Monday, October 13, 2014

13 Oktober 2014

Di saat saya menulis hari ini, saya ingatkan diri saya kuat, saya ingatkan saya mampu hadapi semua ini setelah sekian lama, tapi saya silap. Ia benar-benar memberi kesan terhadap diri ini. Saya pernah lalui perkara lebih teruk dari ini, tapi kesan kali ini lebih mendalam. Mungkin kerana peringkat permulaan, saya menetapkan dalam hati, permulaannya bermula dengan niat kerana Allah. Saya silap meletakkan harapan, walaupun tidak terlalu tinggi, tipulah jika saya kata tidak pernah berharap. Mustahil saya tidak berharap. Di usia yang begini, bagi saya sudah cukup matang untuk tidak ‘main-main’ dalam hal seserius ini, maka saya tetapkan dalam hati, untuk tujuan serius.
Saya silap, setelah sekian lama, maka tidak ada sedikit ruang pun untuk saya. Tidak adakah walau sebesar jarum dalam ruangan itu? Mungkin harapan ini serendah bukit broga, walaupun tidak setinggi gunung kinabalu.
Saya ingatkan saya kuat, mampu menghadapi semua ini. Saya silap. Kerana akhirnya saya kecundang. Membiarkan gugusan mutiara ini gugur. Cuba menahan tapi saya tetap seorang perempuan. Sekuat mana saya menasihati orang, namun saya tak mampu menasihati diri sendiri. Sepositif mana saya memberikan sokongan pada orang, senegatif itulah saya terhadap diri sendiri.
Di saat ini, saya cuba menahan untuk tidak rebah. Untuk kesekian kali, saya dah tak mampu nak hadapi semua ini. Sekian lama, saya menunggu dan terus menunggu. Mustahil saya tidak berusaha. Saya bukanlah orang yang mengharapkan sesuatu datang bergolek di kaki! Namun, satu per satu berlalu pergi. Sehingga sampai satu tahap, saya terasa mahu menutup pintu harapan ini. Ya, saya pernah terfikir begitu. Sampai satu tahap, saya putus asa. Mungkin saya tidak ditakdirkan untuk mengecapi bahagia.

Sunday, October 12, 2014

Patah hati

Mood sedih. Nak menangis tapi masa tak sesuai. Ya Allah, Kau lebih tahu, benar Kau yang tentukan segalanya.