Wednesday, October 19, 2011

biasa-biasa

Kita sering mempunyai permintaan tinggi dalam hidup. Mahu ada duit yang banyak, kerja yang bagus, kereta besar, baju berjenama, handphone tercanggih, rumah banglo, isteri cantik, suami hensem, pendidikan tinggi. Alahai...

Kita lupa dalam kita menginginkan sesuatu, kita hanya merenung ke atas, tanpa melihat bumi yang dipijak. Kadang-kadang terus dibuai angan-angan tanpa menyedari kita masih berpijak di bumi yang nyata. Menginginkan sesuatu yang kita tahu amat mustahil. Bukan tidak boleh, tapi biarlah berpada-pada. Bimbang kalau-kalau dapat yang sebaliknya, Adush.

Saya masih muhasabah diri (T_T)

Monday, August 15, 2011

kisah hati

bila hantar mesej,
sila hati-hati,
kerana ia mengguris hati,
dan meluka diri...

Tuesday, August 09, 2011

:(

Raya tahun ni mungkin tak semeriah mana pun. Tanpa we, mungkin suasananya sangat2 berlainan. Tidak ada orang yang akan bangun dinihari. Tidak ada orang yang akan belikan air batu untuk minuman sejuk.

Wednesday, July 27, 2011

saya takut gelap

awak takut gelap ke?

eh..eh..eh... tanya lah lagi soalan macam tu, dah memang saya takut gelap, nak buat macam mana. Saya bukan kuat dan berani macam awak. Saya tak boleh tidur jika gelap-gelita. Rasa lemas. Dan mulalah terbayangkan macam2... contoh seperti dalam cerite Histeria... Ok , saya memang tak suka cerita hantu, dan tak akan tengok. So, awak faham kan, saya tak suka gelap-gelita.. jika gelap tetapi ada sedikit cahaya tak apa. Nak berjalan keluar bilik ke ruang tamu dalam keadaan gelap-gelita pun tak boleh...boleh pulak tanya 'awak takut gelap ke?'..eeeeeeeeee...

sikap awak ni pelik

ish... rasa nak menitik air mata. Cuba awak definisikan PELIK itu macam mana? Saya pakai seluar kat atas, baju kat bawah ke? Saya pakai tudung terbalik ke? Cuba awak bayangkan, awak dalam keadaan mamai, takut gelap, sudah tentulah  perasaan panik, lemas, panas, takut bercampur-baur.. Adakah permintaan untuk difahami itu terlalu sukar?

Friday, July 22, 2011

nota hati seorang anak

10 Julai - saya menerima berita kematian ayahanda saya. Mula-mula terasa semacam satu gurauan. Antara mahu percaya dengan tidak. Baru dua hari lepas saya bercakap dengan we (panggilan kami sekeluarga terhadap ayah). Arwah sihat, segar-bugar semasa saya bercakap dengannya. Malah, pada pagi pemergian arwah, beliau sempat belikan nasi bungkus untuk ma dan adik di rumah untuk sarapan. Balik dari keluar membeli sarapan, menukar baju untuk kerja, arwah rebah dan sesak nafas...

Saya memandu sendirian untuk pulang ke kampung. Kalaulah arwah masih hidup, dia tak akan sesekali membenarkan saya memandu sendirian. Pernah sekali arwah memberitahu, kalau tak silap semasa raya haji tahun lepas, kalau saya nak balik kampung drive sendiri, lebih baik tak payah balik, duduk saja di Segamat sorang-sorang. Tapi hari tu, saya terpaksa melanggar arahannya.

Saya mungkin anak manja. Atau sememangnya anak manja. Menjadi anak ke-5 dari 6, saya merupakan anak perempuan bongsu dalam keluarga, dikelilingi abang-abang dan kakak-kakak yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Maka, mungkin sebab itu, perhatian ma dan we diturunkan terlebih kepada saya dan adik.

Saya rindukan we. Mana mungkin saya lupakan dia. Semasa di sekolah rendah, we lah yang akan menjemput saya dari sekolah. Sehinggakan saya digelarkan princess oleh senior, kerana sudah Darjah 6 pun masih dijemput ayah. Cuma di sekolah menengah je kadang-kadang je we menjemput, itu pun kalau hari hujan. Semasa kecil, saya sering di bawa ke kedai kopi untuk minum petang dan makan roti canai. Saya masih ingat, hadiah ketika dapat nombor satu dalam kelas pun makan roti canai  dan minum teh beng juga di kedai kopi. Sehingga besar kini pun, walaupun sudah tidak ke kedai kopi, tapi setiap kali we ke kedai kopi, saya akan dibelikan sebungkus air teh beng. Setiap hari. Malah kadang-kadang 3 kali sehari. Pagi, petang, malam. We memang suka ke kedai kopi  dengan adik. Jika tiada apa-apa kerja, memang itulah rutin hariannya. Yang bagusnya, arwah tidak suka bergosip dan melepak lama di kedai kopi. Selesai minum teh secawan, beliau akan pulang.

Bila we tak de, saya memikirkan kehidupan kami seterusnya. Terasa teramat janggal. Siapa yang akan mengambil alih tugas membawa adik ke kedai kopi? Siapa yang akan menjaga keselamatan kami sekeluarga? Siapa yang akan memeriksa setiap sudut rumah agar semua terkunci? Siapa yang akan menangkap ular, lipan, katak jika binatang tersebut masuk ke rumah? Siapa yang akan membaiki mesin basuh yang uzur setiap kali 'spin'nya tak berfungsi? Siapa yang akan memastikan bekalan air masak di rumah cukup? Siapa yang akan memastikan kami tak membazir elektrik? Siapa yang akan menunggu untuk mengangkat beg saya setiap kali pulang ke kampung? Ya Allah, terlalu banyak kesan ketiadaannya.

Yang paling terkesan tentulah ma dan adik. Setiap hari, setiap malam adik saya akan bertanyakan arwah. Kenapa arwah tidak pulang-pulang. Bila kami nyatakan arwah sudah meninggal, adik kata TAK... We sihat... Adik kami down syndrome, mana mungkin dia memahami maksud sebenar kematian. Baginya, we akan balik. Setiap kali memikirkan adik, kami sekeluraga sedih, Dia yang paling rapat dengan arwah, tidur dengan arwah, ke kedai kopi dengan arwah. Siapalah yang mampu memujuknya selain arwah.

Ya Allah, berilah kami kekuatan menempuhi dugaan ini.

Sunday, July 03, 2011

bersaing

masih menunggu kiriman baju hari raya
sampai bila?
masih tiada ura2 akan menerima
nampak gaya ada persaingan baru :(
asek2 ada persaingan lagi :(

Thursday, June 23, 2011

mood

bila mood tidak baik, ianya memberi kesan kepada keseluruhan hari

contoh 1 :
bila lapar, dan anda mengajak kawan pergi makan, dan anda mendapati kawan anda sudah makan sebab ada majlis makan2 free...
kesan :
tiba2 rasa macam moody, sebab rakan anda makan tak ingat anda, walaupun anda sebenarnya tidak dijemput ke majlis tersebut

contoh 2:
anda mengadu anda lapar, kemudian anda mendapat tahu kawan anda boleh plak keluar g ikut kawan anda yang lain g makan/minum/jalan2
kesan :
rasa bengang anda semakin bertambah-tambah

contoh 3:
anda menelefon kawan anda, tiba2 dia buat2 xnak angkat
kesan:
rasa bengang anda bertambah sejuta kali ganda

kesimpulan :
mood yang tidak baik akan menjejaskan keseluruhan perjalanan hari... malah anda akan menarik muka masam sepanjang masa...

melainkan... anda menerima kejutan seperti cheese cake secret recipe atau sepasang baju kurung untuk hari raya

Tuesday, June 21, 2011

ngamuk

ada orang kata lately ni aku asyik nak mengamuk je
cess...
ye ke?
aku rasa aku okey jek (yelah tu!)
oh ye, sape suh buat aku naik marah dan xpuas hati
mak aku kata aku ni 'pongoh'
aku pun sampai sekarang tak tahu apa maksud sebenar pongoh
nak kene rujuk semula kamus bahasa kelantan
tapi aku rasa maksud dia lebih kurang macam ni lah...
pongoh = bila ada something yang ko xsuka dan xberkenan kat hati ko, ko mula la nak naik angin~~
aku rasa la...

apa kaitan pongoh ngan ngamuk lak?
biasa ler, kalo ko xpuas hati, mula lah ko nak ngamuk
so yang jadi mangsa, adalah orang yang paling dekat dan selalu dengar masalah ko
ala, bukan selalu aku ngamuk

Tuesday, June 14, 2011

peringatan

sila berwaspada dengan duit anda
jangan suka2 nak beli handbag lagi

sila berhati2 dengan iklan2
jangan terpedaya untuk membeli bermacam2

sila jangan makan banyak sangat
jangan sampai terlebih bmi

sila berwaspada dengan mereka2
yang suka datang pada anda bila memerlukan untuk kepentingan
oh!

Monday, June 13, 2011

sup cendawan

terasa nak makan sup cendawan...

Saturday, May 28, 2011

2 tahun

jika masih ingat
cukup 2 tahun
sedar tak sedar
walau pun mungkin tak ingat

Thursday, May 26, 2011

on the edge of breaking down

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you

No you don't know what it's like
When nothing feels all right
You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
And no one's there to save you

You might think I'm happy but I'm not gonna be okay

Tuesday, May 24, 2011

[untitled]

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Nanti sampai satu saat
Tak ada cinta ku dapat

Tuesday, April 26, 2011

27?

selamat panjang umur
selamat murah rezeki
selamat berjaya dalam kerjaya
selamat maju dalam pendidikan
selamat berjumpa calon (kehkehkeh...)

Thursday, April 21, 2011

cerita hidup


bercita-cita
berkobar-kobar
berwawasan tinggi
bersemangat waja
memikul impian
bersedia
meninggalkan
sebelum ditinggalkan
memandang jauh
apa jua masalah
jua tekanan
jua cemuhan (mungkin)
jua persoalan bertubi
mengadap yang sepatutnya
menjawab yang sebetulnya
aish...

(T_T)

mode *tertekan*pening*keliru*

Monday, April 11, 2011

perkara kecik pun boleh jadi besar weh pada aku

seperti tajuk di atas
agak2 aku ngamuk tak bila tak dibagitau sesuatu?
nak pulak oleh orang yang penting?
mestila aku terasa weh
ingat hati aku diperbuat dari batu ke apa
ko dah tahu aku tak suka bila bagitau lambat
then buat jugak
kalo lah aku pun buat perkara yang sama juga
pe ko rasa?
ko cuma takkan rasa pape kalo ko rasa aku tak penting
tu je!

Thursday, April 07, 2011

oo

ooo
buat tak peduli ek?
ok..xpe2

Wednesday, April 06, 2011

burden

sangat banyak
yang melihat tak sama seperti yang memikul
cabaran
susah untuk direntas
cakaplah apa2 pun
kalo aku tak suka
aku tak buat
sampai satu tahap
menjadi tidak hormat

Monday, April 04, 2011

best ngan tak best

best ke g funfair?
best kalo ko g jalan2 ngan orang yang tersangat best

best ke dapat anak patung besar?
best, terutama yang besar gedabak ~~en.penyu

best ke dapat sandal/selipar baru?
best, bile tak payah kuar duit sendiri :p

best ke dapat banyak alat mainan?
best ler dari tak dapat pape, penat main... pastu mainan hancur sebab budak2 ni hanya tahu jaga mainan 2 hari jek

best ke g****k?
tak best, sebab semua tegur aku makin berisi... (T_T) diet la pasni

Wednesday, March 30, 2011

rindunyerr...

alahai
rindunyer
nak makan siakap stim limau org belanja
rindunyer
nak makan pizza org belanja
rindunyer
nak shoping org belanja

Monday, March 14, 2011

mata pejam

duduk diam2
sambil mata pejam
menongkat dagu tanda berfikir
atau masih diulit mimpi?

duduk diam2
sambil mata pejam
membayangkan dua insan nun jauh
tiba rasa rindu

duduk diam2
sambil mata pejam
menanti beban mata pencarian
sabar...

duduk diam2
sambil mata pejam
menahan sebak angkara murih
tidur dalam hiba

duduk diam2
sambil mata pejam
terbayang perjalanan jauh
penuh berliku
bertukar menjadi realiti
untuk dilalui

Wednesday, March 09, 2011

Berguru pada yang tahu

Bila tidak tahu... tanya
Bila bercakap ... merendah diri
Bila berjalan ... tunduk
Bila bertanya ... bersuara lembut
Bila tidak boleh ... menolak dengan baik
Bila berselisih bahu ... lemparkan senyum
Bila bertegur ... sopan
Bila tiada ilmu di dada? ... sila berguru pada yang tahu

bukannya bersikap bodoh sombong dan spoonfeed...

Monday, February 28, 2011

kalau aku bisa terbang

kalau lagi...

kalo boleh terbang?
boleh pergi nyorok2 dari segala beban
kalo boleh terbang?
boleh cari tempat nyaman untuk cari ilham
kalo boleh terbang?
boleh pergi mana saja tanpa harapkan orang
kalo boleh terbang
nak pergi jauh2 supaya tak de sape boleh cari (ada ke orang nak cari aku?)

(T_T)

Wednesday, February 16, 2011

buat lagi

cakapla lambat2 lagi
kan dah kena bebel macam2
tak tau ke perasaan menunggu tu macam mana?
dah sempoi kan mood satu hari
kecewa
:(

Monday, February 14, 2011

Keberanian

Dalam hidup ini
Perlu ada kesungguhan
Perlu ada keberanian
Untuk berbuat sesuatu
Untuk membuat pilihan
Yang terbaik
Teruskan atau
Tamatkan
Hanya perlu memilih
Satu dari dua
Tanpa keberanian
Mimpi tak akan jadi kenyataan
Atau mimpi juga hanya menjadi impian dongeng

Monday, January 31, 2011

di mana dia?

di mana dia sekarang?

status?

B A N J I R...
bukan kat kelantan tapi segamat k
bye!

Thursday, January 27, 2011

Aku ingin berubah

CERAMAH

22-24 disember 2010
Komunikasi dan Hubungan Sosial

7 jan 2011
Bagaimana Psikologi Remaja Boleh Membantu?

Aku ingin berubah
tarikh : 29 jan 2011
tempat : uitm negeri sembilan

18 mac 2011
Motivasi

Tuesday, January 25, 2011

Aku teringin nak ada oven

Kebelakangan ni semangat aku berkobar-kobar nak ada oven. Walaupun aku tak de la reti sangat masak-memasak ni, tapi sekurang-kurang oven tu pembakar semangat aku untuk mula memasak, hohohoho...

Aku teringin sangat nak masak kek, biskut dan aneka pastri (wah...!!!) walaupun hakikatnya biskut yang pernah aku buat hanyalah biskut cornflakes madu dan biskut makmur. Kek? Pastri? Roti? Tak pernah la pulak.

Aku teringin sangat nak makan puding roti dan brownies. Mmm, tapi aku xdek oven, macamana nak bakar? Nak kene beli ke? Berbaloi ke? Harap-harap ada orang sudi hadiahkan untuk aku sebijik oven. Tak dapat spek mata, oven pun jadilah... Anyone?

Sunday, January 23, 2011

Mencari bahagia

samar...

Sila jauh, tq!

Kepada cinta lama sila dan tolong pergi. Susah payah aku tendang kamu dari hidup ni. Cukup-cukupla menyeksa hidup ini. Bagilah aku merasa bahagia. Kenapa mesti nak tanya macam-macam sekarang? Dulu aku nak tahu segala bagai semua tak boleh. Sila pergi, okey. Aku dah temui cinta baru. Kepada cinta baru,sila percaya bahawa aku dah lama lupakan cinta lama. Cuma untuk lupakan dendam yang berakar dalam hati ni, akan ambil masa. Easy to forgive but hard to forget okey.

Sunday, January 16, 2011

M.c

From 14th-17th jan...

Monday, January 10, 2011

lapa dan terus lapa

makan banyak, nanti gemuk
bila gemuk kene kutuk
ceh
bila kurus kate jugak
kunun2 dah nak kawen
tak pun frust menonggeng

bila lapa
rasa nak makan macam2
nak itu nak ini
semua nak makan
bila rasa gemuk sikit mula nak diet
diet makan
bukan diet sihat tapi tahan lapa
patut exercise la untuk sihat
kan kan?

lupa dan terus lupa

oh
terus lupa
kata2 sendiri
asek2 lupa
masih belum tua tapi sudah lupa
jangan janji kalo xmo tepati
nanti jadi pelupa terus

Thursday, January 06, 2011

nak

nak spek mata jugak...