Thursday, February 04, 2010

Opis ku banjir

Pagi tadi, masa nak masuk opis, terkejut aku. Air melimpah penuh satu opis. Bila buka bilik aku, penuh air satu bilik, huhuhu... Sangat dasyat. Aku berkira-kira nak tutup je opis hari ni, tapi nasib baiklah pekerja penyelenggaraan datang bersihkan air di opis aku. Oh ye, bukan setakat opis aku je banjir, tapi juga opis depan opis aku. Paip kat pantry diorang pecah... Aku rasa mungkin dari semalam pecah, tu yang leh banjir sampai opis aku tu..huhuhu... Nasib baiklah tak de pape yang berlaku, mujurlah aku tak terkena renjatan elektrik, yela, kat lantai bilik aku penuh wayar berselirat. Aku kan pemalas nak ikat-ikta wayar tuh.

Dah puas melepak, ooops, maksud aku breakfast sementera  opis dibaikpulih, bila bilik dah kering, opis dah kering, tiba-tiba ada student datang buat sesi, huhuhu... Aku terlupa yang aku ada appointment pagi ni. Then bila habis sesi, datang lagi lima orang datang untuk sesi kelompok. Uwaaa... aku tak sempat nak rehatkan minda, tapi memandangkan konsep penerimaan tanpa syarat yang Carl Rogers ajar tuh, aku pun menerima dengan tangan terbuka. Ok, ni baru habis sesi, dah lunch hour, nak rehat jap. Ingat conduct sesi ni senang ke, dahla 3 jam straight... aku dah start pening nih..

Aku nak cas bateri badan jap. Bye.

No comments:

Post a Comment