat sekarang (T_T). Tolongla, aku tak nak lalui stage ni lagi...Aku akan amik masa bertahun untuk bina fasa baru...

Friday, January 01, 2010

Makhluk asing dalam dunia CInPTAan sendri



Kadang-kadang aku rasa aku ni macam alien dalam dunia ni... Makhluk asing dalam dunia CInPTAan sendiri.

Kadang-kadang lebih baik hidup sendiri, tidak perlu hendak pedulikan orang lain, jaga hati sendiri, jaga diri sendiri. Tapi tak boleh juga, aku masih memerlukan orang, maksud aku, tetap memerlukan sokongan moral dari semua dan dia.

Kadang-kadang aku rasa lebih baik tak menghabiskan masa bersama, mungkin istilah mudah, tidak kerap, kerana terlalu kerap akan menimbulkan konflik atau mungkin juga merenggangkan.

Kadang-kadang, aku berharap dapat spend masa bersama sentiasa, walaupun keterbatasan lebih banyak mengatasi segala-galanya. Susah, tak boleh express dengan kata dan perbuatan, sedangkan hati sering juga terkecewa.

Kadang-kadang susah untuk membiarkan impian ni dipenuhi dengan segala bagai permintaan, harus menjadi realistik dalam semua keadaan, dan hidup tidak selalu indah.

Senantiasa, aku bersyukur ada DIA, dia dan mereka. Moga-moga segalanya berjalan lancar, lebih baik dari biasa, lebih kejutan daripada biasa, lebih luar biasa daripada biasa...

p/s : kadang-kadang aku rasa aku selalu letak tajuk yang tak de kaitan ngan entri aku tulis, gasakla, janji bunyi cam bagus... (^_^)