Monday, August 15, 2011

kisah hati

bila hantar mesej,
sila hati-hati,
kerana ia mengguris hati,
dan meluka diri...

Tuesday, August 09, 2011

:(

Raya tahun ni mungkin tak semeriah mana pun. Tanpa we, mungkin suasananya sangat2 berlainan. Tidak ada orang yang akan bangun dinihari. Tidak ada orang yang akan belikan air batu untuk minuman sejuk.

Wednesday, July 27, 2011

saya takut gelap

awak takut gelap ke?

eh..eh..eh... tanya lah lagi soalan macam tu, dah memang saya takut gelap, nak buat macam mana. Saya bukan kuat dan berani macam awak. Saya tak boleh tidur jika gelap-gelita. Rasa lemas. Dan mulalah terbayangkan macam2... contoh seperti dalam cerite Histeria... Ok , saya memang tak suka cerita hantu, dan tak akan tengok. So, awak faham kan, saya tak suka gelap-gelita.. jika gelap tetapi ada sedikit cahaya tak apa. Nak berjalan keluar bilik ke ruang tamu dalam keadaan gelap-gelita pun tak boleh...boleh pulak tanya 'awak takut gelap ke?'..eeeeeeeeee...

sikap awak ni pelik

ish... rasa nak menitik air mata. Cuba awak definisikan PELIK itu macam mana? Saya pakai seluar kat atas, baju kat bawah ke? Saya pakai tudung terbalik ke? Cuba awak bayangkan, awak dalam keadaan mamai, takut gelap, sudah tentulah  perasaan panik, lemas, panas, takut bercampur-baur.. Adakah permintaan untuk difahami itu terlalu sukar?

Friday, July 22, 2011

nota hati seorang anak

10 Julai - saya menerima berita kematian ayahanda saya. Mula-mula terasa semacam satu gurauan. Antara mahu percaya dengan tidak. Baru dua hari lepas saya bercakap dengan we (panggilan kami sekeluarga terhadap ayah). Arwah sihat, segar-bugar semasa saya bercakap dengannya. Malah, pada pagi pemergian arwah, beliau sempat belikan nasi bungkus untuk ma dan adik di rumah untuk sarapan. Balik dari keluar membeli sarapan, menukar baju untuk kerja, arwah rebah dan sesak nafas...

Saya memandu sendirian untuk pulang ke kampung. Kalaulah arwah masih hidup, dia tak akan sesekali membenarkan saya memandu sendirian. Pernah sekali arwah memberitahu, kalau tak silap semasa raya haji tahun lepas, kalau saya nak balik kampung drive sendiri, lebih baik tak payah balik, duduk saja di Segamat sorang-sorang. Tapi hari tu, saya terpaksa melanggar arahannya.

Saya mungkin anak manja. Atau sememangnya anak manja. Menjadi anak ke-5 dari 6, saya merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarga, dikelilingi abang-abang dan kakak-kakak yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Maka, mungkin sebab itu, perhatian ma dan we diturunkan terlebih kepada saya dan adik.

Saya rindukan we. Mana mungkin saya lupakan dia. Semasa di sekolah rendah, we lah yang akan menjemput saya dari sekolah. Sehinggakan saya digelarkan princess oleh senior, kerana sudah Darjah 6 pun masih dijemput ayah. Cuma di sekolah menengah je kadang-kadang je we menjemput, itu pun kalau hari hujan. Semasa kecil, saya sering di bawa ke kedai kopi untuk minum petang dan makan roti canai. Saya masih ingat, hadiah ketika dapat nombor satu dalam kelas pun makan roti canai  dan minum teh beng juga di kedai kopi. Sehingga besar kini pun, walaupun sudah tidak ke kedai kopi, tapi setiap kali we ke kedai kopi, saya akan dibelikan sebungkus air teh beng. Setiap hari. Malah kadang-kadang 3 kali sehari. Pagi, petang, malam. We memang suka ke kedai kopi  dengan adik. Jika tiada apa-apa kerja, memang itulah rutin hariannya. Yang bagusnya, arwah tidak suka bergosip dan melepak lama di kedai kopi. Selesai minum teh secawan, beliau akan pulang.

Bila we tak de, saya memikirkan kehidupan kami seterusnya. Terasa teramat janggal. Siapa yang akan mengambil alih tugas membawa adik ke kedai kopi? Siapa yang akan menjaga keselamatan kami sekeluarga? Siapa yang akan memeriksa setiap sudut rumah agar semua terkunci? Siapa yang akan menangkap ular, lipan, katak jika binatang tersebut masuk ke rumah? Siapa yang akan membaiki mesin basuh yang uzur setiap kali 'spin'nya tak berfungsi? Siapa yang akan memastikan bekalan air masak di rumah cukup? Siapa yang akan memastikan kami tak membazir elektrik? Siapa yang akan menunggu untuk mengangkat beg saya setiap kali pulang ke kampung? Ya Allah, terlalu banyak kesan ketiadaannya.

Yang paling terkesan tentulah ma dan adik. Setiap hari, setiap malam adik saya akan bertanyakan arwah. Kenapa arwah tidak pulang-pulang. Bila kami nyatakan arwah sudah meninggal, adik kata TAK... We sihat... Adik kami down syndrome, mana mungkin dia memahami maksud sebenar kematian. Baginya, we akan balik. Setiap kali memikirkan adik, kami sekeluraga sedih, Dia yang paling rapat dengan arwah, tidur dengan arwah, ke kedai kopi dengan arwah. Siapalah yang mampu memujuknya selain arwah.

Ya Allah, berilah kami kekuatan menempuhi dugaan ini.

Sunday, July 03, 2011

bersaing

masih menunggu kiriman baju hari raya
sampai bila?
masih tiada ura2 akan menerima
nampak gaya ada persaingan baru :(
asek2 ada persaingan lagi :(

Thursday, June 23, 2011

mood

bila mood tidak baik, ianya memberi kesan kepada keseluruhan hari

contoh 1 :
bila lapar, dan anda mengajak kawan pergi makan, dan anda mendapati kawan anda sudah makan sebab ada majlis makan2 free...
kesan :
tiba2 rasa macam moody, sebab rakan anda makan tak ingat anda, walaupun anda sebenarnya tidak dijemput ke majlis tersebut

contoh 2:
anda mengadu anda lapar, kemudian anda mendapat tahu kawan anda boleh plak keluar g ikut kawan anda yang lain g makan/minum/jalan2
kesan :
rasa bengang anda semakin bertambah-tambah

contoh 3:
anda menelefon kawan anda, tiba2 dia buat2 xnak angkat
kesan:
rasa bengang anda bertambah sejuta kali ganda

kesimpulan :
mood yang tidak baik akan menjejaskan keseluruhan perjalanan hari... malah anda akan menarik muka masam sepanjang masa...

melainkan... anda menerima kejutan seperti cheese cake secret recipe atau sepasang baju kurung untuk hari raya

Tuesday, June 21, 2011

ngamuk

ada orang kata lately ni aku asyik nak mengamuk je
cess...
ye ke?
aku rasa aku okey jek (yelah tu!)
oh ye, sape suh buat aku naik marah dan xpuas hati
mak aku kata aku ni 'pongoh'
aku pun sampai sekarang tak tahu apa maksud sebenar pongoh
nak kene rujuk semula kamus bahasa kelantan
tapi aku rasa maksud dia lebih kurang macam ni lah...
pongoh = bila ada something yang ko xsuka dan xberkenan kat hati ko, ko mula la nak naik angin~~
aku rasa la...

apa kaitan pongoh ngan ngamuk lak?
biasa ler, kalo ko xpuas hati, mula lah ko nak ngamuk
so yang jadi mangsa, adalah orang yang paling dekat dan selalu dengar masalah ko
ala, bukan selalu aku ngamuk