Rezeki
Aku percaya Tuhan dan tentukan rezeki kita. Lambat atau cepat, kita kene berusaha. Jangan putus asa dan terus berdoa. Ada orang murah rezeki, ada orang mungkin tiada rezeki. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, mungkin duit, jodoh, anak, harta, makanan, kawan-kawan. Kita semua tak sempurna, maka jangan putus asa meminta dariNya.
Bila bercakap pasal rezeki, aku teringat pesanan kawan, jangan lupa amalkan solah Dhuha. Ya, ia salah satu cara. Minta apa yang mahu diminta. Apabila diizinkanNya, insyaAllah akan beroleh. Namun jangan cepat mengalah, percayalah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Ya, ia peringatan untuk diri sendiri juga. Sebab asyik merungut kan.
InsyaAllah.
Thursday, March 27, 2014
Tuesday, March 18, 2014
H O P E
Melangkah ke tahun 2014, menjadikan aku seorang yang malas, malas dalam konteks mengUPDATE blog. Kadang-kadang aku terlupa yang aku punyai blog. Hahaha..
Kesibukan 2012-2013 benar-benar meninggalkan bekas mendalam dalam kehidupan peribadi. Pengajaran- belajarlah menghargai orang. Ya, ia benar-benar mengajar aku menghargai. Tapi, bila kita dah start sedar, perlahan-lahan ia hilang. Ah, ini semua ujian, ada kalanya untuk mencapai sesuatu, kita terpaksa mengorbankan sesuatu. Maybe. Jika diberi peluang, dua-dua pun kita nak, tak nak hilang salah satu. Kan?
Fasa 2014 kali ni berlalu dengan sangat perlahan. Tiada mood, tiada motivasi, tiada perancangan. Tidak seperti dua tahun lepas di mana semangat aku berkobar-kobar. Ya, aku mula hilang matlamat. Tidak tahu apa ingin dicapai.
Oh ya, baru-baru ni aku accident. Tuhan je tahu perasaanku. Seorang diri, di tengah perjalanan yang aku tak de tempat bergantung. Tak berangan, tapi mungkin ia peringatan kepada aku. Dan, sisa kemalangan itu masih belum diperbaiki. Tiada kekuatan. Fobia mungkin.
Kerja? Hanya perkataan malas yang boleh aku gambarkan. Aku cuba mencari kekuatan diri, seperti mula-mula dulu. Samar-samar.
Akademik? Masih perlu berehat. Aku kira aku perlu susun waktu semula. Bukan tidak mahu, aku mahu fokus kehidupan peribadi dulu.
Kahwin? Ya, itu masalah. Entah di mana jawapannya aku tak tahu. Belum ada jodoh. Mungkin. Sila teruskan berdoa.
Aku harap perjalanku mudah, dari segenap segi. InsyaAllah.
Thursday, December 26, 2013
Dan kenapa?
Kenapa bila kita jumpa 'the right one', dia bukan untuk kita?
Kenapa bila kita jumpa yang serasi, dia tetap bukan untuk kita?
Kenapa bila kita jumpa seseorang yang akan membuatkan kita leka untuk berbual, terasa tidak jemu malah melindungi kita, dia bukan ditakdirkan untuk kita?
Kenapa?
Kenapa bila kita dah jumpa, dia sudah berpunya? atau telah ditanda?
Kenapa lambat sangat kita jumpa?
Kadang-kadang kita rasa hidup ini tak adil
Kenapa kita tak jumpa dia dulu?
Kenapa baru sekarang kita sedar pasal dia walaupun sebenarnya dia memang dah ada depan kita?
Dan bila masa kita sedar, dia sudah dimiliki?
Atau hanya kita saja yang tidak bertuah?
Kenapa setiap masa kita tak bertuah?
Bila kita jumpa 'the right one', dia bukan untuk kita?
Habis tu sampai bila kita akan jumpa yang untuk kita?
Susahnya nak jumpa yang serasi
Tapi setiap kali jumpa, pasti bukan untuk kita
Adakah kita sendiri tidak layak
Untuk mendapat yang begitu rupa?
Kita sedih
Sebab kita lambat jumpa dia
Dan bila kita jumpa
Dia sudah jauh dari kita
Friday, November 01, 2013
Merenung bulan
Terleka aku
melihat kemesraan
Mereka berpasang-pasangan
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih
Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan
Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Bersenda keriangan
Bertanya aku pada diri sendiri
Mengapa kutersisih
Diulit mimpi sedih
Haruskah aku membandingkan
Nasib diri dan tuah orang
Haruskah aku melupakan
Segala kurniaan
Entah mengapa mataku ini
Halaman orang nampak berseri
Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti
Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan
Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan
Entah mengapa sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza
Untuk semua kurniaan Nya tak terhinggga
Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan
Bumi dipijak rumput yang hijau
Dilupakan
Thursday, October 31, 2013
Journey through life
I never thought that I can make such decision. It seems like it just happen yesterday. But finally, I managed to get through it. Alhamdulillah. This couple years had teach me to be bold, strong and achievable. It leads me to pursue my dreams. "Shoot for the moon, even is I miss, I will be land among the stars".The end of a journey is just around the corner, and a new journey is starts to begin.
End.
Monday, July 22, 2013
puasa di perantauan
Beginilah nasib anak perantau. Tinggal berjauhan dari keluarga, makanan berbuka pun ala kadar sahaja. Kadang sedih pun ada apabila rakan-rakan berkongsi menu juadah bermacam-macam, dengan sentiasa berbuka bersama keluarga.
Tapi macam nilah nasib, bukan tak biasa. Semenjak tinggal di asrama pun dah biasa buka menu asrama, menu orang bujang.
Dah kerja pun sama je. Alahai.
Tapi macam nilah nasib, bukan tak biasa. Semenjak tinggal di asrama pun dah biasa buka menu asrama, menu orang bujang.
Dah kerja pun sama je. Alahai.
Thursday, July 04, 2013
cakap bila perlu, diam bila patut
Minggu sibuk lagi. Kali ni dengan mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat. Aku bukanlah orang yang suka masuk meeting. Sebab aku tak suka menokok tambah, mengeluarkan idea, dan bercakap seperti seorang yang bijak pandai. Diam adalah yang terbaik. Sebab diam pun, kita buat bahagian kita, kita bukan pandai cakap jer...Dulu masa ada boss, selalu kene wakilkan dia masuk meeting, kadang-kadang rasa macam tak puas hati juga kenapalah kene masuk meeting, aku bukan reti nak cakap apa. Tapi, lama-kelamaan baru tahu niat dia sebenar. Dia nak pindah, so dia banyak suruh aku sebab nak aku belajar dari awal, jadi tak dela aku culture shock nanti. Sekarang? Tetap rasa tak best juga, tapi kene buat. Tapi memang suka diam, sebab rasa macam kalau lontarkan idea pun bukan ada orang kisah dan amik tahu. Lagipun, kata-kata generasi Y tidak sehebat X. Tiada bombastic. Ia straight to the point, ayat budak tak matang. But then, diam jelah. Lagipun aku bukan pandai bercakap, puji-memuji, haish. Kita nak buat macam-macam, but bila suarakan, ia disekat. Hello, tadi tanya, lainkali jangan tanya lah weh. So, itu juga boleh mematahkan semangat yang berkobar-kobar. Pengalaman dihalang, sekat, dipangkah, diattack, akan menyebabkan pelaku memilih untuk berdiam diri walaupun ada idea bernas sekalipun. Biarlah mereka yang bijak pandai menguruskannya. Ya, itu tanda kekecewaan, walaupun mulut seakan mahu memberi pandangan, ia terkunci di situ sahaja. Simpan. Diam.
Subscribe to:
Posts (Atom)