Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

jatuh lagi

rasanya ni dah kali ke berapa dah jatuh ni. so kali ni jatuh lagi. mujur tak ramai orang. tak tahu nak gambarkan perasaan apa, sedih ke, malu ke, sakit ke. tapi sebab dah selalu sangat jatuh, aku cuma rasa sakit jela. mau tak sakit, nasibla tak terjatuh tersungkur, just terduduk. mujur la ada orang pegang aku. uwaaaaa... bukan sebab kasut tinggi tapi lantai tu licin. dahla xde signage baru pas cuci. alahai~~ nasibla dah lepas meeting tadi.. semua dah balik...

tragedi jatuh ni terbawa2 dari belajar sampaila ke tempat keje. adoila....

Wednesday, October 27, 2010

Law of Attraction lagi...

* If you plant honesty, you will reap trust

* If you plant goodness, you will reap friends

 * If you plant humility, you will reap greatness

 * If you plant perseverance, you will reap contentment

 * If you plant consideration, you will reap perspective

 * If you plant hard work, you will reap success

 * If you plant forgiveness, you will reap reconciliation

 * If you plant faith, you will reap a harvest

 So be careful what you plant now; it will determine what you will reap later. So, how to implement Law of Attraction in your life? For whatever things you do ...
  • Always think well (sangka baik)
  • Always be thankful - Count your blessing (syukur)
  • Always do y ou r prayer (doa)
When you vibrate in these modes, by Law of Attraction , it will match you with the correspond results. "I get what I vibrate!"

 " Whatever You Give To Life, Life Gives You Back – Law of Attraction "

Monday, July 26, 2010

Kuasa Minda Sedar dan Separa Sedar

Tahukah korang yang kita ni hanya guna 10% je minda sedar, yang lagi 90% tu kita guna minda separa sedar?

Minda sedar ni disimpan sebagai ingatan jangka pendek (short-term memory)

Minda sedar berfungsi pada tahap gelombang otak beta. Minda separa sedar pulak berada pada tahap gelombang otak alpha dan teta.

Contoh :
Beta
Keadaan : berjaga, siap sedia
Aktiviti : menyelesai masalah, berfikir, fokus, menganalisis, bercakap, memberi pendapat

Alpha
Keadaan : beristirehat
Aktiviti : bertafakur, bermeditasi

Teta
Keadaan : penuh istirehat
Aktiviti : saat hampir tidur, meditasi yoga

Delta
Keadaan : tidur nyenyak
Aktiviti : tidur lena dan tidak sedar

Thursday, July 22, 2010

Law of Attraction

Hukum Tarikan atau Law of Atrraction (LOA) kata dalam kehidupan kita, apa-apa yang kita beri tumpuan, tenaga dan fokus akan datang dalam kehidupan diri kita sama ada positif atau negatif.

Kata skema "LOA memberi tindak balas pada segala perkara yang kita pancarkan dengan menghasilkan getaran (fikiran dan perasaan) yang lebih banyak sama ada positif atau negatif. Dengan kata lain, ketika kita sedang memikirkan sesuatu, hukum itu mengatakan 'kita sedang menarik sesuatu ke arah kita' ".

Vibration negatif - marah, keliru, kecewa, stress, sakit ati
Vibration positif - sayang, cinta, gembira, selesa, bangga, yakin, teruja

Contoh :
Student : Subjek ni susah la
- bila kita cakap susah, kita akan memikirkan kesusahan subjek ni, so dah mengeluarkan vibration negatif ke alam (universe), dan alam yang mematuhi LOA akan hantar semula vibration susah ni ke dalam diri kita, dan kita akan berasa bertambah-tambah susah terhadap subjek tersebut (walaupun hakikatnya subjek tu tak de la susah mana pun)

Jadi, kita patut /amalkan cakap positif masa supaya lebih banyak vibration/getaran positif yang keluar dan masuk semula dalam diri kita.

Contoh , "Saya sayang awak..."
Aku : wah, kalo kita cakap camtu, means semua orang akan sayang kita, atau kita cakap sayang kat orang sekali, orang akan cakap banyak2 kali ek? bestnye... :)

Wednesday, May 26, 2010

Kisah rumput

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm… baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye… mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah… apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Monday, May 17, 2010

Parenting styles

Sedikit sharing mengenai parenting styles. Seronok bila kita belajar sesuatu dan aplikasikan dalam kehidupan dan pengalaman sendiri.

Parenting styles by Anne Roe

1. Concentration on the child
Roe mengkelaskan 2 jenis tumpuan emosi terhadap anak-anak iaitu overprotection (terlalu melindungi) dan overdemanding (harapan yang terlalu tinggi). Overprotection akan menggalakkan pergantungan anak2 pada ibu bapa dan menghalang sikap meneroka dan ingin tahu anak2. Kalo overdemanding pula, ibu bapa yang mempunyai permintaan tinggi pada anak2. Ada standard yang perlu dicapai, kalo tak capai standard, akan bagi punishment.

Bagi anak2 yang dibesarkan oleh ibu bapa yang terlalu overprotection atau overdemanding, mereka akan menjadi seseorang yang amat mementingkan pandangan orang lain dan ingin punyai kedudukan kuat dalam hubungan mereka dengan orang lain.

2. Avoidance of the child
Dua jenis avoidance iaitu rejected (tidak diterima) dan diabaikan (neglected). Selalunya, anak2 yang rejected ini mungkin akan dihukum dan tidak disayangi oleh ibu bapa, manakala yang neglected pula selalunya disebabkan oleh sikap ibu bapa yang mempunyai masalah peribadi, terlalu sibuk bekerja.

Bagi anak2 yang dibesarkan dalam suasana rejected, mereka cenderung untuk menjauhi orang lain. Mereka mungkin jadi agresif atau mengelak, dan cenderung untuk bekerja dengan data atau benda compare ngan manusia.

3. Acceptance of the child
Ibu bapa menggalakkan anak berdikari dan pada masa yang sama, tidak mengabaikan anak2 mereka. Ada dua jenis iaitu casual acceptance iaitu ibu bapa kurang memberi kasih sayang terhadap anak2 dan sikap agak tegas. Loving acceptance ialah ibu bapa yang menunjukkan sikap mesra namun menggalakkan anak2 berdikari.

Kesimpulan - anak2 yang dibesarkan oleh ibu bapa yang memberi tumpuan kepada anak2 sama ada overprotected, overdemanding, or loving acceptance selalunya suka berinteraksi dengan manusia, atau memilih kerja yang berinteraksi dengan manusia lain compare ngan data atau benda.

Thursday, March 25, 2010

Dunia ibarat pili air

Dunia ini ibarat pili air. Bila kita buka perlahan, kita rasa tidak puas. Kita akan buka lagi kuat. Rasa seronok dengan kekuatan arus air itu, kita buka lebih kuat lagi. Sehinggalah akhirnya pemutar paip itu rosak. Dan air mencurah-curah tanpa henti dan tidak terkawal.

Friday, March 19, 2010

Housemate aku dah kawen, aku bila lagi?


Soalan
Orang lain : Housemate ko dah selamat kawen... ko bila lagi?
Aku : Oooo... suprise

Monday, January 11, 2010

No Kelantanese ek?

Mak dia kate, NO KELANTANESE  as a daughter in law... Hohoho... dasat tol. Tapi ni citer 7 tahun lepas la, ada aku kisah? Agak kisah la seposen...  walau pun aku bukan ada pape ngan dia, dan tak pernah ada pape pun ngan dia.

Tapi...

Saya sentiasa mendoakan awak bertemu jodoh dengan perempuan Kelantan, walau pun bukan saya, dan sudah tentu TIDAK dengan saya okey. Kalau bukan awak pun, saya mendoakan keturunan awak, dan hidup awak akan sentiasa berkait dengan Kelantan. Kalau bukan sekarang pun, akan datang. Amin...

Monday, November 23, 2009

Kemungkinan

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
(Hampir ke Situ - Mendua)

Tuesday, October 20, 2009

Perempuan berduka dari Tanah Rencong

Di dalam kehidupan ini, kita suka diberi. Disuap adalah kebiasaan manusia. Tidak ramai manusia menggerakkan diri mereka untuk menyuap dan memberi. Sebab itu, lebih ramai manusia tidak mahu berusaha, tetapi hanya menunggu rezeki datang bergolek kepada diri mereka.
Begitu juga dalam persahabatan. Kita biasanya suka menerima. Atau, kita suka apa yang kita beri itu, dibalas semula. Jika tiada timbal balik, maka kita tidak akan bersemangat meneruskannya. Ramai orang menghadapi situasi ini. Akhirnya mereka akan tertanya-tanya”
“Saya dah buat baik pada kawan saya, tetapi dia buat macam tak tahu je kehadiran saya”
“Saya ada sahabat, tetapi dia tak sayang saya”
“Saya dah hargai dia, tapi dia tak pernah pun hargai saya”
Sebenarnya, hidup ni tak seindah teori. Tidak juga macam drama-drama atau kisah indah di dalam novel. Walaupun sebenarnya, teori itu tidak mustahil direalitikan, dan kisah indah di dalam novel dan drama tak mustahil dibumikan.
Namun kita berhadapan dengan manusia. Manusia ada pelbagai ragam. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Justeru, dari mengharap sesuatu yang tidak pasti, lebih baik mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pahitnya realiti.

Friday, September 11, 2009

Susah ker nak membahagiakan hati orang?

Situasi 1
Sekiranya anda mahu ke mana-mana, adakah anda akan maklumkan kepada orang-orang penting atau orang yang anda sayangi sekiranya anda telah memulakan perjalanan dan tiba ke destinasi? Ya atau tidak semuanya bergantung kepada anda, tapi mungkin anda harus sedar, sekiranya anda mengabaikan perkara ini, anda sebenarnya merisaukan hati orang kerana jauh di satu sudut, sebenarnya masih ada orang yang mendoakan keselamatan anda. Sudah tentu anda tak mahu membuatkan orang yang anda sayangi tertanya-tanya atau bimbangkan anda kan?

Situasi 2
Setiap kali anda bercuti atau outstation, adakah anda akan menghubungi teman baik atau orang yang anda sayangi untuk bertanya khabar? Memanglah itu privacy anda, anda berhak mendapatkan kedamaian tanpa gangguan sekiranya bercuti atau sibuk dengan perihal kerja sekiranya outstation, tapi tak salah jika anda meluangkan sedikit masa kan? Mungkin satu sms dah cukup membuat orang yang care tentang anda gembira menerima khabar anda. Anda bukan memerlukan satu jam tapi hanya satu saat.

Situasi 3
Jika anda memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah anda mengambil terus ikan itu, janganlah sesekali anda lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kail tu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah anda memberi banyak pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangi anda hendaklah anda menjaga hatinya, janganlah sesekali anda terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama anda dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati anda.

p/s : Renungan untuk anda dan juga diri saya sendiri. Kadang-kadang kita terlupa untuk melaksanakan perkara yang sangat kecil lagi ringkas sedangkan ia amat penting dan memberi kesan dalam hidup seseorang.

Thursday, September 10, 2009

Munajat cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu. Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu. Agar aku tidak jatuh dalam jurang hawa nafsu

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku pada-Mu. Agar aku tidak berpaling daripadaMu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi kepadaMu

Amin…

Wednesday, September 09, 2009

Benarkah itu cinta?

Aku betul-betul sayangkan dia”
“ Lelaki itu pun cintakan aku”
“ Kami berdua saling cinta-mencintai”
“ Kami mahu membina mahligai bersama” Tambahnya lagi

Mabuk. Mimpi yang entah berapa tahun lagi baru menjadi realiti, tetapi terasa seperti esok akan menjadi. Benarkah itu cinta?

“ Kau tahu apa makna sayang?”
“ Menjaga orang yang kita sayangi dari kesengsaraan, membuat dia bahagia”
“ Maka kamu tidak mencintai dia sebenarnya” Saya menjawab perlahan.

Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada TUHAN. Maka cinta kepada manusia, berdiri atas ketaatan. Secara tidak sedar, cinta itu memerlukan sepenuh hati. Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk ILAHI. Dari cinta kepada ILAHI inilah, terbinanya cinta antara insani. Cinta yang asasnya iman dan taqwa, cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan ALLAH.

Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab membahagiakan pasangan kita. Bukan bahagia di dunia semata. Tetapi bahagia hingga ke akhirat sana.

Bagaimana pula dengan cinta saya? (T_T)

Wednesday, August 26, 2009

Kisah C I N T A

Alkisah di suatu pulau kecil, ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Mereka hidup saling melengkapi. Suatu ketika, datang badai menghempas pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat meninggalkan pulau itu untuk menyelamatkan diri.

CINTA tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia mencuba mencari pertolongan. Tidak lama kemudian, CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

“KEKAYAAN, tolong aku!” Teriak CINTA.

“Maaf, CINTA!” kata KEKAYAAN. “Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.

Aku tak dapat membawamu, nanti perahu ini tenggelam.” Lalu KEKAYAAN pergi meninggalkan CINTA.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

“KEGEMBIRAAN! Tolong aku!” Teriak CINTA. Namun KEGEMBIRAAN tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lalu pula KECANTIKAN.

“KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!” Teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN?

“Wah, CINTA! Kamu basah dan kotor. Nanti kamu mengotori perahuku ini.” Sahut KECANTIKAN.

CINTA mulai menangis teresak-esak. Mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu, lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas,

“Oh KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,” kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN?

“Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin bersendirian saja….”

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Lalu ia berdoa kepada Tuhan, “Oh Tuhan… Tolonglah aku, apa jadinya dunia ini tanpa aku, tanpa CINTA?” Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,

“CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!” CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.

Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkannya. CINTA sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

“Oh, dia adalah WAKTU,” kata orang itu. Lalu CINTA bertanya lagi.

“Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku.” Tanya CINTA hairan.

“Sebab,” kata orang itu, “hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu….”

Monday, August 24, 2009

Mengapa saya tidak dapat apa yang saya idamkan?

Kita bertanya, “Mengapa aku tak mendapat apa yang aku idam-idamkan?”

Al-Quran menjawab “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Monday, August 10, 2009

Nur kasih lagi


Tidak boleh kah lelaki belajar menyayangi?


Soalan ini pasti mengundang kontroversi. Saya tahu setiap individu mempunyai pelbagai pendapat. Kenapa saya bertanya soalan ini? Anda pernah tonton cerita Nur Kasih di TV3? Bagi saya, itu adalah salah satu drama yang menarik untuk ditonton. Berkisar kisah cinta dan keluarga. Nur kasih : Nilai Cinta dan Pengorbanan.

Thursday, August 06, 2009

Bercinta sampai ke syurga


Wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah takwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata?

Cinta dan kasih sayang bukan sekadar kurniaan nikmat hidup yang sementara. Malah ia sebagai satu seruan untuk kita Bercinta Sampai ke Syurga...


p/s : Buku kedua yang dibaca, hukhukhuk... (^_^")

Friday, July 31, 2009

Bersungguh dan tak bersungguh...

Kisah ini berlaku pada seorang teman saya…

Kawan saya ini elok paras rupa, kerjaya pun bagus, budi bahasa pun baik, pendek kata moleklah semuanya. Cuma… masih belum berpunya… Ada kisah di sebalik kisah, ditakdirkan berpisah dengan si dia, mungkin tiada jodoh. Sehingga itu, dia tak punya sesiapa.

Saya menyuruhnya mencari (pandai-pandai jek saya ni), kerana jodoh tak datang bergolek depan mata bukan? Sekurang-kurangnya berusaha. Hendak dijadikan cerita, beliau dikenalkan kepada seseorang oleh teman lama. Mulalah episod-episod persahabatan dalam hidupnya.

Dalam masa yang sama juga, rakan sekerja beliau juga ada menunjukkan minat untuk berkawan rapat dengannya. Ah sudah... kata beliau... Dua pilihan dalam masa yang sama tapi sangat-sangat kontra personaliti mereka berdua.

Lelaki pertama, rupanya biasa-biasa sahaja, tapi penuh ilmu di dada, alim-alim juga orangnya. Menyatakan hasrat untuk mengambil beliau sebagai suri. Merancang itu dan ini jika sudi hidup bersamanya. Berusaha memenangi hati kawan saya ini.

Lelaki kedua, biasa-biasa juga orangnya, tapi dari segi kerja mungkin lebih bagus sedikit dari yang pertama. Tapi teramatlah slow tindak-tanduknya. Sekejap macam mahukan kawan saya, sekejap macam tidak. Kurang bersunguh-sungguh. Ish, tak faham saya. Pemalu agaknya.

Kawan saya ini macam lebih berat kepada yang kedua, mungkin kerana dekat dan satu tempat kerja (ini pada pemerhatian saya la...). Tapi kesungguhan seseorang lelaki dapat ditonjolkan melalui usaha yang dicurahkan. Agak-agak andalah, siapakah pilihan kawan saya? Yang pertama kah? Atau yang kedua kah? Mahu hidup bersama yang bersungguh atau yang tak bersungguh?

Kadang-kadang saya tidak faham dengan kaum lelaki (bukan semua lelaki k), kenapa tidak mahu mencuba jika benar-benar mahu. Mestikah menunggu si perempuan untuk memulakan semuanya. Memanglah zaman kini zaman teknologi, tapi kita masih punya adat ketimuran. Takkan perigi nak cari timba, tul tak?

Thursday, July 30, 2009

Kasih Kekasih


Bukankah jika kita berkongsi perasaan, maka kita harus berkongsi segala-galanya? Termasuk beban yang digalas? Jika benar kita saling berkongsi, bukankah kita harus saling mengambil berat antara satu sama lain. Berkongsi masalah bersama, biarpun sekecil-kecil masalah, apatah lagi yang besar-besar. Bukanlah hendak menyusahkan pasangan tetapi istilah berkongsi itu boleh dilihat dari pelbagai sudut. Mungkin berkongsi pandangan atau nasihat. Ia tidak semestinya tertumpu kepada kewangan semata-mata.

Apa guna saling berkasih, saling menyayang tetapi tidak diserikan dengan perkongsian hati dan juga jiwa. 'Bercinta bagai nak rak', tetapi bila susah, masing-masing menguruskan hal sendiri, alone. Jika benar menyayang, ambillah tahu perihal pasangan, bukan sekadar menabur kata-kata kasih dan sayang semata-mata.

Cuba kita renung kembali ke dalam diri. Ucapan sayang begitu senang diungkap, tapi pernahkah kita benar-benar mengambil berat secara telus akan pasangan. Tonjolkan kasih sayang dengan sikap care, bukan sekadar hanya bertanya 'awak dah makan ke belum' setiap hari. Bukan tidak perlu, tapi perlu lagi ditambah dengan pelbagai rencah lagi.

Berkasih di saat susah dan senang, itulah istilah kasih sejati. Tapi kasih kepada Yang Esa jangan pula dilupai.