Thursday, January 31, 2013

selsema dan kerja kuat

oh, tanda-tanda selsema mula menjelma
bilik office sejuk sangat, tiba-tiba bila keluar office panas sangat
badan terkejut dengan suhu yang berubah secara mendadak

hujung minggu ni bekerja kuat
sehingga bulan Mac
oh, macam mana ni?
every weekend kena kerja ni
huhuhuhu

Wednesday, January 30, 2013

b e n c i

aku memang tak suka membenci orang. ia perasaan yang tidak sihat mahu pun elok untuk diri sendiri. bila emosi negatif menyelubungi, ia membuatkan perasaan tidak tenteram. walaupun benci itu bukan sebab kesalahan diri sendiri, tapi orang lain, bila kita mula rasa sakit hati, menyampah dan mula membenci, ianya menyakitkan. aku cuba untuk elak, walaupun tak suka. ia bukan yang aku suka. walau pun mulut cakap benci, perasaan mungkin tak cakap macam tu.

try to avoid this. jangan benci orang. sebab tak ada faedah pun. walau pun orang buat jahat pada kita. just let it go. of course lah kita rasa marah, tapi marah sampai bila, nak pula bila hati jenis lembut.

tapi, satu benda that you need to know. it is easy to forgive, but not to forget. cuma belum sampai tahap dendam lah. ai yoo, dendam pun tak bagus juga untuk health. so? it is a learning and coping process. i just need time to adjust it.

Ya Allah, hope for the best.

Tuesday, January 29, 2013

bila ada kepentingan

hari ni nak bercerita mengenai kawan yang suka wujud bila ada kepentingan
oh, wujud
datang bila perlukan sesuatu
bila nak kan sesuatu
atau bila dah tiada pilihan
tak rasa bersalah ke
orang ada di sisi kamu bila kamu perlukan
tapi kamu hidup dengan dunia kamu
wujud bila ada kepentingan

Tuesday, January 22, 2013

outstation

yup, banyak keluar dari pejabat bulan ni. bagi diriku yang suka duduk rumah, keluar lebih dari 4 kali di kira banyak. aku berputar2 dari timur ke selatan. awal bulan dari timur, kemudian ke selatan, dan selatan lagi, dan barat daya. okeh, aku main letak barat daya tuh, geografi aku failed.

penat? of course lah, aku kan perumah. duk umah je keje aku. suka. sebab boleh layan tengok cerita-cerita yang tak disempat di tengok kat tv. bila banyak keluar ni, aku pun malas. sebab aku kan perumah. perumah mesti suka duk rumah aje.

hujung minggu ni keluar lagi lah. uwaaaa....

Thursday, January 17, 2013

khabar gembira

alhamdulillah, sekurang-kurang hidup aku tidak semendung sebelum ni. dapat juga jemputan ceramah luar kat sekolah. takut pun ada sebab takut tak mencapai ekspektasi pihak sekolah. banyak nak kena prepare bahan ni. huhuhuhu

Wednesday, January 16, 2013

jangan putus asa

When you start giving up, you start falling down...

alhamdulillah, mujur minda aku masih boleh berfikiran positif. mujurlah aku termotivasi pagi. kadang-kadang kita perlukan kata-kata hikmah seperti di atas. supaya kita boleh buat penambahbaikan minda.

ok, aku sepatutnya tak boleh putus asa. baru terjatuh sikit sudah mula kecewa teramat. biasalah tu gagal. betul, tapi kebiasaannya itu jarang berlaku. ok, aku yang gelabah lebih. mesti ada penyelesaian kan?

Ya Allah, permudahkan lah urusan aku, semoga semuanya berjalan lancar, baik dari segi kerja, mahu pun peribadi.

harap-harap Allah permudahkan segalanya. setiap kesulitan mesti ada penyelesaian.

Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hati dan mindaku, Kau berikanlah aku petunjuk terbaik dalam dalam menyelesaikan kesulitan ini

Semoga aku tidak terus jatuh gedebuk lagi selepas ini. Amin..

kegagalan

banyak betul dugaan tahun ini
kegagalan demi kegagalan

Friday, January 04, 2013

tudung mahal tudung murah

selamat tahun baru 2013
tahun ni sama je macam tahun2 sebelum ni

oh, nak ceriter pasal tudung, apa komen kamu bila orang macam nak memperlekehkan kita pasal tudung? yelah, sekarang kan sibuk tudung fareeda bagai, yang harga ratus2 tuh. kakak aku pun ada pakai, tapi aku tak la. nak dijadikan cerita, ada hamba Allah yang agak obses dengan tudung mahal ini. yelah, tudung mahal kot, aku pakai tudung murah jek... sob..sob...sob. siap tunjuk2, puji2 tudung mahal dia, sebab masa tu aku pakai tudung murah. ok, fine. sebenarnya, aku telah cuba memakai tudung mahal tersebut, tapi nampak kurang sesuai dan tidak terletak kat muka aku. buat mukaku makin nampak tua 10 tahun dan mempunyai anak 4. so, untuk yang dah kahwin sesuailah kot. even my mum and sis pun cakap benda yang sama. tak sesuai lagi sekarang. so bukan masalah duit ok. tapi bila fikir balik, pakai baju harga rm 30-50, tudung rm200++, macam kureng ajo. so, nak dijadikan cerita, aku selesa dengan tudung murah, yang penting duit ratus2 tu aku nak beli barang kemas emas banyak2.