Friday, November 23, 2012

zikir terapi diri

muhasabah sekejap

aku kira banyak dugaan tahun ni
ada yang berjaya dilalui
ada yang tak
tapi syukur, xdeklah teruk sangat

aku ambil contoh minggu lepas
aku cuti 5 hari, 13-17 nov
12hb tu gerak balik, boleh plak aku lom tukar minyak hitam
dahla terlebih dari km yang sepatutnya
untuk perempuan yang tak berapa nak berdikari bab kereta macam aku
maka haruslah aku takut2 nak drive jauh-kelantan okeh
maka cepat2lah aku g servis minyak hitam hari isnin tu
dahla petang kul 2 dah nak gerak balik
haish, dengan budak praktikal datang lapor diri pagi isnin
dengan majlis perpisahan boss lagi
dugaan betul sebab kesuntukan masa
but manage to resolve it

hari jumaat-di kampung
boleh plak astro call cakap aku  tak bayar lagi bil bulan 10
aik, aku rasa macam aku dah bayar
aku kat kg ok, mana nak cari bil
kalo tak bayar nak potong2
hello, call lah awal2, seminggu sebelum ke
ni esok nak potong hari ni baru nak call
bagus sangat
aku merasakan aku dah bayar, but demi tak nak kene potong g juga bayar
mujur bangau ada leh tolong bayar
setel

sabtu balik segamat
boleh plak, sampai2 umah, decoder astro aku tertera ERR
aik, dah bayar kan? laju2 call astro
"esok kami amik tindakan"
bagus
esoknya customer service call
"oh, masalah decoder tu"
baiki amik masa 2-3 hari, tukar beyond amik masa 5-7 hari"
bagus
akhirnya pada hari kelima datang budak astro datang tukar decoder

oh ye, ahad tu aku g shah alam
sensorang
boleh plak lock stereng aku rosak
rosak ok
aku yang gelabah cepat2 call kawan-kak sue
huhu
tak boleh bukak jugak
mintak tolong encik yang tengah tunggu wife dia habis ngajar tolong betulkan
setengah jam, tak boleh juga
call pembuka kunci
nak rm80
hoho, mahal, aku dahla xde duit
tetiba datang kawan aku ni
mr.rama, amik apa ntah kat tool box keta
pup, terbuka, tapi kunci tu rosak la
selamat rm80
syukur
walaupun lain bangsa
sudi juga tolong

moral
dugaan2 ni datang bertimpa2
stress, sebab aku jenis cepat mengamuk
but
masa tu dalam fikiran aku duk bermain2 ayar zikir yang dilagukan oleh hafiz hamidun
oh, ye masa cuti kat kg
sempat g tesco carik cd zikir terapi diri
alhamdulillah
bila dugaan datang
minda aku bermain2 zikir2 tu
mungkin sebab sepanjang perjalanan dan setiap kali naik kereta
cd tu memang selalu dimainkan
alhamdulillah

Wednesday, November 21, 2012

merepek

hai
ianya minggu yang sibuk dan penuh tekanan
ianya juga minggu yang sibuk dengan aktiviti keluarga
penat
penat untuk travel segamat-jelebu-shah alam-jelebu-segamat-kelantan-segamat
penat
memandu seorang dan kadang2 dengan adik atau ma
untuk outstation dalam masa terdekat ni memang tidak
badan letih
bila letih maka otak pun tidak secerdas dulu
mood swing berputar2 seluruh alam
sedikit tekanan mampu menggegar dunia
haish, belum meletup je lagi, tunggu masa
jangan dicucuk2
muka senyum dah lama hilang
muka hati kering dan xde perasaan muncul berkobar2
sangat bosan bila dengar orang mulut manis bercakap
sebab tengah xde mood
xpayahlah nak berpura2 sebab aku xde mood nak reflect muka manis kembali

sibuk
sibuk dengan urusan peribadi, kerja dan keluarga
tahun ni agak payah dilalui
penat sudah di sini
mahu saja jadi bussinesswoman
tapi ditentang
sebab xde tokoh jadi peniaga macam ma
ye, berat mulut dan tak bussiness-minded
xde bakat
sedar diri

kalau lagi...

bestnyer lah kalo..
ko call orang, main2 arah..buat tu buat ni
suruh kontek dia tu dia ni
jumpa dan suruh cari itu dan ini
hai
main call2, amin arah2..main suruh2
alahai
bestnyer jadik boss
tup2 kerja setel, siap, beres!

tak bestnyerlah kalo jadik kuli
terima call
baik boss
baik tuan
baik encik
baik puan
pastu nangis2 sebab kene marah
how dare u!

kalo dah segho HEBAT gak
mu buat sendirik la weh
tok soh suh aku
mu main sebut jah
aku hok tunggang terbalik wat
baguih dok ada

realitinya...aku lah si kuli tu

Friday, November 02, 2012

program-kursus-cuti-raya-temubual-tugasan

Oktober merupakan bulan yang agak sibuk.

program motivasi
ye, ada program dengan pihak luar. dan pada masa program dijalankan, aku tiada di kampus. dan my collegue pun tak ada jugak sebab masing2 sibuk berkursus dan mengiring program pelajar. terbaik lah. mujur my students degree boleh diharap. lepas 4x training, memang sepenuhnya program diserahkan kepada mereka. alhamdulillah, respon diterima amat positif.

kursus dan modul
ok, bertambah pula tugasan untuk menyiapkan draf modul kerjaya semasa hadir kursus. huhuhu, macam2 hal rasanya berlaku. ni pun terpaksa minta tunda tarikh hantar sebab tak mampu siapkan lebih awal dek kesibukan hal lain. mujur lah mereka memahami. so sekarang aku mesti gigih siapkan. dah janji. janji ditepati.

cuti dan raya
aku cuti 4 hari. sempena hari raya haji. oh, seronok jugak. sempat menjana ekonomi negeri sekejap. duit macam air je laju mengalir. peh, bila gaji ek?

temubual
oh, masa aku bercuti dapat pulak panggilan temubual. asalnya kami minta ramai-batch aku, last2 yang submit hanya dua, aku ngan kak wani. dan yang datang semua senior. oh, takut giler okeh, sebab first time. dan hasilnya agak mengecewakan. biasala, junior. siapa nak pandang. kadang2 tak faham dengan senioriti. bagilah peluang kepada yang muda pulak.huhuhu

tugasan
gigih menyiapkan tugasan yang perlu dihantar. habisla. semua mengejar tarikh akhir.need help!