Tuesday, June 16, 2009

Pulang

Seronok bercuti? Boleh la, dah lama tak balik rumah. Tapi penat la sikit, berjalan je kerjanya. Sangat tak best sebab tak dapat tidur lama-lama, tak tahu kenapa, mata ni macam tahu-tahu je tak kerja, jadi selalu bangun awal, tapi bila time kerja tahu pula tak nak bangun, nak tidur memanjang, ish, musykil betul la.

Cuti kali ni terlajak pula sehari, terpaksa amik cuti kecemasan sebab ada hal. Anak buah saya yang sulung kena tahan kat hospital. Harap-harap anak buah saya tu dah ok sekarang, kesian dia, dahla nak ambil peperiksaan PMR tahun ni...Macam-macam jadi.

Bila balik rumah ni habis hancur diet saya. Dah tak ada istilah diet lagi, semua nak makan. Mak saya pula asyik menggalakkan suruh makan, katanya tak apa, balik Segamat karang diet balik, huhu. Kata-kata mak kena patuhi betul tak?

Sepanjang balik hari tu tak sempat pun nak jengah bandar KB, sekadar lalu je, nak jumpa Far pun tak sempat, cik kak tu sibuk kerja...kerja...kerja...huhuhu, time dia free saya pula tak free, huhuhu, payah juga kawan dengan cik tutor bz nih.

Shopping? Huhuhu, sakan, tu pun tak sempat nak explore semua tempat, dah kena bebel dengan mak. Semua tempat yang dikunjungi tak pernah balik dengan tangan kosong. Banyak terbeli daripada membeli yang nak dibeli, ish...parah betul la, parah duit.

Penat? Rasa mengantuk pula sekarang, masuk office banyak pula kerjanya. Uwaaa...nak cuti lagi..hmm, bila la boleh cuti lagi? Ermmm…

Friday, June 05, 2009

Home sweet home

Saya akan bercuti untuk tempoh masa yang panjang. Mula-mula ke Terengganu untuk Kursus JPK Kolej di UiTM Chendering, kemudian terus pulang ke tanah tumpah darahku, hehehe. Blog ini mungkin tidak akan di update sementara waktu, huhuhu, sehingga saya kembali.

Apa yang saya nak buat bila balik nanti?

1- Menjana ekonomi negeri Kelantan a.k.a shopping...~melampau sungguh, hehehe
2- Tidur sepuasnya dan bangun lambat
3- Makan masakan my mum, nasi kerabu Kak We dan teh ais kedai kopi Lie
4- Pergi rumah Danish dan Bunya - rindu....
5- Makan seafood kat Pantai Sri Tujoh
6- Dating dengan Far...naik viva baru, hehehe
7- Beli kain, jahit baju kurung banyak-banyak
8- Checking homestay ~ dah siap ke belum...
9- Cuba drive sang kancil manual my mum ~ boleh ke? erkk..
10- Settle kan pasal roadtax, saman dan renew lesen kereta ~ ish, tak suka betulla bab ni, huhuhu...

Doakan saya selamat pulang dan selamat kembali.

Thursday, June 04, 2009

Lagu kita II

Semua Untukmu – Anuar Zain

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarlah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu

Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

p/s : Kelemahan yang ada pada setiap kami adalah ketentuan Allah. Nasihat Luqman Al-Hakim mengatakan terimalah kelemahan pasangan dengan sabar kerana ia adalah yang ditentukan oleh Allah. Setiap ketentuan Allah, pasti merupakan yang terbaik untuk kita.

Lagu kita

Perlu Kamu – Ajai & Kris Dayanti

Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…

Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Aku perlu
Aku rindu

Wednesday, June 03, 2009

Night At The Museum II

Dah lama tak tengok wayang sebenarnya. Saya ni bukanlah kaki wayang, lebih suka tengok VCD di rumah compare di panggung. Tapi hari tu, saya pecah tradisi, hehe, bukan selalu dapat peluang macam ni.

Cerita ni memang best. Puas hati sangat. Sangat suka Amy Adams yang pegang watak sebagai Amelia Earhart dalam cerita ni. Cerita Night At The Museum I pun saya dah tengok, pun sangat best walau pun tak tengok ending nya (saya dah tertidur masa 30 minit terakhir, ala, tengok kat tv la). Keseluruhannya, memang sangat best la, harap-harap ada la yang ke-3 pula lepas ni.

Tapi kan, rasanya cerita pape pun akan jadi best asalkan kita tengok dengan yang tersayang, ahaks, hehehe :)

Tuesday, June 02, 2009

Kata hati

Ikut kata hati mati. Kadang-kadang dalam kehidupan ini kita tidak boleh terlalu mengikut kata hati. Adalah lebih baik menimbal baik buruk setiap tindakan yang mahu dilakukan. Tidak wajar sekiranya hanya mementingkan kepentingan diri sendiri. Tapi adilkah pada diri andai tidak mampu menggapai sinar bahagia sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan semua pihak? Dilema? Ah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. Luka di hati siapa yang tahu. Melepaskan kehendak sendiri untuk menjaga hati orang lain. Mungkin itu lebih mulia daripada mementingkan diri sendiri.

Kata hati merayu aku pergi
Meninggalkan dirimu tapi ku tak terdaya
Mengapa kasih, harus ku alami?

Monday, June 01, 2009

Pilihan

Situasi 1

A : Kenapa sedih?
B : Kerana hati sebak
A : Kenapa hati sebak?
B : Kerana hati dilukai
A : Siapa yang melukai?
B : Orang yang paling disayangi
A : Siapa orang yang paling di sayangi?
B : Orang yang selalu buat kita gembira…

Situasi 2

Dalam hidup, kita akan sentiasa berhadapan dengan dua perkara, perkara yang perlu kita lakukan dan perkara yang kita suka lakukan. Dan kedua-dua perkara itu akan saling bertentangan antara satu sama lain. Hakikatnya, perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang kita tak suka lakukan. Manakala perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak dapat kita lakukan. Kadang-kadang kita perlu melakukan perkara yang perlu kita buat walau pun kita tidak suka. Perit dan tiada pilihan. Tetapi, seandainya diberi pilihan, yang mana satu akan dipilih? Satu - perkara yang perlu kita lakukan atau dua - perkara yang kita suka lakukan?