Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Hearing vs Listening

Hearing ialah mendengar dengan telinga. Listening pula mendengar dengan mata dan jiwa. Sekali imbas mungkin kita akan berpendapat maksudnya lebih kurang sama. Tetapi sebenarnya membawa perbezaan yang amat besar dan mendalam. Mendengar bukan hanya sekadar dengan telinga.

Dalam kehidupan seharian, cuba kita fikirkan, berapa banyak masa yang diluangkan untuk listening? Kebanyakan kita lebih menumpu kepada hearing semata-mata. Konsep mendengar yang baik seharusnya menggabungkan kedua-duanya, hearing dan listening.

Kita tidak hanya menajamkan telinga, tetapi memberi hubungan mata dan percantuman jiwa apabila mendengar. Jangan cepat membalas. Jangan pula segera menyampuk. Cukuplah sekadar dengan mendengar dan terus mendengar. Tapi ingat, gunakan kedua-dua, hearing dan listening.

Mendengar dengan telinga akan melahirkan simpati. Mendengar dengan jiwa akan melahirkan empati. Anda mendengar yang macam mana?

Wednesday, April 15, 2009

E-kaunseling


Akhirnya, sistem e-counseling telah pun dilancarkan. Dua hari berbengkel di Shah Alam, rasanya tak puas. Masih banyak yang perlu dipelajari. Nampak senang, tapi sejauh manakah sistem ini akan sentiasa dipraktikkan. Harap-harap saya akan sentiasa aktif dengan sistem ini.

Sistem ini mungkin sudah lama dipraktikkan di institusi lain dan mungkin agak baru di sini. Biasalah, dalam mewujudkan sesuatu perubahan pasti ada halangan. Saya petik kata-kata seseorang yang amat saya hormati, "Ada individu yang cuma ada banyak idea, tapi jika tidak dapat direncanakannya untuk dilaksanakannya, idea cuma tinggal idea. Sometimes it is easy to say than done..... sebab ada waktunya apa yang nak dibuat itu "TAK DONE" @ kata orang Kelantan "TOK DE" @ kata orang Terengganu "TAK DANG". Mungkin sebab terlalu bergelut dengan idea yang banyak." Tak kisahlah, janji kini ia telah dilaksanakan.

Harapnya dengan kemudahan yang ada ini dapat membantu pelajar-pelajar yang memerlukan khidmat kaunseling dengan lebih mudah. Dengan sistem ini, saya boleh berhubung dengan pelajar menerusi chatting, email dan mesej. Harap-harap mutu perkhidmatan kaunseling semakin baguslah lepas ni...

Monday, January 19, 2009

Rahsia gerak mata


Rahsia ini saya dapat semasa mendengar ceramah bersama-sama pelajar diploma pada tahun lepas. Agak menarik ceramah tu kerana turut menyelitkan unsur-unsur untuk mengenali individu lain dengan lebih mendalam. Antara yang saya belajar ialah dengan melalui gerak mata. Sebenarnya bukanlah susah untuk 'detect' sama ada seseorang itu tengah fikir apa semasa bercakap dengan kita. Cubalah...

atas kanan - mengingati imej
atas kiri - mencipta imej
sisi kanan - mengingat bunyi
sisi kiri - mencipta bunyi
bawah kanan - mengingat
bawah kiri - bercakap dengan diri sendiri