Monday, December 28, 2015

merapu

bila baca balik post lama, rasa macam nk gelak pun ada. kelakar giler ayat, cerita.

blog bukan lagi tumpuan utama. sebab masa untuk mengarang dah xde, malah bukan pilihan utama. aku rasa aku ni anti social. FB pun sekadar ada. but insta sentiasa update. sebab just letak gambar je.

Monday, January 05, 2015

Banjir

23 Disember 2014
Air mula naik. Tak sangka gelombang kedua kali ni menyebabkan keseluruhan rumah ditenggelami air bah. Lastweek sebenarnya dah banjir, tapi air setakat lalu di halaman rumah. Tapi kali kedua ini, air di halaman melebihi paras kepala aku, malah di dalam rumah, hampir ke paha. Bilik aku? Tak usah ceritalah, penuh air.

Ma terpaksa pindah ke pusat pemindahan banjir. Aku pula tersadai di rumah kakak. Rumah kak za di Lubok Jong Pasir Mas pun banjir juga. Mujur cik City selamat, ada rezeki aku lagi.

31 Disember 2014
Baru berkesempatan melihat rumah yang ditinggalkan. Lumpur tak usah cerita. Nak bersihkan pun tak boleh, air dengan elektrik tak de. Tiang letrik jatuh ke bumi, ada yang senget benget.

Dugaan besar di penghujung 2014. Tapi ramai lagi yang menerima dugaan lebih besar. Rumah kami hanya ditenggelami, berlumpur, dan barang rosak. Orang lain, bumbung rumah pun dah hilang. Seluruh Kelantan di landa banjir.

Insaf seketika. Peringatan untuk semua. Allah menduga.