Monday, December 20, 2010

berhenti berharap

bukan semua akan dipenuhi
bukan semua akan diperolehi
jangan mudah meminta
jangan mudah berharap

gandakan usaha
terima pencapaian
hasil keringat sendiri
hanya DIRI
mampu memberi
apa yang diingini

Friday, December 17, 2010

berubah

orang kata
sekali air bah
sekali pantai berubah
betul ke tak
aku pun tak tahu

orang kata
sebaik mana pun orang
lama-lama berubah juga
betul ke tak
aku pun tak pasti

orang kata
kita selalu rasa orang jahat
tapi sebenarnya belum tentu kita ni baik
betul ke tak
aku rasa macam betul
jangan cepat tuding jari kat orang

orang kata
jangan suka lukakan hati orang
tapi dalam tak sedar kita buat juga
betul ke tak
aku rasa macam betul jugak

orang kata
jaga hati orang kita sayang
tapi tetap terasa hati
betul ke tak
aku rasa betul jugak lagi
huhuhuhu

Thursday, December 16, 2010

bila susah

memang betul kata orang
kawan masa senang mudah dicari
tetapi bila mencari kawan semasa susah
entah belum tentu ada

aku ada walaupun aku sibuk
aku dengar walaupun aku sibuk
kupinjamkan telinga
kutaburkan ungkapan positif penyedap hati
walaupun kadangkala timbul rasa bosan
timbul rasa sibuk
tapi aku maish meminjamkan telinga ku
walaupun sekadar sebagai pendengar setia

bila aku susah?
aku mencari peminjam telinga tersebut
baru ku tahu
orang takkan layan aku sama macam aku layan orang
terima kasih

Wednesday, December 15, 2010

poem

cuba berlagak biasa
meski hati terasa
cuba rasa gembira
meski hati terluka
cuba berpada-pada
walau tidak rela

terus menjaga hati
lebih dari diri
terus mengukir seri
walau tidak pasti
terus menambat hati
walau tahu akan pergi

cuba tidak cemburu
tapi tak sanggup menipu
cuba untuk membatu
tapi tidak mampu
cuba berteleku
akhirnya rebah di situ

tolong jangan menangis
tapi hati terguris
tolong jangan sedih
tapi rasa pedih
tolong berlagak biasa
boleh, tapi sampai bila?

Friday, December 10, 2010

[untitled]

Sekurang-kurangnya aku tidak membandingkan kamu dengan orang lain
Sekurang-kurangnya aku tidak  membandingkan kebaikan orang
Sekurang-kurangnya aku tidak cakap memerli
Sekurang-kurangnya marah aku tidak disertai kata-kata menghiris hati
Susah sangat ke nak memujuk? bila kamu tahu sikap aku yang cepat lembut hati?

Thursday, December 09, 2010

Monday, December 06, 2010

remain silent

rasa macam tertipu
rasa sakit hati
rasa marah sangat
rasa kecewa
rasa dibezakan
rasa tidak penting