Kita sering mempunyai permintaan tinggi dalam hidup. Mahu ada duit yang banyak, kerja yang bagus, kereta besar, baju berjenama, handphone tercanggih, rumah banglo, isteri cantik, suami hensem, pendidikan tinggi. Alahai...
Kita lupa dalam kita menginginkan sesuatu, kita hanya merenung ke atas, tanpa melihat bumi yang dipijak. Kadang-kadang terus dibuai angan-angan tanpa menyedari kita masih berpijak di bumi yang nyata. Menginginkan sesuatu yang kita tahu amat mustahil. Bukan tidak boleh, tapi biarlah berpada-pada. Bimbang kalau-kalau dapat yang sebaliknya, Adush.
Saya masih muhasabah diri (T_T)