Monday, January 28, 2019

Pray for my mum

Hi.
Dah lama saya tinggalkan dunia penulisan.
Faktor usia dan masa menyebabkan saya terpaksa melupakan penulisan ni.

My life enjoy, still single, but enjoy it. Faktor usia menyebabkan kita cuma rasa mahu dekat dengan keluarga. Jika dulu asyik dengan kerja, tapi sekarang asalkan ada peluang cuti, memang saya akan cuti dan pulang ke kampung. Melihat my mum yang dah semakin tua dimamah usia, dengan adik yang DS, menyebabkan rasa mahu duduk sahaja di kampung dan bekerja di sana. Namun, tiada peluang untuk bertukar tempat kerja.

Seronok bila balik sebab kita tahu ada orang tunggu. My fruitchild pula jenis clingy dan akan tanya bila akan balik lagi, dan menyebabkan kita rasa hendak duduk dekat sahaja dengan mereka. But perjalanan 7 jam menyebabkan rasa penat sangat untuk ulang alik. I miss my home, seriously.

Dan sekarang my mum pula kerap sakit. Lemah jantung dan sakit buah pinggang. Sebelum ini ok je, tapi maybe juga sebab faktor usia menyebabkan pelbagai penyakit datang. Saya harap saya dapat pindah kampus.