Di saat saya menulis hari ini, saya ingatkan diri saya kuat,
saya ingatkan saya mampu hadapi semua ini setelah sekian lama, tapi saya silap.
Ia benar-benar memberi kesan terhadap diri ini. Saya pernah lalui perkara lebih
teruk dari ini, tapi kesan kali ini lebih mendalam. Mungkin kerana peringkat
permulaan, saya menetapkan dalam hati, permulaannya bermula dengan niat kerana
Allah. Saya silap meletakkan harapan, walaupun tidak terlalu tinggi, tipulah
jika saya kata tidak pernah berharap. Mustahil saya tidak berharap. Di usia
yang begini, bagi saya sudah cukup matang untuk tidak ‘main-main’ dalam hal
seserius ini, maka saya tetapkan dalam hati, untuk tujuan serius.
Saya silap, setelah sekian lama, maka tidak ada sedikit
ruang pun untuk saya. Tidak adakah walau sebesar jarum dalam ruangan itu? Mungkin
harapan ini serendah bukit broga, walaupun tidak setinggi gunung kinabalu.
Saya ingatkan saya kuat, mampu menghadapi semua ini. Saya silap.
Kerana akhirnya saya kecundang. Membiarkan gugusan mutiara ini gugur. Cuba menahan
tapi saya tetap seorang perempuan. Sekuat mana saya menasihati orang, namun
saya tak mampu menasihati diri sendiri. Sepositif mana saya memberikan sokongan
pada orang, senegatif itulah saya terhadap diri sendiri.
Di saat ini, saya cuba menahan untuk tidak rebah. Untuk kesekian
kali, saya dah tak mampu nak hadapi semua ini. Sekian lama, saya menunggu dan terus
menunggu. Mustahil saya tidak berusaha. Saya bukanlah orang yang mengharapkan
sesuatu datang bergolek di kaki! Namun, satu per satu berlalu pergi. Sehingga sampai
satu tahap, saya terasa mahu menutup pintu harapan ini. Ya, saya pernah
terfikir begitu. Sampai satu tahap, saya putus asa. Mungkin saya tidak
ditakdirkan untuk mengecapi bahagia.
No comments:
Post a Comment