23 Disember 2014
Air mula naik. Tak sangka gelombang kedua kali ni menyebabkan keseluruhan rumah ditenggelami air bah. Lastweek sebenarnya dah banjir, tapi air setakat lalu di halaman rumah. Tapi kali kedua ini, air di halaman melebihi paras kepala aku, malah di dalam rumah, hampir ke paha. Bilik aku? Tak usah ceritalah, penuh air.
Ma terpaksa pindah ke pusat pemindahan banjir. Aku pula tersadai di rumah kakak. Rumah kak za di Lubok Jong Pasir Mas pun banjir juga. Mujur cik City selamat, ada rezeki aku lagi.
31 Disember 2014
Baru berkesempatan melihat rumah yang ditinggalkan. Lumpur tak usah cerita. Nak bersihkan pun tak boleh, air dengan elektrik tak de. Tiang letrik jatuh ke bumi, ada yang senget benget.
Dugaan besar di penghujung 2014. Tapi ramai lagi yang menerima dugaan lebih besar. Rumah kami hanya ditenggelami, berlumpur, dan barang rosak. Orang lain, bumbung rumah pun dah hilang. Seluruh Kelantan di landa banjir.
Insaf seketika. Peringatan untuk semua. Allah menduga.
Monday, January 05, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)