Friday, February 22, 2013

welcome to my life

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Do you ever wanna run away?
Like somehow you just don’t belong
And no one understands you

No you don’t know what it’s like
When nothing feels all right
You don’t know what it’s like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you’re down
To feel like you’ve been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one’s there to save you
No you don’t know what it’s like
Welcome to my life

lambat atau cepat

ia suatu perasaan aneh
pelik
terasa sedih tapi tak mampu menangis
sebak tapi ditahan-tahan
agar air mata tidak jatuh

sudah penat memikirkan nasib
yang melukut di tepi gantang
sukar mahu meluahkan
kerana sudah pasti tidak akan ada yang benar-benar memahami
dipendam-pendam jauh ke dalam

terasa mahu bercakap
tapi mulut umpama dijahit
bimbang jika kata-kata sendiri
boleh mengguris hati sendiri

teringin berkongsi cerita
apa yang di rasa
apa yang di lalui
tapi tetap tidak mampu
kerana tahu tidak akan ada yang benar-benar memahami

menerima nasib diri
kerana sudah tiba masa
akan ditinggalkan
hanya yang membezakan
LAMBAT atau CEPAT sahaja
sudah pasti akan ditinggalkan

Wednesday, February 20, 2013

kekalahan

aku jenis yang tak boleh terima kekalahan
maksud aku, dari segi peribadi
kalau kalah pertandingan 5S
atau pun kualiti
tak de masalah
sebab memang aku tak minat sangat

tapi dari segi belajar, kerjaya dan peribadi
bila aku aim pada sesuatu
dan tidak dapat
ia membuatkan aku kecewa
kecewa kerana kelemahan diri
kecewa kerana aku tidak cukup berusaha
kecewa kerana aku tidak bersungguh2
adakalanya memang sudah tertulis bukan rezeki kita
tapi ia ambil masa
untuk menerima
kekalahan ini

Friday, February 15, 2013

kuala lumpur

tak suka
sebab jem, jalan pusing2
bagi aku yang tak terer drive ni, ia satu masalah
apatah lagi kalau setiap minggu nak kena ulang alik ke sana

Thursday, January 31, 2013

selsema dan kerja kuat

oh, tanda-tanda selsema mula menjelma
bilik office sejuk sangat, tiba-tiba bila keluar office panas sangat
badan terkejut dengan suhu yang berubah secara mendadak

hujung minggu ni bekerja kuat
sehingga bulan Mac
oh, macam mana ni?
every weekend kena kerja ni
huhuhuhu

Wednesday, January 30, 2013

b e n c i

aku memang tak suka membenci orang. ia perasaan yang tidak sihat mahu pun elok untuk diri sendiri. bila emosi negatif menyelubungi, ia membuatkan perasaan tidak tenteram. walaupun benci itu bukan sebab kesalahan diri sendiri, tapi orang lain, bila kita mula rasa sakit hati, menyampah dan mula membenci, ianya menyakitkan. aku cuba untuk elak, walaupun tak suka. ia bukan yang aku suka. walau pun mulut cakap benci, perasaan mungkin tak cakap macam tu.

try to avoid this. jangan benci orang. sebab tak ada faedah pun. walau pun orang buat jahat pada kita. just let it go. of course lah kita rasa marah, tapi marah sampai bila, nak pula bila hati jenis lembut.

tapi, satu benda that you need to know. it is easy to forgive, but not to forget. cuma belum sampai tahap dendam lah. ai yoo, dendam pun tak bagus juga untuk health. so? it is a learning and coping process. i just need time to adjust it.

Ya Allah, hope for the best.

Tuesday, January 29, 2013

bila ada kepentingan

hari ni nak bercerita mengenai kawan yang suka wujud bila ada kepentingan
oh, wujud
datang bila perlukan sesuatu
bila nak kan sesuatu
atau bila dah tiada pilihan
tak rasa bersalah ke
orang ada di sisi kamu bila kamu perlukan
tapi kamu hidup dengan dunia kamu
wujud bila ada kepentingan