Friday, August 20, 2010

Sahabat sejatiku

Sahabat sejatiku hilangkah dari ingatanmu
Di hari kita saling berbagi
Dengan kotak sejuta mimpi aku datang menghampirimu
Kuperlihatkan semua hartaku
Kita slalu berpendapat kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah
Aku raja kau pun raja
Aku hitam kau pun hitam
Arti teman lebih dari sekedar materi

Pegang pundak ku jangan pernah lepaskan
Bila kau mulai lelah ...
Lelah dan tak bersinar
Remas sayapku jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang ..
Terbang meninggalkanmu

Ku slalu membanggakanmu
Kau pun slalu menyanjungku
Aku dan kamu darah abadi
Demi bermain bersama kita duakan segalanya
Merdeka kita .. kita merdekaa

Tak pernah kita pikirkan ujung perjalanan ini
Tak pernah kita pikirkan ujung perjalanan ini
Dan tak usah kita pikirkan akhir perjalanan ini

Wednesday, August 18, 2010

I K H L A S

Setiap kali kita berbuat kebaikan dan menyatakan ia sebagai perbuatan ikhlas, tapi jauh di sudut hati kecil masih berharap agar kebaikan itu terbalas.

Pabila kita tidak berpuas hati pada orang, kita akan cepat melupakan segala kebaikan yang orang pernah lakukan kepada kita. Malah, lebih mengingati kesilapan yang dilakukan walau pun kecil. Keburukan menutupi kebaikan.

Pabila kita tidak gembira, kita merasakan tiada siapa yang peduli tentang kita. Tapi cuba tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar kisah pada orang sepenuhnya? Pernahkah kita fikir yang orang lain punya masalah sendiri, yang tidak mahu dikongsi. Put yourself into someone's shoe supaya kita lebih berempati (kalau mampu).

Pabila orang cuba berbuat baik, kita mula mencipta jurang makin dalam. Kita selalu beranggapan kitalah yang terbaik, orang lain paling teruk. Kita takkan mengakui kesilapan sendiri, tapi meletakkan kesalahan pada orang lain.

Banyakkah budi yang ditabur , mahupun kebaikan yang telah dilakukan, andai kita mengharap balasan setimpal?Kita tak pernah bersyukur dan berpuas hati pada layanan orang.

Bak kata En.Aizat, jangan terlampau berharap apa orang buat pada kita sama macam yang kita buat baik pada orang. Hubungan tanpa syarat ialah hubungan yang tidak mengharap balasan.

Susah dan senang

En.Aizat, terima kasih kerana berada bersama saya bila saya menempuhi fasa kegelapan, menenangkan bila saya sedih, memujuk bila saya marah, menyokong bila saya dihina. Wahai episod sedih dan nasib tidak baik, pergilah jauh-jauh...

Tuesday, August 10, 2010

Gembira

Jalan-jalan sambil dengar lagu Aizat
Terima kasih belanja mineral water (hahahaha...)
Makan pizza meatball ~ beef
Terima kasih cheese cake Secret Recipe..hohoho
Lepas ni chocolate indulgence pulak ye :)
Mungkin dua tiga hari ni hati saya kembang ceria...

Tuesday, August 03, 2010

Susahnya nak buat keputusan

Buntu. Susahnya nak buat pilihan, sukarnya nak buat keputusan. Takut dikata pilih kasih atau bias.

Apakah kriteria yang perlu dipatuhi dalam membuat pilihan yang tepat dan keputusan yang wajar?

Adakah berdasarkan hubungan baik semata-mata?
Atau kerana kemahirannya?
Atau kerana pengalamannya?
Atau kerana kelulusannya?

Perlukah memberi peluang kepada yang tidak berpengalaman dan mengambil risiko?
Atau kepada yang berpengalaman tapi tidak gemar mengikut prosedur?
Atau atas dasar kawan dan kenalan?

Tunjukkanlah jalan yang benar...