Cici buat hal
xde mood hari ni
nk g Giant pun xboleh
sabun basuh habis, ubat gigi pun dah nak habis, febreeze pun xde
hmm...uwaaa....
Monday, May 31, 2010
Thursday, May 27, 2010
Susah
Bukan semua yang kita nak kita akan dapat
Bukan semua kita harap akan berlaku
Bukan semua kita rancang akan smooth
Bukan semua yang kita mahu akan tercapai
Bukan semua kita harap akan berlaku
Bukan semua kita rancang akan smooth
Bukan semua yang kita mahu akan tercapai
Teringat kata2 seorang kawan masa belajar dulu, kata dia, aku jenis kalo nak sesuatu aku akan dapatkan dan buat... Dulu... dulu mungkin aku macam tu, sekarang? Aku dah tak macam dulu... berhenti berharap sebelum mencuba...
Wednesday, May 26, 2010
Kisah rumput
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm… baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah… apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Friday, May 21, 2010
Bila kita melukakan hati orang
Kita selalu tak sedar kita buat orang tak suka pada kita
Kita rasa apa kita buat dah betul, tapi bagi orang mungkin sebaliknya
Kita bertindak pentingkan diri, walaupun bukan niat kita macam tu
Kita ikut kata hati dari jaga hati orang
Kita jadi selfish semata-mata nak puaskan hati sendiri
Kita jarang minta maaf atas keterlanjuran
Sebab kita rasa kita tak buat pape
Kita cuma perlu ingat
Orang tak sama macam kita
Fikiran orang tak sama macam kita
Perasaan orang tak sama macam kita
Bukan setiap masa kita dapat prihatin dan peka tentang semua ni
Bukan kita nak minta orang faham pasal kita
Tapi setiap apa kita buat
Mungkin ada sebab
Yang kita tak dapat nak bicarakan
Kita rasa apa kita buat dah betul, tapi bagi orang mungkin sebaliknya
Kita bertindak pentingkan diri, walaupun bukan niat kita macam tu
Kita ikut kata hati dari jaga hati orang
Kita jadi selfish semata-mata nak puaskan hati sendiri
Kita jarang minta maaf atas keterlanjuran
Sebab kita rasa kita tak buat pape
Kita cuma perlu ingat
Orang tak sama macam kita
Fikiran orang tak sama macam kita
Perasaan orang tak sama macam kita
Bukan setiap masa kita dapat prihatin dan peka tentang semua ni
Bukan kita nak minta orang faham pasal kita
Tapi setiap apa kita buat
Mungkin ada sebab
Yang kita tak dapat nak bicarakan
Wednesday, May 19, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)