Tuesday, March 18, 2014
H O P E
Melangkah ke tahun 2014, menjadikan aku seorang yang malas, malas dalam konteks mengUPDATE blog. Kadang-kadang aku terlupa yang aku punyai blog. Hahaha..
Kesibukan 2012-2013 benar-benar meninggalkan bekas mendalam dalam kehidupan peribadi. Pengajaran- belajarlah menghargai orang. Ya, ia benar-benar mengajar aku menghargai. Tapi, bila kita dah start sedar, perlahan-lahan ia hilang. Ah, ini semua ujian, ada kalanya untuk mencapai sesuatu, kita terpaksa mengorbankan sesuatu. Maybe. Jika diberi peluang, dua-dua pun kita nak, tak nak hilang salah satu. Kan?
Fasa 2014 kali ni berlalu dengan sangat perlahan. Tiada mood, tiada motivasi, tiada perancangan. Tidak seperti dua tahun lepas di mana semangat aku berkobar-kobar. Ya, aku mula hilang matlamat. Tidak tahu apa ingin dicapai.
Oh ya, baru-baru ni aku accident. Tuhan je tahu perasaanku. Seorang diri, di tengah perjalanan yang aku tak de tempat bergantung. Tak berangan, tapi mungkin ia peringatan kepada aku. Dan, sisa kemalangan itu masih belum diperbaiki. Tiada kekuatan. Fobia mungkin.
Kerja? Hanya perkataan malas yang boleh aku gambarkan. Aku cuba mencari kekuatan diri, seperti mula-mula dulu. Samar-samar.
Akademik? Masih perlu berehat. Aku kira aku perlu susun waktu semula. Bukan tidak mahu, aku mahu fokus kehidupan peribadi dulu.
Kahwin? Ya, itu masalah. Entah di mana jawapannya aku tak tahu. Belum ada jodoh. Mungkin. Sila teruskan berdoa.
Aku harap perjalanku mudah, dari segenap segi. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment