Monday, January 11, 2010

No Kelantanese ek?

Mak dia kate, NO KELANTANESE  as a daughter in law... Hohoho... dasat tol. Tapi ni citer 7 tahun lepas la, ada aku kisah? Agak kisah la seposen...  walau pun aku bukan ada pape ngan dia, dan tak pernah ada pape pun ngan dia.

Tapi...

Saya sentiasa mendoakan awak bertemu jodoh dengan perempuan Kelantan, walau pun bukan saya, dan sudah tentu TIDAK dengan saya okey. Kalau bukan awak pun, saya mendoakan keturunan awak, dan hidup awak akan sentiasa berkait dengan Kelantan. Kalau bukan sekarang pun, akan datang. Amin...

Friday, January 08, 2010

Langit tak mendengar

Jadi hidup telah memilih
Menurunkan aku ke bumi
Hari berganti dan berganti
Aku diam tak memahami

Mengapa hidup begitu sepi
Apakah hidup seperti ini
Mengapa ku selalu sendiri
Apakah hidupku tak berarti

Coba bertanya pada manusia
Tak ada jawabnya
Aku bertanya pada langit tua
Langit tak mendengar
(Langit tak mendengar by Peter Pan)

Thursday, January 07, 2010

Cinderella, Along dan Alang

Cinderella nak ucapkan tenkiu kat abang long dan alang sebab sudi melayan karenah cerewet Cinderella hari tu dan sudi menunggu berjam-jam pasal hal tuh... Walau pun Cinderella rasa hampir nak pitam sebab tunggu lama sangat but its worth, hahaha... Tenkiu ye along. Dan juga, hope alang dah okey after diberi khidmat nasihat oleh along, moga-moga along dan angah berjaya menceriakan alang, lalalala (^o^)~~

Putera raja, pasni leh la amik gambar berjuta-juta keping ye? (^_^)v

p/s : tetiba je ada adik-beradik kat sini ~along, angah, ude, alang dan ucu, hahahaha...

Tuesday, January 05, 2010

Cinderella, kasut kaca dan handphone


Kasut kaca Cinderella macam kehilangan kasut kaca dia. Kasut kaca depan mata, tapi tak boleh nak pakai, sedih tak? Tak muat ke? Tak sesuai ke? Atau kasut kaca tu memilih tuan untuk di pakai? Atau kasut tu bukan untuk Cindrella?

Handphone Cinderella berkenan sangat dengan satu handphone ni. Putera raja kata nak teman beli. Malu pulak nak minta tolong putera raja bekali-kali.Yelah, putera raja masih banyak urusan negara yang perlu diuruskan. Takut sungguh nak menggangu putera raja. Putera raja kat mana? Sape suh duk jauh sangat? Cinderella dah sampai tahap termimpi-mimpi pasal handphone tu.

Abang/ adik tiri Atau perlu ke Cinderella minta tolong abang tiri dengan adik tiri untuk temankan?

Monday, January 04, 2010

Sampai bila-bila pun Sleeping Beauty takkan bangun dari tidur




Berfikiran negatif tidak elok. Seharusnya kita bersikap rasional dalam semua perkara. Hohoho..itulah ayat yang selalu aku guna dan bagitau kat orang. Senang kan bercakap. Agaknya tu lah yang anak murid aku kata dalam hati. Tapi yang mendengarlah yang akan menanggung banyak perkara. Aduh!

Kalo baca dan dengar cite dongeng, sume akan berakhir dengan happy ending... atau pun they live happily ever after. Hohoho...realiti? Aku bukanlah nak menidakkan apa jua bentuk fakta dan kebenaran, tapi cite dongeng tak kan sama dengan cite realiti kan?

p/s : perempuan berduka dari tanah rencong ni belum habis berduka lagi...

Sunday, January 03, 2010

Anak itik yang hodoh takkan bertukar menjadi angsa 'swan' yang cantik



2010 bukanlah satu permulaan yang baik untuk aku. Entah kenapa, mula je 1 Jan, banyak perkara berlaku serentak, menyebabkan aku sudah tiada hati untuk 'hidup'. Far kata, tak guna kita menangis sebab orang, membazir, tidak berbaloi, puas aku kene brainwash dengan dia. Cik Am kata lebih baik menangis sebab ia akan buat kita rasa lega. Aku rasa kalo aku duk sorang-sorang mungkin dah lama aku 'tenat'. Thanks Cik An & Cik Am sebab sudi melayan karenah aku malam tu. Tapi Sabtu semalam, aku betul-betul memerlukan masa untuk bersendirian, muhasabah diri.

Kenny Rogers Salah satu tempat makan yang aku tak pernah pergi. Dan juga tempat yang aku tak suka. Kenapa? Sebab orang yang pernah aku suka amat suka makan kat sini. Tapi sepanjang kitorang kenal, dia tak pernah bawa aku ke sini. Tak pela, aku tahu kedudukan aku kat mana. It's ok...Jangan riso, hidup aku dengan Kenny Rogers dah lama tamat, aku sekadar nak stori pasal analogy jek...

Mee segera Aku bukanlah berminat sangat makan mee segera, or senang sebut, megi. Sebabnya, masa aku umur 6 tahun, aku pernah masuk wad sebab banyak sangat makan megi sampai badan sakit. Aku ingat lagi masa tu, aku baru kenal megi, jadi tiap hari aku makan tanpa miss, sama ada dimasak or makan mentah. Walau pun aku tak tahu sangat punca sebenar kenapa aku kene cucuk ngan jarum masa tu, tapi aku pasti salah satu sebabnya ialah megi. Itu dulu, sekarang aku akan santap megi kalo aku rasa 'tak betul'. Oh ye, aku berjaya makan dua bungkus megi tomyam semalam, satu untuk brekfast, satu untuk dinner, itulah menu aku untuk Sabtu semalam.

Seremban Dari sekolah sampai sekarang, aku selalu turun Seremban, mungkin satu sebab ialah kakak aku duk n9. Sampaikan plate keta aku pun plate n9 - NCC... Kat situ juga macam-macam kenangan aku ada. Aku takut sangat kalo satu hari nanti aku akan bencikan Seremban. Sebab terlalu banyak cerita hidup aku kat sana. Aku takut sangat kalo aku akan sakit hati bila ingat Seremban. Janganla jadi camtu, cukupla aku benci Kenny Rogers je...

dan bila kau menghilang
musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku
(Situasi-Bunkface)

Muhasabah diri, itu yang aku buat sekarang (T_T). Tolongla, aku tak nak lalui stage ni lagi...Aku akan amik masa bertahun untuk bina fasa baru...

Friday, January 01, 2010

Makhluk asing dalam dunia CInPTAan sendri



Kadang-kadang aku rasa aku ni macam alien dalam dunia ni... Makhluk asing dalam dunia CInPTAan sendiri.

Kadang-kadang lebih baik hidup sendiri, tidak perlu hendak pedulikan orang lain, jaga hati sendiri, jaga diri sendiri. Tapi tak boleh juga, aku masih memerlukan orang, maksud aku, tetap memerlukan sokongan moral dari semua dan dia.

Kadang-kadang aku rasa lebih baik tak menghabiskan masa bersama, mungkin istilah mudah, tidak kerap, kerana terlalu kerap akan menimbulkan konflik atau mungkin juga merenggangkan.

Kadang-kadang, aku berharap dapat spend masa bersama sentiasa, walaupun keterbatasan lebih banyak mengatasi segala-galanya. Susah, tak boleh express dengan kata dan perbuatan, sedangkan hati sering juga terkecewa.

Kadang-kadang susah untuk membiarkan impian ni dipenuhi dengan segala bagai permintaan, harus menjadi realistik dalam semua keadaan, dan hidup tidak selalu indah.

Senantiasa, aku bersyukur ada DIA, dia dan mereka. Moga-moga segalanya berjalan lancar, lebih baik dari biasa, lebih kejutan daripada biasa, lebih luar biasa daripada biasa...

p/s : kadang-kadang aku rasa aku selalu letak tajuk yang tak de kaitan ngan entri aku tulis, gasakla, janji bunyi cam bagus... (^_^)