Tuesday, June 29, 2010

Compare

Hebatnya kisah cinta dia...
Kita?
Tak baik kan buat perbandingan?

Friday, June 25, 2010

Kenangan pahit

hati pecah...

Susah untuk buat orang faham tentang sesuatu perkara. Walaupun ianya mudah, tapi belum tentu ia akan memahamkan banyak orang.

Ada sesetengah perkara, kalau diungkit, ia akan meninggalkan menghidupkan bekas yang telah lama berparut. Cuba bayangkan jika kamu telah melupakan sesuatu perkara, kemudian ada pihak cuba mengingatkan kamu tentang ia, adakah kamu tidak akan rasa apa-apa? Betul, jika kita benar-benar telah melupakan kenangan pahit, jika diungkit sekali pun, kita tetap biasa, steady, tiada unfinished business. Tapi sekiranya masih tersimpan sedikit rasa tidak puas hati, ataupun sedikit unfinished business, kita akan berasa tidak selesa, mudah marah, dan cuba menyalahkan pihak yang mula mengungkitkan perkara tersebut.

Saya bukanlah jenis yang cepat lupa, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan tentang anda, kehidupan anda. Bagaimana sebelum ini hidup anda dieksploitasi, berbuat baik tapi tetap diambil kesempatan di atas kebaikan yang diberikan. Hidup sekarang membuatkan saya lebih berhati-hati, dalam segenap segi, kerana saya tidak mahu melalui perkara sama untuk kali kedua.

Jika kamu merasakan saya berkira, ye memang. Walaupun jauh disudut hati saya saya bukanlah jenis yang macam tu, malah saya akan berasa bersalah kerana kenangan pahit saya telah membuatkan saya berkira dengan anda. Malah saya menyalahkan diri saya kerana tentang perkara tersebut, membuatkan saya menjadi perengus, pemarah, baran dan semua sifat tidak baik terbit dalam diri saya.

Saya mohon maaf kerana kerana melibatkan anda dalam perkara ini. Maaf juga kerana tidak berjaya membuat anda faham. Jika anda mempunyai persepsi tidak baik tentang saya, saya tidak menyalahkan anda, kerana saya tahu saya tidak sesempurna mana.

Seberapa pantas

Seberapa pantaskah kau untuk kutunggu
Cukup indahkah dirimu untuk selalu kunantikan
Mampukah kau hadir dalam setiap mimpi burukku
Mampukah kita bertahan di saat kita jauh

Seberapa hebat kau kubanggakan
Cukup tangguhkah dirimu untuk slalu kuandalkan
Mampukah kau bertahan dengan hidupku yang malang
Sanggupkah kau meyakinkan di saat aku bimbang

Hanya kaulah yang benar-benar aku tunggu
Hanya kaulah yang benar-benar memahamiku
Kau pergi dan hilang ke manapun kau suka

Hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan
Hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan
Di antara pedih aku slalu menantimu

Thursday, June 24, 2010

Thursday, June 17, 2010

Di batas akhir senja

Telah lama kududuk tertegun
Merenungi dan menghayati semua
Di penghujung senja yang merah menguning
Hatiku gelisah resah tak menentu
Cinta kita berdua seperti dalam lamunan
Di batas akhir senja
Bahagia yang nyata seperti dalam lamunan
Di batas akhir senja

Wednesday, June 16, 2010

Menunggu pagi

Apa yang terjadi dengan hatiku
Kumasih disini menunggu pagi
Seakan letih tak menggangguku
Kumasih terjaga menunggu pagi

Tuesday, June 15, 2010

Jauh mimpiku

Pernah kusimpan jauh rasa ini
Berdua jalani cerita
Kau ciptakan mimpiku
Jujurku hanya sesalkan diriku
Kau ciptakan mimpiku
Dan itu hanya sesalkan diriku
Ku harus lepaskanmu
Melupakan senyummu
Semua tentangmu tentangku hanya harapku
Jauh ku jauh mimpiku dengan inginku

Monday, June 14, 2010

12 Jun 2010

11 Jun
Bab Satu
Apa perancangan masa depan ko?

Awak tahu tak soalan awak tu boleh buat saya berduka sepanjang hujung minggu?  Kalo awak jadi saya apa awak nak buat?

12 Jun
Bab Dua
Susahnya nak cakap jujur kan?

Kau akan pergi
Cuma cepat atau lambat
Kadang2 rasa macam waktu tu dah dekat
Walaupun sekerasnya menafikan
Dan hidup dalam berpura2 macam biasa
Tapi jauh di satu sudut
Jurangnya semakin besar
Dipujuk hati yang goyah
Moga2 kembali seperti dulu kala
Tidak berubah
Tapi hakikat payah diubah
Siapa yang tak mahu bahagia
Cuma bentuknya mungkin berbeza
Mudahnya perjalanan hidup orang
Mengapa susahnya hidup ini?
Mengapa makin dicapai makin jauh?
Mengapa susah nak bernoktah?
Mengapa tidak sama macam orang lain?
Mula menyalahkan takdir
Mula membanding diri
Maka dipujuk lagi hati yang goyah
Malah merancang untuk menjauh
Sebelum ditinggal jauh
Berdoa dalam hati
Moga impian terkabul
Seperti diharap
Bukan seperti dijangka...

Khayalan tingkat tinggi

Awal ku melihat
Kuyakin ini bukanlah yang biasa
Mengagumkan
Melemahkan aku melihat tatap matanya

Garis tawanya
Waktu berhenti apabila ku memandangnya
Mengagumkan
Melemahkan aku melihat tatap matanya

Khayalan ini setinggi-tingginya
Seindah-indahnya
Tepat ku memikirkannya

Bila ku dapat ku simpan wajahnya
Memegang indahnya
Berpura memilikinya

Yang kunanti saat memegang tangannya
Sampai nanti tetap memegang tangannya

Friday, June 11, 2010

Kata orang

kata orang
anak dara kena pandai masak
kata saya 'oh yeke ke?'
kata orang
anak dara kena selalu rajin
kata saya 'ek?'
kata orang
pompuan tak payah belajar tinggi2
kata saya 'pompuan kena majukan diri'
kata orang
pompuan terlalu setia
kata saya 'itu semula jadi'
kata orang
pompuan emosional
kata saya ' buka setiap masa k'
kata orang
pompuan tak boleh jadi ketua
kata saya ' ada kebenarannya'
kata orang
pompuan suka majuk
kata saya 'pompuan suka dipujuk'
kata orang
kita kene pentingkan diri
kata saya 'tengok keadaan'
kata orang
jangan suka dengar cakap orang
kata saya ' dengar dan evaluate'
kata aizat 'saya tidak comel'
kata saya 'dia tidak hensem'
ceh

Thursday, June 10, 2010

Bila rasa

bila terasa sibuk
rasa terasing
bila rasa terpinggir
rasa tertekan
bila rasa terabai
rasa macam melukut
bila banyak benda tak together
rasa sedih
bila tak cakap banyak
rasa jauh
bila tak banyak gayut
rasa dilupa
bila rasa sayu
tengok gambar lama
bila rasa nak marah
mula menjauh
bila rasa lapa
nak makan piza
bila rasa dahaga
nak minum teh ais
bila rasa emo
nak orang pujuk
bila rasa merajuk
duduk jauh2
bila rasa rindu
kirim salam dalam hati

Tuesday, June 08, 2010

GONE

How can I capture a moment that left me behind?
How can i touch a heart that far away?
How can i be here when u are not there?
How can i smile when the heart that far away?
How can i smile,when the happinest is already gone?

Sunday, June 06, 2010

P U I S I ii

kisahnya
hidupnya
cintanya

tiada aku

Friday, June 04, 2010

P U I S I

dalam cerah ada gelap
dalam nyaman ada hujan
dalam suka ada duka
dalam lena ada jaga
dalam sayang ada benci
dalam baik ada buruk
dalam tenang ada badai
dalam hati kian berduri
ditutup dengan kain seinci
biar sendiri
membiasakan diri
berbuat baik berpada-pada
buat jahat jangan sekali

Thursday, June 03, 2010

Seberapa pantas

cepatnya masa berlalu
pantas
kadang2 tak sedar
cepatnya semua berlaku
sekelip mata
di luar kawalan
membiarkan ia terjadi dengan sendiri
cepatnya ia berlalu
tapi
semoga ia takkan pernah berakhir

Tuesday, June 01, 2010

1st June

Hari ni, tahun lepas, come clean
tak elok pendam2 sebab akan makan diri
hari ni, tahun lepas, juga terus terang
tak patut sembunyi2
jika kita ada kekuatan untuk suka orang
bagitau
tak kisah la kalo direject atau diterima
yang penting
bagitau
sebab kalo pendam
sampai bila2 kita takkan tau responnya
sampai bila2 kita akan tertanya2