Sunday, December 07, 2014

Semangat

Alhamdulillah. Masih meneruskan kehidupan di samping melayan kerja yang tak pernah habis.

Masih menunggu seru meneruskan pengajian. Haish...penat yang lepas pun belum habis, tapi terasa kebosanan apabila tidak sesibuk dulu. Bilalah nak start buat proposal ni?

Semoga dipermudahkan urusan dengan nawaitu yang baik.

Tuesday, November 04, 2014

Aku sebutir pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

Monday, November 03, 2014

November

Bertabahlah wahai hati. Semoga terus kekal tabah. Andai rintangan datang, laluilah dengan penuh gagah.


Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini


Jodoh itu rahsia Allah.

Monday, October 13, 2014

13 Oktober 2014

Di saat saya menulis hari ini, saya ingatkan diri saya kuat, saya ingatkan saya mampu hadapi semua ini setelah sekian lama, tapi saya silap. Ia benar-benar memberi kesan terhadap diri ini. Saya pernah lalui perkara lebih teruk dari ini, tapi kesan kali ini lebih mendalam. Mungkin kerana peringkat permulaan, saya menetapkan dalam hati, permulaannya bermula dengan niat kerana Allah. Saya silap meletakkan harapan, walaupun tidak terlalu tinggi, tipulah jika saya kata tidak pernah berharap. Mustahil saya tidak berharap. Di usia yang begini, bagi saya sudah cukup matang untuk tidak ‘main-main’ dalam hal seserius ini, maka saya tetapkan dalam hati, untuk tujuan serius.
Saya silap, setelah sekian lama, maka tidak ada sedikit ruang pun untuk saya. Tidak adakah walau sebesar jarum dalam ruangan itu? Mungkin harapan ini serendah bukit broga, walaupun tidak setinggi gunung kinabalu.
Saya ingatkan saya kuat, mampu menghadapi semua ini. Saya silap. Kerana akhirnya saya kecundang. Membiarkan gugusan mutiara ini gugur. Cuba menahan tapi saya tetap seorang perempuan. Sekuat mana saya menasihati orang, namun saya tak mampu menasihati diri sendiri. Sepositif mana saya memberikan sokongan pada orang, senegatif itulah saya terhadap diri sendiri.
Di saat ini, saya cuba menahan untuk tidak rebah. Untuk kesekian kali, saya dah tak mampu nak hadapi semua ini. Sekian lama, saya menunggu dan terus menunggu. Mustahil saya tidak berusaha. Saya bukanlah orang yang mengharapkan sesuatu datang bergolek di kaki! Namun, satu per satu berlalu pergi. Sehingga sampai satu tahap, saya terasa mahu menutup pintu harapan ini. Ya, saya pernah terfikir begitu. Sampai satu tahap, saya putus asa. Mungkin saya tidak ditakdirkan untuk mengecapi bahagia.

Sunday, October 12, 2014

Patah hati

Mood sedih. Nak menangis tapi masa tak sesuai. Ya Allah, Kau lebih tahu, benar Kau yang tentukan segalanya.

Monday, April 28, 2014

Selamat hari jadi

Kelmarin besday den, ye 26 April...  Den xdela rasa teruja ke kali ni sebab usia makin bertambah. Bila ingat balik rasa xmo bertambah usia, nak muda sentiasa. Tapi bak kata kawan den, usia cuma angka, yang penting hati budi kita muda. Ok, den terima kata-kata kawan den dengan hati yang pasrah.

Harapan den kali ni ialah nak menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Bagus kan impian den kali ni. Semoga Allah permudahkan.

Ramai yang wish supaya den bertemu jodoh tahun ni. Yela, den pun harap camtu lah yo. Walaupun den sendiri konpius kejap sape calonnya. But, den fikir biarlah Allah do the rest kata omputih.

Bak kerjaya dan akademik den, harap Allah permudahkan jua lah. Semoga den terus rajin berusaha mencapai impian den dan omak den.

Tetiba den rasa homesick plak hari ni. Rasa nak balik kampong. Tapi den serik nak drive jauh after accident hari tuh. Keta den dah baiki tapi fobia tu masih ada. Setakat ni den main drive area Segamat je. Wallah... tu pun takut-takut juga. Fobia ke apa penyakit nih?

Okla, den xfaham kenapa den bahasakan diri den, dah macam orang nogori lak rasonyo. But jiwa Kelantan den tetap tebal di hati.

p/s: den masih minat Korea lagi.. lom jemu

Monday, April 21, 2014

Korean wave

Ok, sekarang gelombang Korea tengah melanda. Dah lama sangat aku tak layan movie, drama, lagu korea dan seangkatan dengannya. Last, zaman kat Unimas dulu. Ok, 7 tahun yang lepas.

Tapi, semenjak aku berkenalan dengan Choi Minho, keterujaan terhadap drama korea kembali menggila. Ok, fine... siap dengan lagu-lagu drama tu sekali aku download. Ringtone aku kini dah di set dengan lagu It's Me by Sunny SNSD dan Luna f(x). Parah, sebab aku menjangkakan aku tak akan, sila baca semula, TAK AKAN suka K-pop. But, finally aku tewas juga ke tangan K-pop. Gara-gara drama For you in full blossom, aku start melayan sebarang cerita berkaitan korea ni. Olololo, sweet kan, semuanya sebab Choi Minho dan Sulli.

Dulu, mana aku nak kenal Big Bang, f(x), SNSD dan seangkatan dengannya. Hello, tak layan ok. But, sekarang, gigih membuka Youtube demi menonton lagu Blue by Big Bang. Oloooo, kalaulah masa buat assignment aku serajin ini mencari jurnal kann..

Arghh, malam-malam aku akan melayan Running man juga. Episod 193. Terima kasih la kepada Timah, student degree aku yang bermurah hati memberikan link drama korea yang free untuk ditonton. Gigih aku melayan episode 1-16... Eh, belum lagi habis tonton sebab tak sempat, ada separuh episode lagi. Chaiyok2.. Aku boleh.. Wifi free pun tengah laju dek budak-budak diploma tengah cuti sem. Harus ku gagahkan juga sampai awal Jun. Nanti wifi akan kembali menjadi kura-kura.

Ok, rasa macam nak tukar profile pic gambar Choi Minho je rasanya. Wakakakaka..

Thursday, March 27, 2014

Rezeki

Rezeki

Aku percaya Tuhan dan tentukan rezeki kita. Lambat atau cepat, kita kene berusaha. Jangan putus asa dan terus berdoa. Ada orang murah rezeki, ada orang mungkin tiada rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, mungkin duit, jodoh, anak, harta, makanan, kawan-kawan. Kita semua tak sempurna, maka jangan putus asa meminta dariNya.

Bila bercakap pasal rezeki, aku teringat pesanan kawan, jangan lupa amalkan solah Dhuha. Ya, ia salah satu cara. Minta apa yang mahu diminta. Apabila diizinkanNya, insyaAllah akan beroleh. Namun jangan cepat mengalah, percayalah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Ya, ia peringatan untuk diri sendiri juga. Sebab asyik merungut kan.
InsyaAllah.

Tuesday, March 18, 2014

H O P E

Melangkah ke tahun 2014, menjadikan aku seorang yang malas, malas dalam konteks mengUPDATE blog. Kadang-kadang aku terlupa yang aku punyai blog. Hahaha.. Kesibukan 2012-2013 benar-benar meninggalkan bekas mendalam dalam kehidupan peribadi. Pengajaran- belajarlah menghargai orang. Ya, ia benar-benar mengajar aku menghargai. Tapi, bila kita dah start sedar, perlahan-lahan ia hilang. Ah, ini semua ujian, ada kalanya untuk mencapai sesuatu, kita terpaksa mengorbankan sesuatu. Maybe. Jika diberi peluang, dua-dua pun kita nak, tak nak hilang salah satu. Kan? Fasa 2014 kali ni berlalu dengan sangat perlahan. Tiada mood, tiada motivasi, tiada perancangan. Tidak seperti dua tahun lepas di mana semangat aku berkobar-kobar. Ya, aku mula hilang matlamat. Tidak tahu apa ingin dicapai. Oh ya, baru-baru ni aku accident. Tuhan je tahu perasaanku. Seorang diri, di tengah perjalanan yang aku tak de tempat bergantung. Tak berangan, tapi mungkin ia peringatan kepada aku. Dan, sisa kemalangan itu masih belum diperbaiki. Tiada kekuatan. Fobia mungkin. Kerja? Hanya perkataan malas yang boleh aku gambarkan. Aku cuba mencari kekuatan diri, seperti mula-mula dulu. Samar-samar. Akademik? Masih perlu berehat. Aku kira aku perlu susun waktu semula. Bukan tidak mahu, aku mahu fokus kehidupan peribadi dulu. Kahwin? Ya, itu masalah. Entah di mana jawapannya aku tak tahu. Belum ada jodoh. Mungkin. Sila teruskan berdoa. Aku harap perjalanku mudah, dari segenap segi. InsyaAllah.