Tuesday, November 30, 2010

Ku ada kamu

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
(Ku Ada Kamu - Adira)

Monday, November 29, 2010

Rahsiakan pertunangan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair).


Kenapa saya suka rumah saya?

Kenapa saya suka rumah saya... di kampung?

Kat tepi tingkap umah saya ada ulam pucuk serai kayu..nak makan, petik dari tingkap je..
Kat umah saya ada pokok cili, nak makan main petik jek
Kat umah saya ada pokok inai, nak beinai, amik dan tumbuk je, tak payah tunggu nak kawen baru nak berinai :p
Kat umah saya macam-macam leh makan, pasar dan kedai belakang rumah
Kat umah saya boleh minum teh beng 2-3 kali sehari
Kat umah saya ada orang tolong lipatkan baju --- my bro

Ceh, sume orang pun suka umah tempat dia dibesarkan kan kan?

Wednesday, November 17, 2010

suprise yang tak menjadi

kunun2 nak buat suprise
tapi tak jadi
last2 diri sendiri yang kene suprise
mujur juga la diberitahu awal
kalo tak
memang mengamuk lagi
ok
no more suprise next time ok

Tuesday, November 16, 2010

berdikari

selepas ini
jangan sesekali bergantung pada orang
belum tentu orang suka apa yang awak minta
selepas ini
jangan menyusahkan orang
awak hanya beban
selepas ini
jangan sesekali tanya pandangan orang
fikir dengan otak awak sendiri
selepas ini
belajarlah berdikari
uruskan semua sendiri
selepas ini
masih banyak yang pending
yang saya perlu fikir dan selesaikan sendiri (padan muka saya)
selepas ini
duduk diam2
awak tak layak meminta
sebab awak sangat pentingkan diri
awak tak layak dapat kebaikan dari orang
nAdila, awak tak layak untuk bergantung pada orang k
cause u r so SELFISH!!!!

nota

nota :
jika anda baca tulisan ni
saya sudah pun berada jauh
mungkin beribu batu dari anda
saya ingin memohon maaf
atas sikap mementingkan diri
yang ditunjukkan oleh saya
betul kata anda
saya tidak layak
untuk berada disamping anda
kerana saya tidak seperti orang lain
sememangnya ada jurang
yang sangat besar
yang saya sendiri bina
dengan sikap tidak patut saya
saya tahu saya wajar dibuang
dan jika anda masih membaca
terima kasih atas budi baik anda
memimpin saya sehingga merasakan saya sangat istimewa
berada di muka bumi ini... sebelum ini
hanya Allah S.W.T mampu membalas budi anda
kerana membuatkan saya rasa dihargai
mohon maaf sekali lagi
jika saya menjauhkan diri
tq

Bagi peluang bercakap

Saya tahu saya suka mengamuk
bila orang kata saya buat salah
tentang keje saya
saya rasa saya dah berperancangan
tapi orang lain lebih bagus dari saya
saya rasa saya  terkebelakang
saya mahu berjaya seiring
bukan berada di belakang
saya marah2
saya tahu memang saya salah
tapi tak pernah2 kene tegur macam tu
selalu diberi celik akal untuk saya berfikir
tapi kebelakangan ni
cara teguran dah tak sama macam dulu
selalu ditegur dengan lembut
supaya saya sendiri berfikir sama ada tindakan saya betul atau salah
selalu dibimbing saya supaya tahu kesilapan sendiri
semuanya dengan cara yang amat saya senangi
bukan seperti semalam
sehingga saya rasa betul2 rasa terbuang
lalu saya membandingkan diri
dengan anda

saya ingin bercakap
namun keadaan kini sudah jauh tersasar
dah tak sama macam sebelum ini
selalu ada ruang untuk saya menyatakan sesuatu
tapi kini
kata2 saya umpama satu bebanan
untuk didengari
belum sempat saya mula bicara
terus ditamatkan
tanpa ada ruang untuk saya menyusun kata
saya tahu setiap orang ada kesibukan
saya juga tidak terkecuali
cuma jangan buang saya
kerana cara anda membuatkan saya mula berfikir
untuk menjauh diri
betapa kerdilnya saya
disisi anda

Monday, November 15, 2010

Hepi besday

Each year your birthday reminds me

That I really want to say

I’m very glad I know you;

I think of you each day.

I hope you enjoy your birthday,

All the pleasures it has in store,

And because I appreciate you,

I hope you have many more!


Instead of counting candles,

Or tallying the years,

Contemplate your blessings,

As your birthday nears.

Consider special people

Who love you,

and who care,

And others who’ve enriched your life

Just by being there.

Think about the memories

Passing years can never mar

,Experiences great and small

That have made you who you are.

Another year is a happy gift,

So cut your cake, and say,

"Instead of counting birthdays,I count blessings every day!"

Sunday, November 14, 2010

Nape saya suka awak?

sebab awak baik
awak jarang nak marah saya walaupun saya salah
awak suka buat hidup saya bermakna
awak selalu jugak buat suprise yang saya tak jangka
awak pandai amik hati n jaga hati
awak tak pernah tinggi suara
awak akan pastikan saya selamat
awak takkan biar saya merajuk lama2

ok...nanti sambung, kang puji banyak2 awak lupa diri

Baju raya haji

Ada orang kata nak bagi baju raya.. haji.. tapi kata dia xcakap raya haji bila, so mungkin tahun depan or sepuluh tahun lagilah kot :(

P E R A S A N

Kenapa lelaki cepat perasan? Opss...tak semua lelaki, mungkin some of them i guess...
Mmm, perempuan pun sama jugak, walaupun bukan semua...
Perasan yang macam mane?

Ok, aku amik contoh... bila someone tu baik dengan kita, in this case, yang berlainan gender la, contohnya lelaki berkawan rapat dengan perempuan, n perempuan bersikap baik dengan lelaki tersebut. Walaupun perempuan tu tak de niat pape, maksudnya baik bukan sebab nak ngorat or atas sebab ada perasaan, juz sekadar baik n rapat je, tetapi lelaki tu telah membuat spekulasi or andaian bahawa perempuan tersebut suka kat dia. Oho.. macam kelakar je bila salah faham camtu. Dan kesian la kat perempuan tu, buat baik pun tak boleh. Dan kesian jugak kat orang sekeliling yang salah faham. Kalo tak tau pape jangan pandai2 buat andaian...

Contoh satu lagi, bila lelaki kawan rapat ngan perempuan, perempuan tu sangka lelaki tersebut cuba nak tackle dia.. Bila lelaki tu cuba amik berat, tanya macam2 dah rasa macam kene ngorat. Walaupun lelaki tu cuma bersikap baik... Cepat perasan jugak perempuan ni kan. Kan dah malu sorang2, huhuhu...

Papepun, baik lelaki or perempuan, jangan cepat buat persepsi awal.. baik tak semesti ada pape or akan ada pape... Memangla rambut sama itam, perang ke, putih ke, tapi kita tak boleh assume orang sama faham macam kita faham. Jangan cepat perasan, jangan cepat mengata, jangan cepat buat andaian, jangan cepat menyebarkan benda yang tak betol. Kalo dah rasa nak tahu juga n tak nak silap faham, terus-terang tanya.

p/s : aku kalo suka kat orang, aku cakap direct je, tul x en.aizat? kahkahkah...

Friday, November 12, 2010

Jangan sibuk2

Jangan sibuk2 hal orang
Jangan buat2 sibuk