Sunday, January 31, 2010

E-village lagi

Mengantuk. Baru lepas sesi kembara merentas sungai dan lumpur. Tapi aku tak join pun, hehe. Juz tolong2 jadi penyibuk je. Esok keje, huhu.,

Moga-moga ada sinar hujung minggu untuk aku akan datang...

Saturday, January 30, 2010

Bengang

Teringat plak lagu Akim-Bengang, aku sangat suka lagu ni, tapi lagu Aizat tetap menjadi pujaan hatiku, haha...

Ok, aku bukan nak cite pasal lagu hari ni, tapi lebih kepada keikhlasan. Susah kan kalo buat sesuatu tanpa rasa ikhlas. Kita akan rasa pressure, sakit ati, plus Bengang. Lebih2 lagi bila sesuatu yang kita buat langsung tak dihargai. Perbezaan darjat tetap menjadi ukuran lagi zaman ni.

Nextime aku nak jadi orang lain. Dan pentingkan diri sendiri.

Oh ya, aku update blog ni guna hp aku yang berwifi :p

Thursday, January 28, 2010

Aku suka merajuk?

Oh!

Ya, hampir sipi2 agak tepat. Dan yang aku perasan, kebelakangan ni aku suka merajuk. Sangat hampeh. Sikit-sikit merajuk... macam seronok pulak dapat merajuk ngan semua orang...

Jiwa aku sensitif? Agakla, tapi tak de la selalu, kadang-kadang je. Mungkin sebab tu penyakit merajuk ni suka menimpa aku.

Tapi... yang tak bestnya bila merajuk tak de orang nak pujuk. Sangat2 tidak seronok. Oh!

p/s : aku tengah tensen ni..alahai~~ pujuklah aku ngan pizza hawaian chicken wahai encik Aizat...

Wednesday, January 27, 2010

Bila pena bertukar tangan



Huhu, tak pasal2 kene tag suh menulis guna tangan kiri. Inilah hasilnya, cun tak? Cuma gambar tu aku lukis guna tangan kanan r, tak kuasa la nak melukis ngan tangan kiri, hihihi...

To miss nurul, i dah jawab tag u ni okey... Cuma i xmo la tulis alamat blog je, tulis nama i la, hikhik...

Okla, nak tag sape ek? Hah, sape lagi kalo bukan Cik Ha, Cik Ann, Chikot dan Cik Am, sila menulis guna tangan kiri or tangan sebaliknya yang selalu korang menulis okeh!

Tuesday, January 26, 2010

Diam lebih baik?

Susah nak menggambarkan peribadi sebenar seseorang. Yang luar nampak baik, dalam tak semestinya. Di luar cakap manis, dalam tiada siapa yang tahu. Susah bila niat yang baik dibalas dengan prasangka yang bermacam. Susah bila kuman seberang laut nampak dek mata tapi gajah depan mata langsung tak perasan. Jangan bersikap serkap jarang, kerana semua itu akan menimbulkan sengketa. Siasatlah sesuatu perkara sebelum membuat sebarang pernyataan  yang boleh menimbulkan spekulasi. Yang tak tahu carilah kebenaran untuk menjernihkan keadaan. Bukannya membuat andaian sendiri.

Diam tak bermakna mengaku salah. Diam juga tak bermakna tak bersalah. Mungkin diam itu lebih baik untuk mengelakkan alamat yang tidak baik. Setiap individu pendekatannya berbeza-beza. Manusia itu unik, bukan senang kita nak puaskan hati orang, dan bukan senang juga orang nak puaskan hati kita.

Monday, January 25, 2010

Snow white akan tetap tersisih dalam hutan


Satu
Kesian snow white, dia terpinggir dalam hutan. Nak balik semula, dia lupa pulak jalan pulang. Ada sesiapa yang sudi untuk pimpin dia balik?

Dua
Sedikit demi sedikit keistimewaan snow white di tarik balik. Satu persatu. Dia teringin nak melawan, tapi tak berdaya. Snow white semakin dilupakan. Haknya dipinggirkan. Umpama dia tiada kepentingan. Semakin lama, semakin banyak yang dirampas. Kemudahan, keistimewaan, kebahagiaan, semakin lama ia semakin jauh...

Tiga
Cerita dongeng akan selalu berakhir dengan happy ending. Tapi mungkin kisah snow white kali ini bertukar jalan cerita...

Wednesday, January 20, 2010

Bz

Hari ni melayan kaunselor baru dari JB. Then siapkan apa yang patut untuk Jumaat ni. (Erkkkkk...!)

Semua 'orang' bz, maka aku pun nak membizikan diri juga hari ni ok!