3 hari dan 2 malam telah ku habiskan masa di sini... entahlah.. jika diikutkan kata hati nak sahaja terus pulang ke segamat untuk menyelesaikan urusan kerja yang telah lama tertangguh... namun jiwa ini berat bila memikirkan individu yang terlantar di sini adalah ibuku sendiri.. naluriku tersenyum.. perasaanku sayu dan berdebar-debar.. barangkali inilah perasaan yang akan akan diperolehi bila kita berpeluang menjaga orang yang sangat bermakna dan penting dalam hidup kita... Ibu.. kasihmu padaku tiada kata dan ayat yang boleh menterjemahkannya..
Bagaimanakah pula dengan orang lain yang sanggup mementingkan kerjaya dan diri sendiri tanpa memikirkan keadaan ibu bapa mereka di kampung halaman. Malah lebih parah tatkala si ibu atau si ayah ditinggalkan ketika mereka sedang dalam kesusahan atau kesakitan... di saat itu mereka hanya mahukan anak-anak mereka berada di sisi... bermaknakah nilai seorang anak itu...
Tuesday, April 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment