Sekurang-kurangnya aku tidak membandingkan kamu dengan orang lain
Sekurang-kurangnya aku tidak membandingkan kebaikan orang
Sekurang-kurangnya aku tidak cakap memerli
Sekurang-kurangnya marah aku tidak disertai kata-kata menghiris hati
Susah sangat ke nak memujuk? bila kamu tahu sikap aku yang cepat lembut hati?
Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts
Friday, December 10, 2010
Monday, December 06, 2010
remain silent
rasa macam tertipu
rasa sakit hati
rasa marah sangat
rasa kecewa
rasa dibezakan
rasa tidak penting
rasa sakit hati
rasa marah sangat
rasa kecewa
rasa dibezakan
rasa tidak penting
Wednesday, August 18, 2010
I K H L A S
Setiap kali kita berbuat kebaikan dan menyatakan ia sebagai perbuatan ikhlas, tapi jauh di sudut hati kecil masih berharap agar kebaikan itu terbalas.
Pabila kita tidak berpuas hati pada orang, kita akan cepat melupakan segala kebaikan yang orang pernah lakukan kepada kita. Malah, lebih mengingati kesilapan yang dilakukan walau pun kecil. Keburukan menutupi kebaikan.
Pabila kita tidak gembira, kita merasakan tiada siapa yang peduli tentang kita. Tapi cuba tanya diri sendiri, adakah kita benar-benar kisah pada orang sepenuhnya? Pernahkah kita fikir yang orang lain punya masalah sendiri, yang tidak mahu dikongsi. Put yourself into someone's shoe supaya kita lebih berempati (kalau mampu).
Pabila orang cuba berbuat baik, kita mula mencipta jurang makin dalam. Kita selalu beranggapan kitalah yang terbaik, orang lain paling teruk. Kita takkan mengakui kesilapan sendiri, tapi meletakkan kesalahan pada orang lain.
Banyakkah budi yang ditabur , mahupun kebaikan yang telah dilakukan, andai kita mengharap balasan setimpal?Kita tak pernah bersyukur dan berpuas hati pada layanan orang.
Bak kata En.Aizat, jangan terlampau berharap apa orang buat pada kita sama macam yang kita buat baik pada orang. Hubungan tanpa syarat ialah hubungan yang tidak mengharap balasan.
Labels:
cerita kerjaku,
heartbroken,
kecewa,
my journal,
pengalaman
Friday, July 23, 2010
Getaran negatif berputar
Ada beza antara penggunaan KAU dan KITA. Kata nama KAU dan KITA tiba-tiba membina jurang antara kita. Aku kira ia agenda kita, maka aku beria-ia. Ataupun mungkin termasuk dalam sebahagian agenda kita. Tapi kata-kata ko itu membuktikan banyak benda. Ia bukan agenda kita tapi aku. Maaf kerana aku memasukkan KITA dalam agenda itu. Tapi serius, aku terluka...
Nota : aku masih belum dapat mempraktikkan LOA, banyak vibration negatif menyelubungi aku sekarang :(
Friday, June 25, 2010
Kenangan pahit
hati pecah...
Ada sesetengah perkara, kalau diungkit, ia akan meninggalkan menghidupkan bekas yang telah lama berparut. Cuba bayangkan jika kamu telah melupakan sesuatu perkara, kemudian ada pihak cuba mengingatkan kamu tentang ia, adakah kamu tidak akan rasa apa-apa? Betul, jika kita benar-benar telah melupakan kenangan pahit, jika diungkit sekali pun, kita tetap biasa, steady, tiada unfinished business. Tapi sekiranya masih tersimpan sedikit rasa tidak puas hati, ataupun sedikit unfinished business, kita akan berasa tidak selesa, mudah marah, dan cuba menyalahkan pihak yang mula mengungkitkan perkara tersebut.
Saya bukanlah jenis yang cepat lupa, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan tentang anda, kehidupan anda. Bagaimana sebelum ini hidup anda dieksploitasi, berbuat baik tapi tetap diambil kesempatan di atas kebaikan yang diberikan. Hidup sekarang membuatkan saya lebih berhati-hati, dalam segenap segi, kerana saya tidak mahu melalui perkara sama untuk kali kedua.
Jika kamu merasakan saya berkira, ye memang. Walaupun jauh disudut hati saya saya bukanlah jenis yang macam tu, malah saya akan berasa bersalah kerana kenangan pahit saya telah membuatkan saya berkira dengan anda. Malah saya menyalahkan diri saya kerana tentang perkara tersebut, membuatkan saya menjadi perengus, pemarah, baran dan semua sifat tidak baik terbit dalam diri saya.
Saya mohon maaf kerana kerana melibatkan anda dalam perkara ini. Maaf juga kerana tidak berjaya membuat anda faham. Jika anda mempunyai persepsi tidak baik tentang saya, saya tidak menyalahkan anda, kerana saya tahu saya tidak sesempurna mana.
Wednesday, May 26, 2010
Wednesday, April 28, 2010
D U K A
Tetiba je aku rasa sedih, sayu, sebak hari ni. Sebab apa? Susah aku nak cakap, i am not on the good mood :(
Pernah tak ko rasa...
1) Nak hepi, tiba2 hajat ko terbantut, sebab meeting la, discussion la...
2) Tiba-tiba je ko rasa nak merajuk tak tentu pasal sebab ko rasa tak hepi. Pastu ko rasa nak marah-marah pastu nak tutup tepon, bukan tutup pakai kain k
3) Tetiba je ko rasa sangat lapar walaupun ko dah breakfast pagi, lunch tengah hari, pastu ko rasa nak makan lagi?
4) Ko kecik ati ngan orang tu
5) Ko rasa dia tak nak luangkan masa untuk ko
6) Ko rasa nak menangis tiba2 tanpa alasan munasabah (kalo rasa tak hepi kira alasan kukuh gak la kan?)
7) Sangat serabut kepala sampai ko balik umah mandi ngan syampu rambut di tengah hari?
8) Ko rasa nak melarikan diri, menyorok kat mana2 sampai orang tak jumpa ko?
9) Rasa terkilan sebab ko rasa tak penting?
10) Ko rasa terbiar?
Titik.
Pernah tak ko rasa...
1) Nak hepi, tiba2 hajat ko terbantut, sebab meeting la, discussion la...
2) Tiba-tiba je ko rasa nak merajuk tak tentu pasal sebab ko rasa tak hepi. Pastu ko rasa nak marah-marah pastu nak tutup tepon, bukan tutup pakai kain k
3) Tetiba je ko rasa sangat lapar walaupun ko dah breakfast pagi, lunch tengah hari, pastu ko rasa nak makan lagi?
4) Ko kecik ati ngan orang tu
5) Ko rasa dia tak nak luangkan masa untuk ko
6) Ko rasa nak menangis tiba2 tanpa alasan munasabah (kalo rasa tak hepi kira alasan kukuh gak la kan?)
7) Sangat serabut kepala sampai ko balik umah mandi ngan syampu rambut di tengah hari?
8) Ko rasa nak melarikan diri, menyorok kat mana2 sampai orang tak jumpa ko?
9) Rasa terkilan sebab ko rasa tak penting?
10) Ko rasa terbiar?
Titik.
Tuesday, March 23, 2010
Lagu yang aku tak suka
Lagu ni mungkin antara yang aku tak suka, bukan tak sedap tapi ...
1. Perlu Kamu - sebab 'orang tu' tak ingat pun lagu ni :(
2. Menjaga Hati - sebab...???
3. Relaku Pujuk - sebab ex aku pernah nyanyi lagu ni kat aku, ceh!
1. Perlu Kamu - sebab 'orang tu' tak ingat pun lagu ni :(
2. Menjaga Hati - sebab...???
3. Relaku Pujuk - sebab ex aku pernah nyanyi lagu ni kat aku, ceh!
Thursday, March 18, 2010
Bring me to life
How can you see into my eyes, like open doors
Leading you down into my core, where I’ve become so numb
Without a soul, my spirit’s sleeping somewhere cold
Until you find it there, and lead it back, home
(Wake me up) Wake me up inside
(I can’t wake up) Wake me up inside
(Save me) Call my name and save me from the dark
(Wake me up) Bid my blood to run
(I can’t wake up) Before I come undone
(Save me) Save me from the nothing I’ve become
Now that I know what I’m without, you can’t just leave me
Breath into me and make me real, bring me to life
Bring me to life
(I’ve been living a lie,
there’s nothing inside)
Bring me to life
Frozen inside without your touch
Without your love, darling
Only you are the life among the dead
(All this time I can’t believe I couldn’t see
kept in the dark, but you weren’t there to follow me)
I’ve been sleeping a thousand years it seems,
got to open my eyes to everything
(Without a thought
Without a voice
Without a soul)
(Don’t let me die here)
(You must be sacrificed)
Bring me to life
Bring me to life (I’ve been living a lie)
Bring me to life… (There’s nothing inside)
Bring me to life
(Bring me to life by Evanescence)
Leading you down into my core, where I’ve become so numb
Without a soul, my spirit’s sleeping somewhere cold
Until you find it there, and lead it back, home
(Wake me up) Wake me up inside
(I can’t wake up) Wake me up inside
(Save me) Call my name and save me from the dark
(Wake me up) Bid my blood to run
(I can’t wake up) Before I come undone
(Save me) Save me from the nothing I’ve become
Now that I know what I’m without, you can’t just leave me
Breath into me and make me real, bring me to life
Bring me to life
(I’ve been living a lie,
there’s nothing inside)
Bring me to life
Frozen inside without your touch
Without your love, darling
Only you are the life among the dead
(All this time I can’t believe I couldn’t see
kept in the dark, but you weren’t there to follow me)
I’ve been sleeping a thousand years it seems,
got to open my eyes to everything
(Without a thought
Without a voice
Without a soul)
(Don’t let me die here)
(You must be sacrificed)
Bring me to life
Bring me to life (I’ve been living a lie)
Bring me to life… (There’s nothing inside)
Bring me to life
(Bring me to life by Evanescence)
Monday, March 15, 2010
Awan yang terpilu
Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh
Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih paling setia
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu
Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadamu
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu
Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujamu
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan
Awan yang terpilu…
(Awan yang terpilu - Ning Baizura)
p/s : Aizat jahat!!!
Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh
Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih paling setia
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu
Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadamu
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu
Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujamu
Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan
Awan yang terpilu…
(Awan yang terpilu - Ning Baizura)
p/s : Aizat jahat!!!
Friday, March 05, 2010
Hipokrit
Aku tak suka jadi hipokrit, aku tak suka bila aku hipokrit, dan aku tak suka orang hipokrit!
Monday, March 01, 2010
Kecewa yang teramat
Aku sangat tak suka menangis. Walau pun tak suka, tapi aku stil jugak kuat menangis. Aku rasa aku ni jenis sensitif. Kadang-kadang aku tak tahu camne aku boleh tercampak dalam bidang ni. Orang kata, kalo pegang keje macam aku, kene tough, pandai kawal emosi, penyabar teramat, soft-spoken, tapi aku rasa aku tak de ciri-ciri tersebut...
Aku ni jenis pendiam. Aku hanya akan bercakap bila perlu dan bila ditanya sahaja. Entah, aku rasa banyak cakap tak guna. Sebab aku takut aku termakan cakap aku sendiri. Kadang-kadang aku rasa dalam mulut aku ni ada emas kot, aku ni berat mulut la juga, peramah jauh sekali. Aku hanya akan banyak cakap dengan orang-orang tertentu sahaja. Kalau aku tak suka sesuatu perkara pun aku jarang cakap, suka apatah lagi. Aku lebih suka diam.
Hari ni, aku telah melakukan satu perkara yang teramat bodoh dalam kerjaya aku. Aku pun tak tahu kenapa aku menjadi sangat sensitif. Tapi aku tak suka bila orang sentuh peribadi aku. Bagi aku peribadi adalah satu kerahsiaan yang terlalu sulit, bukan untuk dikongsikan, terutama bila mengenai keluarga. Tapi kali ni air mata aku tak tertahan sangat nak tumpah. Rasa tak patut bila menangis di hadapan orang yang tak sepatutnya. Aku tahu aku nampak tidak profesional. Tapi aku tetap manusia biasa. Aku tak suka kaco hal orang, tapi kenapa orang suka kaco hidup aku?
Salahke aku bercuti panjang? Aku dah lama tak bercuti. Malah cuti tahun lepas masih berbaki 28 hari. Cuma bila aku bercuti, aku memang akan amik cuti panjang. Kali ni, memang panjang juga, sebab mak aku sakit. Satu kejutan bagi family aku bila sejarah keluarga kami tak de yang sakit macam tu. Walau pun mungkin nampak macam sakit biasa, tapi mak aku secara psikologinya memang tak boleh terima. Dan kami sebagai anak-anak hanya boleh bagi sokongan moral. Malah kakak aku yang duk N9 pun dah kerap balik jenguk mak aku sejak dia sakit. Aku? Aku tahu aku bukan anak yang baik.
Tak de orang yang nak pertahan aku (aku rasa). Aku betul-betul terasa ketiadaan my ex-bos merangkap my senior. Kalo dulu, dia akan pertahankan, tapi sekarang tak. Aku tak tahu nak cakap kat sape, betapa kecewanya aku dengan kerjaya ni.
Aku betul-betul hopeless. Aku juga belajar untuk menjadi tidak ikhlas.
Monday, February 08, 2010
Tangan panas
Kata orang-orang tua, kalau tangan sejuk senang je nak tanam pokok, senang hidup, cepat berbunga atau berbuah.
Itu kalau tangan sejuk. Kalau tangan panas mungkin sebaliknya. Dan saya rasa tangan saya ni jenis panas kot. Sebabnya... uwaa, pokok kaktus tu macam dah nak mati. Pokok kaktus tu dah la jenis tak perlu susah payah nak jaga sangat, tapi masih boleh nazak di tangan saya. Betul ke saya jenis tangan panas?
Monday, February 01, 2010
Cheese cake
Mmm, rasa sedih dan penat hari ni. Tiba-tiba je rasa macam nak makan cheese cake hari ni. Tunggula balik Kelantan nanti :(
Monday, January 18, 2010
Boyfriend no.2 aku buat hal
Aku tak tahu nak panggil apa kat dia. Aku tak pernah bagi nama panggilan pape kat dia. Orang lain siap ada nama panggilan lagi, Oren la, Vivi la, aku? Nak panggil Si Itam dah bunyi macam nama kucing pulak. Gaga ok tak? Jangan gagap sudahla. Mungkin pasni aku patut reka nama kat dia. Nantilah aku fikir.
Berbalik ke tujuan asal entri ni, boyfriend aku buat hal pagi ni. Aku pun tak tahu kenapa. Tak pernah-pernah dia jadi macam ni. Aku ada buat salah ke? Memangla Ahad hari tuh aku tak layan dia, tapi tak kanla sebab tu kot dia nak majuk ngan aku. Agak-agak la kan...
Pagi tadi aku ada juga mintak tolong makcik cleaner tu tolong tengok-tengokkan dia, tapi makcik tu cakap dia pun tak biasa hal-hal macam ni. Ah sudah, housemate aku pun masa tu pun tak balik lagi. Last-last aku tinggalkan je dia kat situ, lantak la, nantila aku fikir macam mana nak setel hal kitorang nih.
p/s : keja banyak, jap lagi baru aku balik jenguk boyfriend aku tuh!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Cici dah okey, nasib baik. Oh ye, aku dah dapat nama dia, Cici, tu pun Alang ngan Ucu bagi, hahaha... Tadi pun Ude, Alang ngan Ucu yang tolong selesaikan masalah boyfriend aku tuh. Ude suh g proton servis, hah, ye la tuh. Mujur ada adik-beradik ye tak?
p/s : kalo Aizat ada kan bagus (T_T)
Monday, December 28, 2009
Misery
Pernah tak korang wujud, tapi orang tak anggap korang wujud?
Pernah tak korang terasa, tapi orang tak tahu pun korang terasa?
Pernah tak korang rasa nak pergi jauh, sebab korang rasa sedih sangat?
Pernah korang rasa nak sesuatu, tapi korang tahu permintaan korang takkan ditunaikan?
Pernah tak korang rasa macam kebal, tapi akhirnya korang menangis?
Pernah tak korang rasa tidak disayangi?
Pernah???
Pernah tak korang terasa, tapi orang tak tahu pun korang terasa?
Pernah tak korang rasa nak pergi jauh, sebab korang rasa sedih sangat?
Pernah korang rasa nak sesuatu, tapi korang tahu permintaan korang takkan ditunaikan?
Pernah tak korang rasa macam kebal, tapi akhirnya korang menangis?
Pernah tak korang rasa tidak disayangi?
Pernah???
Labels:
cerita kerjaku,
kecewa,
luv sad story,
my journal
Sunday, December 13, 2009
Friday_heartbroken, Saturday@pizza & Sunday@ofis
Friday_heartbroken
Belajar untuk tidak meminta. Setiap masa aku selalu mengingatkan diri supaya jangan meminta. Elakkan. Belajarlah untuk mendapatkan sesuatu dengan usaha sendiri, duit sendiri, keupayaan sendiri. Cuba dan jangan sesekali meminta, walaupun terdesak. Tapi aku tewas juga. Aku meminta, sesuatu yang mungkin aku kira orang akan anggap remeh, tapi bagi aku terlalu bermakna. Aku banyak berfikir sebelum meminta, walaupun aku tahu aku tak patut meminta, tapi aku ikutkan kata hati. Sebab tu orang kata jangan suka ikut kata hati, kelak diri sendiri yang akan terguris. Kalau bukan sebab rindu, tentu aku tak meminta. Salah aku jugak yang terlalu meminta. Ah, pengajaran buat diri, lainkali jangan sesekali meminta lagi.
Saturday@pizza
Bangun pagi (takdela pagi sangat...), teman Aniey breakfast with kakak dia, lepak rumah Aniey, sambil tunggu dia buat kerja rumah, then balik umah aku. Kuar g pizza, yummy2... celebrate besday Na, adik Wawa. Malam - - duduk saja-saja sambil membuang masa.
Sunday@ofis
Bangun pagi, tak dapat tido lama coz mimpi pasal Friday_heartbroken. Termimpi pasal yang aku minta, sadis! Rasa nak maki diri sendiri sebab teringat. Then, prepare for cooking, kemas rumah, masak breakfast - - - nasi goreng cendawan yummy plus keropok goreng. Pegi ofis, kunun ada keje nak buat coz pasni nak tinggalkan ofis untuk jangka masa yang lama. Nak balik umah jap lagi nak kemas baju untuk ke Perak...
Belajar untuk tidak meminta. Setiap masa aku selalu mengingatkan diri supaya jangan meminta. Elakkan. Belajarlah untuk mendapatkan sesuatu dengan usaha sendiri, duit sendiri, keupayaan sendiri. Cuba dan jangan sesekali meminta, walaupun terdesak. Tapi aku tewas juga. Aku meminta, sesuatu yang mungkin aku kira orang akan anggap remeh, tapi bagi aku terlalu bermakna. Aku banyak berfikir sebelum meminta, walaupun aku tahu aku tak patut meminta, tapi aku ikutkan kata hati. Sebab tu orang kata jangan suka ikut kata hati, kelak diri sendiri yang akan terguris. Kalau bukan sebab rindu, tentu aku tak meminta. Salah aku jugak yang terlalu meminta. Ah, pengajaran buat diri, lainkali jangan sesekali meminta lagi.
Saturday@pizza
Bangun pagi (takdela pagi sangat...), teman Aniey breakfast with kakak dia, lepak rumah Aniey, sambil tunggu dia buat kerja rumah, then balik umah aku. Kuar g pizza, yummy2... celebrate besday Na, adik Wawa. Malam - - duduk saja-saja sambil membuang masa.
Sunday@ofis
Bangun pagi, tak dapat tido lama coz mimpi pasal Friday_heartbroken. Termimpi pasal yang aku minta, sadis! Rasa nak maki diri sendiri sebab teringat. Then, prepare for cooking, kemas rumah, masak breakfast - - - nasi goreng cendawan yummy plus keropok goreng. Pegi ofis, kunun ada keje nak buat coz pasni nak tinggalkan ofis untuk jangka masa yang lama. Nak balik umah jap lagi nak kemas baju untuk ke Perak...
Monday, December 07, 2009
Karma
Sejak dua menjak ni, entah kenapa, aku teringatkan seseorang ni. Tak yah la aku perkenalkan sape, tapi mengingatkan dia membuatkan parut luka aku berdarah kembali. Ewah, ayat puitis pulak, huhuhu. Tapi serius, terasa la sisa-sisa luka yang masih berbekas. Bukan aku tak boleh terima kenyataan, bukan aku masih menyimpan harapan, tapi kenangan tetap kenangan. Kalau indah tak pe jugak, tapi langsung tiada memori indah aku kira.
Masih berdendam lagikah aku?
Selamat tinggal sayang
Bila umurku panjang, kelak ku kan datang ’tuk buktikan
Satu balas ’kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Ku ingin kau rasakan, pahitnya terbuang
Sia-sia, memang kau pantas dapatkan
Akhirnya, usai sudah semua
Ku dapat tertawa, bahagia
S’lalu tampak indah, awalnya
Berakhir bencana
(Karma by Cokelat)
(Karma by Cokelat)
Monday, November 23, 2009
Tak dapat balik raya
Uwaa..mula-mula aku nak nangis dulu. Raya haji tahun ni mungkin aku tak balik. Sedihnya!
Kenapa? Banjir...nak lalu mana? Nak naik flight? Mungkin jugak, entahla...
Habis semua plan aku ngan Aniey hancus...lokasi tempat bengkel berubah, faktor alam lagi, faktor Aniey tak perlu g bengkel lagi, hukhukhuk...
Bukannya aku tak biasa tak balik raya, masa duk Sarawak dulu pun dalam 4 tahun tu, raya pose cuma sekali aku balik semenanjung, raya haji plak tak pernah balik...tapi masa tu okey jek..sekarang? Homesick wooo...walaupun raya dalam banjir, aku tetap nak balik jugak, korang apa tau perasaan aku, hukhukhuk...
Kalo ikut ati nak je aku drive sorang balik, tapi kalo kandas tengah banjir camne? Aku mana reti kalo sensorang ni? Uwaa.. .Nak tumpang akak aku, dia pun tak sure balik ke tak. Dah tu camne? Raya di Segamat? Tak mboh!
Saturday, November 14, 2009
Weekend@ofis--hati lara+paranoid
Panjang tajuk entri ni, hahaha. Mungkin sebab banyak kot yang aku nak cite hari ni.
WEEKEND
Dah lama aku tak datang ofis time weekend, dulu selalu juga. Oh ya, ada keje yang aku perlu setelkan. Keje yang benar-benar menyesakkan kepala aku. Perut aku plak lapa, pagi tadi breakfast ngan roti je. Jap lagi nak kuar cari makan, sorang. Terpaksa, malas nak menyusahkan sesiapa.
HATI LARA
Aku dah menjadi hantu novel. Semalam je aku dah habiskan dua buah novel yang aku pinjam dari library petang semalam. Sambil lepak-lepak menunggu dua librarian yang sebok tu untuk keluar dinner (hehehe), sempat juga aku pinjam tiga novel. Tinggal sebiji lagi belum aku habiskan, tak pe, malam ni.
Teringat novel Soalnya Hati yang aku baca semalam. Sangat best sampai aku ketawa mengekek sorang-sorang sampai housemate aku kata aku gila gelak sensorang, hahaha...
Aku teringat kata Shazana dalam novel tu kat Zulaikha :
"Sayang lain, cinta lain. Kau boleh sayang kat buku-buku kau tu, tapi kau tak boleh cintakan buku. Ia amat berbeza. Tanya hati kau, apa ertinya dia pada kau, sayang atau cinta? Ask yourself, you love him or you like him?"
PARANOID
Apa yang terjadi dulu mungkin telah membuatkan aku lebih berhati-hati...
Apa yang terjadi dulu mungkin mengajar aku supaya sabar dan tabah
Apa yang tejadi dulu tak sanggup aku lalui lagi untuk kesekian kali...
Titik
Labels:
cerita kerjaku,
kecewa,
luv sad story,
my journal
Subscribe to:
Posts (Atom)


