Thursday, June 06, 2013

terima cabaran

Pagi tadi baru saja menyuarakan keinginan untuk mengubah angina. Alih-alih dapat offer untuk satu task yang mencabar. Mencabar bagi saya kerana mana mungkin saya mampu untuk selesaikan tugas berkenaan. Perlu ada keberanian dan ilmu penuh didada. Hmm...
 
Hmm lagi. Berfikir berpuluh kali, amik ke tak nak. Kalau terima, ia satu cabaran dan pengalaman baru. Sampai bila saya mahu buat kerja sama sahaja, berurusan dengan golongan sama je. Ia bagus untuk saya pertingkatkan diri dan kepakaran, ia benar-benar mencabar menghadapi golongan senior. Tolak? Ya, saya kurang berkeyakinan, takut dikata cakap tak serupa bikin. Saya juga juga manusia biasa, tapi kita melihat dari sudut dan perspektif berbeza. Yang penting amalan, amalkan atau dengar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aishh...
 
Risau? Sudah tentu, bila saya tanya pandangan rakan seangkatan, semuanya memberikan respon negatif. Katanya "Jika tidak tahu, jangan buat". Ya, benar, ilmu saya masih belum sampai tahap 'dewa', usia saya terlalu 'muda' untuk bercakap perihal itu, saya masih setahun jagung. Tapi, sampai bila kita mahu jadi macam ni saja? So-so?
 
Tanya pula pada rakan baik, "Terima, inilah peluang untuk improve diri, tingkatkan expertise". Ya, mereka bukan di bidang saya, tapi galakan mereka positif. Masih ada masa untuk saya buat homework pasal ni.
 
Saya perlukan cabaran, saya dah bosan buat perkara sama.

Khamis

Minggu ni minggu orientasi pelajar, walaupun aku tak terlibat secara langsung, aku masih terlibat menjadi AJK. Yup, nama saja AJK, tapi ianya bukanlah sehebat mana. Ya, aku merasakan kerjaya aku makin merudum,  malah suam-suam kuku sahaja.

Bukan aku tak bersyukur, tapi rasanya aku perlukan suasana baru, tempat baru, aku berkira-kira mahu memohon pindah, tapi banyak faktor pula yang muncul, masalah, den poning.

Aku sendiri tak tahu apa yang aku mahukan, pencapaian bagaimana yang aku mahu atau anjakan macam mana. Tapi aku tahu keseronokan itu makin lama makin pudar tak seperti awal-awal dulu.

Ya, aku tak pandai berkomunikasi, malah tak pandai ambil hati, malah tak pandai expose kan diri. Aku tak suka cakap banyak, kerja tarak, aku lebih suka buat kerja, diam-diam. Ya, itu kelemahan aku, tidak pandai glemerkan diri. Apatah lagi bermanis mulut, puji-pujian dan seangkatan dengannya. Mulut ini berat untuk mengukir senyum atau mengangguk dan mengganggap semua betul, yes, dan yes. Malah ekspresi muka bengang, tak puas hati, menyampah lebih terserlah tatkala aku tak suka tanpa perlu disorok-sorok. Ish, susahnya menjadi plastik. Sopan-santun dalam senyuman manis sukar muncul di wajah aku.

Menonton The Apprentice Asia bersama Encik Tony, masih-masih terngiang-ngiang ayat beliau, "dalam bisnes akan ada 'kekejaman', kita akan buat apa saja untuk menang". Itu dalam bisnes. Realitinya, ia ada di mana-mana.

Monday, June 03, 2013

tolonglah buat kerja betul-betul

Hari ini bukan in the good mood. Why? Wat happen?

Oh ya, kepenatan teramat sangat. Drive memanjang, masa dihabiskan atas jalan. Urusan 3 jam, tetapi memandu 6 jam. bagus.

Itu satu hal.

Hal lain, rasanya hari ni patut uruskan perihal kerja dan duit. Ish, bila orang tu cuti, semua orang tak tahu dokumen tu dengan siapa. Hello, kata multitasking. Berapi je hati aku pagi ni. Menyebabkan apa yang dirancang habis tergendala. Teruknya service. Saya pun kerja juga, tapi bila cuti walaupun saya cuti atau outstation, saya masih follow-up. Jika tak penting tak apa. Tapi ini menyusahkan orang OK!
Aku dahla tengah tak de duit sekarang ni weh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 28, 2013

homesick

Homesick. Itulah yang aku rasa sekarang. Terasa mahu memohon pindah balik ke kampung halaman. Ia lebih mudah. Setiap hari boleh berulang-alik dari rumah. Tapi ia mungkin juga mustahil melainkan kampus di Kelantan ditambah cawangannya. Ish...semua yang ada di cawangan sedia ada adalah rakyat tegar Kelantan, atau yang berkahwin dengan orang Kelantan. Jadi, peluang aku hanyalah sekiranya kampus baru dibuka. Huhuhuhu. Tapi aku yakin dengan ketentuan-Nya.
 
Sejak remaja aku dah terbiasa tinggal jauh dari keluarga. Semenjak Tingkatan 4. Mungkin semasa sekolah, matrik dan universiti, rasa homesick tidak terasa sangat. Tapi bila bekerja, ia terserlah. Setiap masa rasa mahu balik ke kampung. Tenang dan tak perlu fikir pasal kerja.
 
Beruntung sesiapa yang dapat kerja dan dekat dengan keluarga. Setiap minggu boleh balik ke rumah. Aku perlu memandu sejauh 8-9 jam untuk tiba di rumah.
 
Aku bukan jenis yang suka keluar bersosial. Ya, aku introvert. Aku bergaul dengan mereka yang benar-benar rapat. Bukan tidak peramah, cuma aku lebih selesa bersendirian dan menghabiskan masa dengan ahli keluarga. Mujur ada kakak aku yang tinggal di Negeri Sembilan, bolehlah aku balik ke rumahnya dan habiskan masa di sana.
 
Esok aku akan berkursus. 3 hari. Jauh dari hiruk-pikuk kerja. Ok, bye.

Monday, May 27, 2013

rezeki

Alhamdulillah, aku panjatkan syukur menerima rezeki yang tidak terjangka. Keputusan yang aku buat setahun lepas rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya. Walaupun berhempas pulas, mengeluarkan wang ringgit, meluang masa dan tenaga, tanpa disangka-sangka ada rezeki yang Allah aturkan untuk aku. Walaupun tanpa diminta, syukur sangat-sangat. Semoga menjadi pemangkin untuk aku terus berusaha lebih gigih. Walaupun terasa sedikit tekanan kerana terpaksa mengekalkan sebaik mungkin, tapi aku akan usaha bersungguh-sungguh, kerana aku yang memilih jalan ini. Semoga tindakan aku diberkati Allah, semoga dicelikkan akal, dimudahkan pemahaman, dan dilancarkan segala urusan berkaitannya. Semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya, insyaAllah.

Thursday, May 23, 2013

J O D O H

Jodoh.
Ia bukan perkara mudah. Ada orang kenal sekejap, terus kahwin. Ada orang kenal bertahun-tahun, baru kahwin. Ada orang kenal pandang pertama, terus kahwin. Ada orang kawan berpuluh tahun, akhirnya tiada jodoh. Ia tidak semudah disangka.

Meniti usia akhir 20-an membuatkan isu jodoh menjadi-jadi. Tidak 'laku' kah? Tiada orang berminat kah? Memilih sangat kot. Bila lagi? Ish...

Ia bukan urusan semudah meng'order' makanan. 'Order' terus dapat. Kalaulah semudah itu. Yang di 'order' belum tentu sedap, entah-entah indah khabar dari rupa. Luar nampak elok,dalaman belum pasti.

Ada orang diam-diam ubi, tiba-tiba kahwin. Bila masa bercinta?

Ada orang bercinta bagai nak 'rak' akhirnya putus juga. Bercinta 'expose' sehabis mungkin, akhirnya berkahwin dengan orang lain. Ia di luar kemampuan jangkaan.

Bila usia makin berusia, bila pendidikan makin tinggi, bila kerjaya makin kukuh, maka satu penanda aras diletakkan- ciri-ciri jodoh idaman. Selagi belum jumpa seperti yang disenaraikan, maka belum ada jodoh. Macam-macam.

Jodoh.
Kadang-kadang kita rasa kita telah bertemu, tetapi milik orang. Tiada jodoh.

Jodoh,
Bila kita bertemu, hati tidak pasti sama ada benarkah itu jodoh kita. Keliru.

Jodoh. Ia terlalu subjektif. Panjatkan doa. Lambat atau cepat. Semuanya urusan-Nya.

Wednesday, April 17, 2013

seperti dulu

dah lama tak update blog
serius, aku bukan jenis yang suka update
dulu mungkin rajin, tapi kebelakangan ni banyak benar kerjanya
kerja peribadi dan kerja hakiki
akaun FB pun jarang benar update
instagram apatah lagi
malas sungguh
lebih suka menjelajah blog orang lain
lebih suka baca status FB orang lain
tak suka sharing pasal sendiri

lastweek memang sangat sibuk
sampai terpaksa amik cuti
menguruskan perihal diri
nak tengok tv pun xde masa

minggu ni banyak pulak keluar
outdoor
bagus juga
tak jenguk pejabat

minggu ni jugakla ada orang ajak aku bergaduh
penat la
penat nak memikirkan perihal orang yang tak nak fikir pasal aku
penat nak ulang banyak kali
penat
penat nak uruskan pasal orang yang memang ada ramai orang lain

lebih baik bawa diri
jauh-jauh
sebab tak ada orang akan faham
pasal aku
sebab tak ada orang nak amik tahu seperti dulu