Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

jatuh lagi

rasanya ni dah kali ke berapa dah jatuh ni. so kali ni jatuh lagi. mujur tak ramai orang. tak tahu nak gambarkan perasaan apa, sedih ke, malu ke, sakit ke. tapi sebab dah selalu sangat jatuh, aku cuma rasa sakit jela. mau tak sakit, nasibla tak terjatuh tersungkur, just terduduk. mujur la ada orang pegang aku. uwaaaaa... bukan sebab kasut tinggi tapi lantai tu licin. dahla xde signage baru pas cuci. alahai~~ nasibla dah lepas meeting tadi.. semua dah balik...

tragedi jatuh ni terbawa2 dari belajar sampaila ke tempat keje. adoila....

Wednesday, August 18, 2010

I K H L A S

Setiap kali kita berbuat kebaikan dan menyatakan ia sebagai perbuatan ikhlas, tapi jauh di sudut hati kecil masih berharap agar kebaikan itu terbalas.

Pabila kita tidak berpuas hati pada orang, kita akan cepat melupakan segala kebaikan yang orang pernah lakukan kepada kita. Malah, lebih mengingati kesilapan yang dilakukan walau pun kecil. Keburukan menutupi kebaikan.

Pabila kita tidak gembira, kita merasakan tiada siapa yang peduli tentang kita. Tapi cuba tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar kisah pada orang sepenuhnya? Pernahkah kita fikir yang orang lain punya masalah sendiri, yang tidak mahu dikongsi. Put yourself into someone's shoe supaya kita lebih berempati (kalau mampu).

Pabila orang cuba berbuat baik, kita mula mencipta jurang makin dalam. Kita selalu beranggapan kitalah yang terbaik, orang lain paling teruk. Kita takkan mengakui kesilapan sendiri, tapi meletakkan kesalahan pada orang lain.

Banyakkah budi yang ditabur , mahupun kebaikan yang telah dilakukan, andai kita mengharap balasan setimpal?Kita tak pernah bersyukur dan berpuas hati pada layanan orang.

Bak kata En.Aizat, jangan terlampau berharap apa orang buat pada kita sama macam yang kita buat baik pada orang. Hubungan tanpa syarat ialah hubungan yang tidak mengharap balasan.

Wednesday, July 28, 2010

Kerja di bidang yang anda suka

Pernah tak orang datang kepada anda dan bertanya, adakah anda bekerja dalam bidang yang anda suka?

Kadang-kadang, kita minat lain, belajar lain, kerja lain.

Pelajar-pelajar selalu tanya soalan ni,:
"Saya apply course lain, dapat course lain, camne tu miss?"

Kawan-kawan selalu cakap, :
"Aku tak seronok dengan kerja aku sekarang, tak de hati buat kerja, xde passion..."

Kita akan lebih gembira kalo buat perkara yang kita suka. Yup, betul. Ia mempengaruhi kecintaan anda dalam bekerja. Kadang-kadang bila stress bekerja, kita akan rasa nak berhenti, cepat putus asa. Ia makin buat anda stress bila anda melakukan perkara yang anda tak suka, atau lebih tepat, tak suka keja tu, tapi dapat keja tu. Kita tak boleh nafikan, ia mungkin dah tertulis sebagai sumber pendapatan kan?

Alangkah seronok kalo dapat buat atau bekerja tentang yang kita suka. Contoh, kita minat melukis, kita pun bekerja sebagai pelukis. Jadikan hobi sebagai satu pekerjaan. Tapi tak semestinya juga, jika ia kurang memberikan pendapatan yang memuaskan, kita akan stress juga tak mendatangkan hasil.

Susah nak cakap kan?

Ramai bertanya, aku suka tak ngan kerja sekarang?
Oh...

Adakah anda berada di track yang betul?

Friday, September 11, 2009

Susah ker nak membahagiakan hati orang?

Situasi 1
Sekiranya anda mahu ke mana-mana, adakah anda akan maklumkan kepada orang-orang penting atau orang yang anda sayangi sekiranya anda telah memulakan perjalanan dan tiba ke destinasi? Ya atau tidak semuanya bergantung kepada anda, tapi mungkin anda harus sedar, sekiranya anda mengabaikan perkara ini, anda sebenarnya merisaukan hati orang kerana jauh di satu sudut, sebenarnya masih ada orang yang mendoakan keselamatan anda. Sudah tentu anda tak mahu membuatkan orang yang anda sayangi tertanya-tanya atau bimbangkan anda kan?

Situasi 2
Setiap kali anda bercuti atau outstation, adakah anda akan menghubungi teman baik atau orang yang anda sayangi untuk bertanya khabar? Memanglah itu privacy anda, anda berhak mendapatkan kedamaian tanpa gangguan sekiranya bercuti atau sibuk dengan perihal kerja sekiranya outstation, tapi tak salah jika anda meluangkan sedikit masa kan? Mungkin satu sms dah cukup membuat orang yang care tentang anda gembira menerima khabar anda. Anda bukan memerlukan satu jam tapi hanya satu saat.

Situasi 3
Jika anda memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah anda mengambil terus ikan itu, janganlah sesekali anda lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kail tu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah anda memberi banyak pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangi anda hendaklah anda menjaga hatinya, janganlah sesekali anda terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama anda dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati anda.

p/s : Renungan untuk anda dan juga diri saya sendiri. Kadang-kadang kita terlupa untuk melaksanakan perkara yang sangat kecil lagi ringkas sedangkan ia amat penting dan memberi kesan dalam hidup seseorang.

Monday, August 10, 2009

Salahkah kalau saya ni orang Kelantan?

Salahkah saya kerana dilahirkan sebagai Kelantanese? Saya pernah direject hanya kerana saya 'orang' Kelantan, sedih... (T_T)

Saya bersyukur to be a Kelantanese. Tinggal dan dibesarkan di Kelantan, bagi saya itu satu pengalaman yang amat menyeronokkan. Bukanlah saya ingin mengagungkan negeri ini, tidak sama sekali. Saya rasa semua orang pun bersyukur walau di mana negeri dia dilahirkan bukan? Saya boleh bercakap loghat Kelantan, dan juga bahasa Malaysia dengan baik (xde bau budu la sangat, hahaha). Belajar pula di merata-rata, sekolah rendah di Kelantan, sekolah menengah di Terengganu, matrikulasi di Terengganu, masuk U kat Sarawak, kemudian bekerja di Johor. Variasi.

Orang kata kalau orang Kelantan mesti kena kahwin dengan orang Kelantan juga. Yup, sebagai contoh ibu saya, dia mahukan bakal menantunya nanti orang Kelantan. Opps… setakat ni saya tak jumpa lagi orang Kelantan, mesti ke kena orang Kelantan juga ke? Adoi… Kenapa ibu saya menetapkan syarat macam tu? Supaya senang anak dia selalu balik kampung, dekat dengan keluarga. Kedua-dua abang saya dan kakak kedua saya berkahwin dengan orang Kelantan, bekerja di Kelantan, cuma kakak sulung saya bekerja dan berkahwin dengan orang Negeri Sembilan. Saya? Belum tahu lagi…Payah-payah…

Tapi, selalunya ramai orang tak suka orang Kelantan. Bukan semua, tapi segelintir. Selalunya, kawan-kawan rapat saya adalah orang yang pada awalnya tak suka orang Kelantan. Kata mereka, semangat kenegerian orang Kelantan terlalu tinggi, kalau dah jumpa geng, semua ditolak tepi. Betul ke? Mungkin ada kebenarannya, tapi tak semestinya. Kawan baik saya bukan setakat orang Kelantan tapi juga orang Sabah dan Pahang. Malah ex saya dulu juga orang Johor, bukan orang Kelantan tau...

Saya tak nafikan orang Kelantan selalunya semangat kenegeriaannya tinggi. Yang bukan saudara pun leh mengaku saudara bila dah tahu satu negeri, berkongsi pula loghat yang sama. Pergi mana-mana pun ’bersepah’ orang Kelantan. Realiti.

Apa-apa pun, saya bukan nak membicarakan isu kenegerian kat sini, walhal saya adalah rakyat Malaysia. Tak kiralah awak orang negeri Kedah ke, Negeri Sembilan ke, Sabah ke, Sarawak ke, anda berada di bawah satu rumpun yang sama, 1Malaysia.

Nur kasih lagi


Tidak boleh kah lelaki belajar menyayangi?


Soalan ini pasti mengundang kontroversi. Saya tahu setiap individu mempunyai pelbagai pendapat. Kenapa saya bertanya soalan ini? Anda pernah tonton cerita Nur Kasih di TV3? Bagi saya, itu adalah salah satu drama yang menarik untuk ditonton. Berkisar kisah cinta dan keluarga. Nur kasih : Nilai Cinta dan Pengorbanan.

Wednesday, August 05, 2009

Aku terima nikahnya


Usah bercinta jika tak mahu berkomitmen atau berkahwin selepas itu, dan bercintalah bila dah dekat-dekat nak kahwin... Macam-macam boleh berlaku jika bercinta tapi lambat lagi merancang untuk hidup bersama...

Lebih kurang camtulah petikan buku ni berdasarkan pemahaman saya... Amat menarik, bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga atau masih solo, dicadangkan untuk membacanya... Buku ni pun kawan saya yang beria-ia menyuruh saya baca...hukhuk...

Friday, July 31, 2009

Bersungguh dan tak bersungguh...

Kisah ini berlaku pada seorang teman saya…

Kawan saya ini elok paras rupa, kerjaya pun bagus, budi bahasa pun baik, pendek kata moleklah semuanya. Cuma… masih belum berpunya… Ada kisah di sebalik kisah, ditakdirkan berpisah dengan si dia, mungkin tiada jodoh. Sehingga itu, dia tak punya sesiapa.

Saya menyuruhnya mencari (pandai-pandai jek saya ni), kerana jodoh tak datang bergolek depan mata bukan? Sekurang-kurangnya berusaha. Hendak dijadikan cerita, beliau dikenalkan kepada seseorang oleh teman lama. Mulalah episod-episod persahabatan dalam hidupnya.

Dalam masa yang sama juga, rakan sekerja beliau juga ada menunjukkan minat untuk berkawan rapat dengannya. Ah sudah... kata beliau... Dua pilihan dalam masa yang sama tapi sangat-sangat kontra personaliti mereka berdua.

Lelaki pertama, rupanya biasa-biasa sahaja, tapi penuh ilmu di dada, alim-alim juga orangnya. Menyatakan hasrat untuk mengambil beliau sebagai suri. Merancang itu dan ini jika sudi hidup bersamanya. Berusaha memenangi hati kawan saya ini.

Lelaki kedua, biasa-biasa juga orangnya, tapi dari segi kerja mungkin lebih bagus sedikit dari yang pertama. Tapi teramatlah slow tindak-tanduknya. Sekejap macam mahukan kawan saya, sekejap macam tidak. Kurang bersunguh-sungguh. Ish, tak faham saya. Pemalu agaknya.

Kawan saya ini macam lebih berat kepada yang kedua, mungkin kerana dekat dan satu tempat kerja (ini pada pemerhatian saya la...). Tapi kesungguhan seseorang lelaki dapat ditonjolkan melalui usaha yang dicurahkan. Agak-agak andalah, siapakah pilihan kawan saya? Yang pertama kah? Atau yang kedua kah? Mahu hidup bersama yang bersungguh atau yang tak bersungguh?

Kadang-kadang saya tidak faham dengan kaum lelaki (bukan semua lelaki k), kenapa tidak mahu mencuba jika benar-benar mahu. Mestikah menunggu si perempuan untuk memulakan semuanya. Memanglah zaman kini zaman teknologi, tapi kita masih punya adat ketimuran. Takkan perigi nak cari timba, tul tak?

Monday, July 27, 2009

Senyumku menawan?


Someone said that I have a good smile… =)

Really? Nak tergolek pula bila teringat. Kejadian ini berlaku tengah hari semalam bila saya diminta untuk membentangkan tajuk Mind Setting untuk kumpulan saya. After presentation, setiap ahli kumpulan akan memberi komen mengenai perbentangan tersebut. Saya tahu saya tidak bagus untuk deliver tajuk yang saya tidak expert. Lebih-lebih lagi apabila presentation tersebut harus dibentangkan in English..uwaaa (T_T)

But, mostly komen yang saya terima agak positif (mungkin kerana mereka semua kesian pada saya agaknya) dan yang saya tak boleh lupakan ialah bila dipuji seperti ayat di atas. Hahaha, mungkin kerana mahu meng'cover' kepanikan saya di depan semua serta kehabisan idea kerana sudah tak tahu nak cakap apa, maka saya akui saya memang banyak tersengih... daripada bercakap.

Tapi kenapa tak ada orang yang terpikat dengan senyuman saya ek?

To Cik Pretty : I tahu u mesti jeles+bengang baca entri nih, ahaks...

Tuesday, July 21, 2009

Di antara pilihan

Berada dalam sebuah keadaan yang kurang memberi jaminan masa hadapan tentu membuatkan anda berfikir sekali lagi tentang kehidupan anda. Adakah anda mahu berada dalam zon sekarang atau pun maju selangkah lagi? Pilihan terletak di tangan masing-masing. Baik dalam karier mahu pun kehidupan seharian, sudah tentu kita mahu mengorak langkah melakukan sesuatu yang lebih baik.

Dalam karier, berada di zon selesa tentu membuatkan kita tidak mahu berfikir dua kali. Cukuplah dengan apa yang ada, mungkin. Bagi yang tidak mudah berpuas hati, sudah pasti akan mencari jalan bagai mana mahu memajukan diri, tidak mahu berada di takuk yang sama, tentu sekali mahukan yang terbaik dalam kerjayanya.

Dalam kehidupan juga mungkin boleh jadi terlalu rumit atau mungkin terlalu simple. Tidak terkecuali soal hubungan sesama manusia. Adakah anda mahu berada bersama orang yang boleh memberi anda jaminan kebahagiaan dalam kehidupan atau berada bersama orang yang disayangi tapi tidak pasti di mana destinasi? Hidup bersama orang yang anda sayangi atau bersama orang yang menyayangi anda?

Apa juga keputusan, pilihan di tangan anda.
Yup, pilihan di tangan saya... (eh, kisah saya ke ni? ahaks...)

Tuesday, July 14, 2009

Rakan telefon

Mulut dan telinga tidak boleh bekerja serentak. Pilih sama ada anda mendengar atau bercakap. Jika anda sedang mendengar, tutup mulut rapat-rapat dan dengari orang yang sedang bercakap dengan anda...

Tapi kadang-kadang saya lupa juga, mulut ni suka sangat nak mencelah, hehehe. Saya sebenarnya seorang yang introvert (ek?...). Yup, saya sebenarnya pendiam, tak banyak cakap, malas nak cakap banyak. Tapi saya boleh menjadi sangat-sangat ekstrovert dengan orang yang saya selesa berbual. Kalau cakap telefon, selalunya paling lama pun 5-10 minit saya boleh bertahan. Kalau sampai 1 jam atau lebih, itu sangat-sangat luar biasa, amat jarang berlaku, hanya dengan orang-orang tertentu sahaja (sape? muahaha...)..

Saya pendengar yang baik? InsyaAllah, setakat ini, rasanya saya memang patut menjadi pendengar yang berjaya. Cuma kadang-kadang bila menjadi pendengar yang baik, saya juga akan menggunakan otak saya untuk berfikir, maksud saya menyediakan ayat-ayat (cinta) yang bersesuaian untuk di balas. Susah juga kan, tapi itulah hakikatnya. Bila bercakap, nak kena guna psikologi, bukan main sedap mulut je, betul tak?

Tapi, siapa nak dengar saya membebel lagi lepas ni. Rakan telefon saya bakal sibuk...huhuhu...

Monday, July 06, 2009

BTN part II

Baru balik dari Kursus BTN. Well, agak penat dari segi fizikal, huhuhu. Tapi saya berjaya mengharungi semua aktiviti yang dijalankan, congrats to myself, yeahaa…

Hari pertama tiba saya telah berkira-kira untuk balik. Tapi disebabkan wajib menghadiri maka saya paksa juga diri walaupun hati saya meronta-ronta nak balik. Sepanjang hari saya cakap nak balik.. tapi sampai hari kelima baru saya balik, hehehe…

Overall, bagi saya kursus ni sangat bagus. Ini semua tentang negara. Saya cintakan negara saya...bertambah cinta, ahaks ~~~

Monday, June 01, 2009

Pilihan

Situasi 1

A : Kenapa sedih?
B : Kerana hati sebak
A : Kenapa hati sebak?
B : Kerana hati dilukai
A : Siapa yang melukai?
B : Orang yang paling disayangi
A : Siapa orang yang paling di sayangi?
B : Orang yang selalu buat kita gembira…

Situasi 2

Dalam hidup, kita akan sentiasa berhadapan dengan dua perkara, perkara yang perlu kita lakukan dan perkara yang kita suka lakukan. Dan kedua-dua perkara itu akan saling bertentangan antara satu sama lain. Hakikatnya, perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang kita tak suka lakukan. Manakala perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak dapat kita lakukan. Kadang-kadang kita perlu melakukan perkara yang perlu kita buat walau pun kita tidak suka. Perit dan tiada pilihan. Tetapi, seandainya diberi pilihan, yang mana satu akan dipilih? Satu - perkara yang perlu kita lakukan atau dua - perkara yang kita suka lakukan?

Tuesday, May 26, 2009

Mungkin nanti ada kasih...

Sunyinya tidak berteman, carilah selagi bersemangat...

Saya terpanggil untuk menulis entri ini setelah menerima panggilan telefon daripada seorang kawan, kawan baik saya semenjak di bangku sekolah lagi. Perbualan malam tu sangat menarik. Isu jodoh (ahh..balik-balik isu yang sama, hmm).

Kawan saya ni bukanlah tidak cantik, menarik, sedap mata memandang, tidak pernah bercinta dan memiliki budi pekerti yang baik. Jika saya adalah lelaki saya tidak akan teragak-agak untuk mengambilnya sebagai suri. Dia menyatakan kerisauan kerana masih belum berpunya. Ibu bapa di rumah tak usah cerita. Kadang-kadang sudah naik lali setiap kali bertemu sanak saudara yang tidak putus bertanya, ”Bila hendak kahwin?”...

Saya tersenyum. Memahami? (mungkin)... Memang sunyi tidak berteman. Lebih-lebih lagi kawan saya ini bukanlah jenis workaholic, juga bukan jenis bersosial. Banyak masa dihabiskan di rumah. Apabila usia meningkat, punya harta dan kerjaya tapi masih hidup keseorangan, sudah tentu ia terkesan di dalam hidupnya.

Zaman sekarang mungkin tidak sama macam zaman dahulu. Saya ambil contoh kisah ibu saya sendiri, berkahwin di usia 13 tahun, memiliki anak pertama di usia 14 tahun, ish. Jika dibandingkan dengan keadaan sekarang, usia 13 tahun itu saya habiskan di sekolah, masih di Tingkatan 1, alahai...

Kenapa zaman sekarang wanita lambat kahwin? Takut? Berhati-hati? Belum lagi berjumpa dengan Mr. Right? Risau pengalaman lama berulang? Rasa-rasanya macam-macam jawapan yang boleh kita dengar. Tepuk dada tanya minda. Wanita sekarang mungkin tidak sama macam wanita zaman dulu. Wanita dulu mengelek anak, wanita sekarang mengelek briefcase. Mungkin kerana fenomena wanita sekarang kebanyakannya lebih berpendidikan, lebih berkerjaya, pendek kata banyak yang lebih la, mungkin kerana itu lelaki merasa sedikit rendah diri untuk mendekati wanita seperti ini. Tapi, hendak seribu daya bukan?

Saya tamatkan perbualan malam itu dengan memintanya memperbanyakkan berdoa. Dan jangan lupa untuk mencari kerana jodoh tidak hanya datang bergolek depan mata. Carilah selagi bersemangat. Mungkin nanti ada kasih menanti untuknya.

Wanita itu diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah. Bukan daripada rusuk tubuh untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu dibahagian dada dan berdekatan dengan tangan. Bermakna perlunya tangan untuk membela dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang.

Wallahualam.

Thursday, May 21, 2009

Jatuh tangga

Pagi tadi, jam 12 tengah malam (lebih kurangla), nak dijadikan cerita, saya jatuh tangga, terseliuh, uwaa, dan hari ni, kaki saya bengkak, huhuhu. Tapi masih boleh berjalan lagi la, walau pun sedikit terhenjut-henjut. Semalam, setelah siap menyemak kad aktiviti pelajar di rumah kawan, saya dan housemate pun bergegas pulang. Kami masing-masing membawa dua kotak yang berisi kad, kotak tu bukanlah berat mana pun, cuma mungkin sebab suasana gelap dan saya tak nampak anak tangga, maka jatuhla saya, gedebuk! Adoi..mahu menangis je rasa, tapi masih boleh kontrol cun.

Dah lama sebenarnya tak jatuh, sejak masuk kerja inilah kali kedua. Kali pertama semasa treasure hunt teambuilding. Masa zaman belajar kat U tak usah cakapla, banyak kali la juga. Jatuh depan fakulti (malu, nasib baik tak ramai orang), jatuh depan pos pengawal (kaki masuk lubang, ish, dalam banyak-banyak kaki yang lalu-lalang, kaki saya juga la yang masuk, ish...) dan yang lain-lain tak ingat sangat dah, huhuhu... Masa di tempat praktikal lagi teruk, jatuh terduduk depan staf luar yang datang berkunjung ke pejabat saya masa tu, kebetulan lantai tu baru lepas di cuci, dah ada tulis lantai basah, tapi tu la, nak dijadikan cerita, saya tak ternampak pula papan tanda tu, uwaaa...

Jatuh dan saya ni ibarat tak boleh berpisah, akan berlaku di mana-mana. Tapi kali ni paling teruk, sebab saya dah rasa sakit dan kaki membengkak. Semalam kawan saya dah urutkan. Saya paling tak suka minyak panas atau minyak gosok dan juga sesi mengurut, huhuhu... Tak suka, tak suka..jatuh pun tak suka juga (T_T)

Tuesday, May 12, 2009

My Junior, Memel

Semasa kat sekolah lama (Form 4-5), setiap kelas senior (masa tu saya di Form 5) akan ambil satu kelas angkat (Form 4), kemudian setiap pelajar senior akan dibahagi-bahagikan dan mendapat seorang atau lebih junior, lebih kurang macam adik angkat la. Pada masa tu, saya ditakdirkan mendapat seorang junior lelaki (pemilihan dibuat secara undian) , nickname dia Pokemon dan nickname saya masa tu Soledad (pengaruh lagu Westlife yang tengah top masa tu, huhu).

Pokemon atau nama sebenarnya Muzammil a.k.a Memel (nama gelaran saya bagi kat dia) tersangatlah pemalu orangnya. Saya suka mendera dia (bukanlah penderaan fizikal tau, mungkin sedikit penderaan mental, huahuahua). Dia ni jenis tak berapa nak tinggi tapi sangat kiut, muka dia lebih kurang macam Ally Iskandar. Rasanya sepanjang saya jadi senior angkat dia, saya ni tak lah banyak membantu pun. Lebih kurang dia ni hidup terabai la (jahat kan saya ni? Huhu).

Saya masih ingat semasa Minggu Aktiviti kat sekolah saya (masa minggu aktiviti, kami tak belajar, banyak aktiviti main je, kehkehkeh), saya terlibat dalam satu pertandingan Choral Speaking. Semasa hakim sibuk mengira markah, saya mengendalikan waktu selingan tersebut, dengan tidak semena-mena saya dengan baik hatinya menjemput si Memel ni naik ke pentas dan menyanyi. Dia masa tu tak tahu saya ni senior dia (kami sepatutnya merahsiakan identiti sehinggalah ke akhir tahun baru identiti sebenar terdedah, sebab tu kami guna nickname, tapi memandangkan saya mempunyai agen risikan yang hebat, maka awal-awal lagi saya tahu identiti sebenar Memel, fuh..panjang pula penerangannya). Terketar-ketar si Memel ni, banyak kali juga la kena dengan saya, memandangkan saya banyak terlibat dengan program, so banyak kali juga la dia dapat merasa naik ke pentas kat dewan besar sekolah kami tu. Nasib dia la, siapa suruh terambil saya sebagai senior (sebab saya tak ada budak junior lain untuk dibuli kot. AMARAN : Jangan ikut perangai saya k).

Itulah kisah saya dengan Memel, sekarang ni saya tak tahu dia kat mana, mungkin dah bekerja, dan rasanya mungkin dia dah tinggi kot, tapi tak naklah terserempak dengan dia, mesti dia akan balas dendam balik sebab saya suka kenakan dia, huhuhu. Tapi niat saya masa tu baik tau, nak suruh dia yakin berhadapan dengan audience (ek??)... berani bercakap di khalayak ramai (ye ke?), dan lain-lain lagi... Hehehe, sekian dulu cerita saya dengan junior saya, si Memel. Kalaulah saya dapat jumpa dia, saya memang nak mintak maaf pun, huhuhu.

Monday, May 11, 2009

Kisah saya dan Matematik

Saya amat tak suka matematik. Dari kecil sampai besar, saya tak pernah bijak dalam kira-kira. Saya masih ingat masa sekolah rendah, saya tak pernah dapat A dalam subjek Matematik. Otak saya memang lambat faham ilmu berkaitan kira-kira ni. Saya pernah dihukum gara-gara tak dapat nak jawab soalan perimeter dan luas, huhuhu. Tapi mujurlah masa peperiksaan UPSR yang sebenar, akhirnya saya dapat juga merasa nikmat mendapat A dalam subjek yang paling saya benci. Mungkin graf peratusan markah untuk subjek tersebut telah direndahkan pada masa tu (ni andaian saya lah) sebab tu kot saya dapat A.

Teringat pula masa di sekolah menengah, Form 3, cikgu Matematik saya amatlah garang. Tiap-tiap minggu dia akan adakan ujian Matematik. Lebih kurang macam latih tubi. Saya betul-betul tensen dengan subjek ni, tapi memikirkan cikgu yang garang itu, saya menjadi takut dan rajin, sebab kalau tak dapat A, kene rotan, huhuhu. Tapi bila difikirkan balik, bagus juga cara dia, yela, tak pasal-pasal saya rajin buat latihan, hehehe.

Bila masuk Form 4, saya pindah sekolah, cikgu Matematik kali ni amatlah sporting, bila dah sporting ni, saya pun jadi malas, latihan kadang-kadang buat, kadang-kadang tiru, alahai, jahil betullah masa tu. Subjek Matematik kira boleh tahan lagi, masih boleh diterima akal saya ni, tapi subjek Matematik Tambahan amatlah membunuh. Dalam kelas, sayalah antara insan-insan terpilih yang akan menidurkan diri dalam kelas. Bukan sebab tak suka cikgu tu, tapi cikgu tu terlampau bijak sangat sampai saya tak faham langsung apa yang dia ajar, huhuhu. Akibatnya, saya gagal (tak pernah gagal seumur hidup saya, kali ni memang amat dahsyat). Tapi mujurlah masa peperiksaan sebenar, saya masih boleh tersenyum, tak sangka, dalam tidur dan tak buat kerja rumah masih boleh dapat keputusan macam tu, hehehe.

Bila masuk U, saya ingatkan Matematik dah tinggal sejarah, tapi sangkaan saya meleset. Saya kena belajar satu subjek yang dinamakan Asas Statistik sebagai syarat wajib untuk ambil subjek Kaedah Penyelidikan. Memandangkan kursus saya kene buat tesis, nak tak nak memang kena ambil subjek tersebut. Dan macam biasalah, saya dan matematik bukan bagai isi dan kuku. Adoi, tak sukanya, tapi nasib baiklah keputusannya baik walaupun tak lah secemerlang mana, huhuhu.

Ingatkan bila dah kerja ni, saya dah putus hubungan dengan Matematik, tapi masih juga terhubung secara tidak langsung. Saya masih kena buat kira-kira, saya dilantik menjadi bendahari kelab, alahai (^_^")

p/s : Entri ini ditulis dikala saya memeningkan kepala saya dengan kira-kira untuk siapkan akaun kelab ni. Cik Pretty janji nak tolong (sebab dia budak akaun, akaun dapat A, sudah tentu dia lebih bijak daripada saya). Huhu, tapi dia busy pulak, uwaaaa (T___T)

Friday, May 08, 2009

My Senior, Superslackers

Never been to a place like here
Never seen it anywhere
Very eager
I wonder
Since its new it has no tangles
Isolations have no flower
Very near i scower
But anyway
I guess i wasn't needed here

Chrome (Butterfingers)

Lagu ni dah lama dah, sekitar tahun 2000 kalau tak silap, masa saya Form 4, tapi masih menjadi one of my favourite song. Saya bukan suka sangat band Butterfingers ni, tapi lama-kelamaan suka pula dengar lagu-lagu dia. Band ni sangat kreatif, baik dari segi lagu, muzik, design cover kaset & CD dan nama band dia pun agak kreatif, Butterfingers… ke Buttercup? Hehehe. Itu pun senior saya si Superslackers yang perkenalkan band ni, dia selalu bagi saya pinjam kaset Butterfingers ni, suruh saya dengar, niat dia supaya saya cepat pandai bahasa Inggeris (ye ke?). Hampir tiap-tiap hari dia akan tulis surat (bukan surat cintan cintun tau), bagi lirik lagu-lagu band ni (dan juga lagu-lagu Inggeris yang lain) di samping satu perkataan bahasa Inggeris dengan maksud perkataan tu sekali. Banyak juga la perkataan baru yang saya belajar daripada dia. Bagus kan dia? Seorang senior yang amat concern pasal juniornya yang tak berapa nak pandai bahasa Inggeris ni (^_^") . Teringat pula kat dia, agak-agak kat manalah dia sekarang ek, hmm, dah lama lost contact dengan dia since dia masuk UiTM Arau selepas dia habis SPM. Miss him.

p/s : lagu ini dan juga diri saya – amat serasi bersama, huhuhu (~_~)
psttt..untuk cik pretty pun sesuai gak lagu ni..huhuhu

Thursday, May 07, 2009

DIA lebih tahu

Baru-baru ni, banyak betul perkara berlaku, macam-macam ujian mendatang. Dan di sini, saya ingin berkongsi kisah dua sahabat saya. Kerana saya tahu saya tidak banyak membantu, tapi saya mahu mereka tahu yang saya sebenarnya ambil tahu walau pun mungkin cara saya tidak seperti itu.

Kisah pertama, kisah sahabat yang baru sahaja kehilangan sesuatu yang amat berharga. Kelahiran yang sememangnya amat dinantikan tapi belum sempat menjengah ke bumi, telah di panggil menemui-Nya. Dugaan yang amat berat. Walau pun dia tidak mempamerkan kesedihannya, namun saya tahu jauh di sudut hati dia, dia benar-benar terasa kehilangan. Dia cuba menjadi kuat, kerana dia ketua keluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya cuba untuk berempati, walau pun saya tahu saya tak mungkin rasa sebagaimana yang dia rasa. Kerana saya bukan di tempatnya. Saya berkongsi cerita dengannya, cerita kawan saya, yang mengalami peristiwa yang sama seperti dia. Dengan harapan ia dapat membantu, walau pun mungkin tidak sepenuhnya. Kadang-kadang Allah tarik satu nikmat, untuk memberi hamba-Nya nikmat yang lebih baik, kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Allah mahu menguji keimanan hamba-Nya. Memang perit bagi yang mengalami, tapi segala yang tersurat pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita tidak akan mengetahui, hingga tiba saat yang sepatutnya. Saya tahu dia tabah, dan saya berharap dia akan terus tabah.

Kisah kedua, kisah sahabat saya yang ditikam belakang oleh rakan sekerja sendiri. Saya selalu beranggapan, setiap individu memang ada sifat baiknya walau sejahil mana sekali pun. Tapi betul lah kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Kita tidak akan tahu hati budi seseorang. Mungkin nampak baik tapi sebenarnya tidak, mungkin juga nampak buruk, tapi mempunyai budi pekerti yang tinggi. Teruknya sikap segelintir manusia, terutama yang suka membawa mulut dan menabur fitnah. Tidakkah mereka terfikir akibat yang bakal diterima kelak? Dunia ni bulat, lama-kelamaan, perkara-perkara jahat yang kita buat pada orang, pasti terkena balik pada kita, kalau tak terkena pada kita pun, pasti juga akan menimpa sanak-saudara atau cucu-cicit kita. Kalau terlepas sekali pun di dunia, di akhirat pasti mendapat balasan jua. Tapi, kenapalah insan yang diberikan akal fikiran, mempunyai pendidikan yang bagus tidak pernah memikirkan baik buruk sesuatu tindakan yang di lakukan. Mudah benar melukai hati orang. Mudah benar mencaci orang. Mudah benar menabur fitnah. Moga Tuhan memberikan kekuatan kepada sahabat saya. Moga Tuhan kurniakan kesabaran yang tinggi kepadanya. Walau pun saya tahu perkara ini benar-benar memberikan impak yang amat besar kepada dia, tapi saya tahu dia kuat, jika tidak masakan dia bisa bertahan sehingga ke saat ini.

Ujian, boleh datang dalam pelbagai bentuk. Moga-moga mereka berdua, dan juga saya sendiri akan berjaya mengharungi apa jua perkara mahu pun rintangan yang datang. Sesungguhnya, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Monday, March 23, 2009

Pengucapan Awam

Pengucapan awam ialah satu kaedah berkomunikasi secara lisan yang dilakukan dalam situasi terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan. Dan esok adalah hari yang bertuah (bertuah ke?) kerana saya akan menyampaikan pengucapan awam di hadapan hampir 43 orang. Mujurlah ianya dilakukan di dua dewan yang berbeza, kalau tak tentu jumlahnya bertambah ke angka 86 orang.

Pengucapan awam, mungkin nampak simple, mungkin nampak biasa, tapi bukan semua orang mampu melakukannya, termasuklah saya. Dengan kerjaya yang disandang sekarang, seharusnya ia bukan menjadi satu masalah yang besar. Itu kata orang. Tapi kata saya, saya masih belum lagi mencapai tahap mahir berucap. Memberi ceramah tidak sama dengan pengucapan awam. Situasinya berbeza.

Berucap tentang perkara yang saya agak kurang mahir (saya mendapat tajuk yang agak susah, huhuhu) membuatkan saya betul-betul tidak senang. Terasa takut untuk menghadapi hari esok. Walau pun hanya untuk tempoh 5 minit, hati saya tetap tidak tenang. Hingga ke saat ini.

Saya tidak pandai berucap. Masih banyak ilmu yang perlu saya cari. Masih banyak pengalaman yang perlu saya kutip. Ya Allah, permudahkanlah. Amin...